ISLAM menekankan keperluan membantu sesama insan ❤
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).”
(Surah al-Ma’idah, ayat 2)
Setiap hari kita berurusan dengan orang lain dengan cara mendapatkan bantuan serta khidmat daripadanya kerana kudrat diri yang terbatas.
Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya:
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Dalam konteks kehidupan harian pula, ada kalanya kita bertemu keadaan orang lain yang memerlukan bantuan. Maka, sangat elok sekiranya kita dapat cuba membantu.
Mungkin ada orang datang menemui kita dan menceritakan masalah yang dilaluinya, maka kita bantu dengan memberi nasihat yang berguna kepadanya.
Mungkin juga kita didatangi orang yang memerlukan sedikit wang untuk menguruskan kehidupannya, maka ambillah kesempatan itu untuk menghulurkan bantuan seadanya.
Setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.
INFAQ DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH
Salurkan sumbangan melalui online transfer:
JEJAK PRIHATIN : https://ustazustazah.net/order/form/222
RINDU MASJID : https://ustazustazah.net/order/form/220
Atau555050129311 (MAYBANK)
Pertubuhan Kebajikan Untuk Kemanusiaan
Sila letakkan reference “JP3”
#Bantu#kerjasama#jomshare#ustazustazahcom