6 Tips Berkeluarga Dalam Islam π¨βπ©βπ§βπ¦
- Posted by pengurus
- Categories Blog, Tips Keluarga, UstazUstazah.Com
- Date February 16, 2022
Keluarga yang bahagia adalah antara jaminan kebahagiaan bagi setiap hambaNya. Hakikatnya, semua orang inginkan keluarga yang bahagia.
Keluarga merupakan salah satu amanah dan anugerah terbesar daripada Allah SWT kepada kita dan berkeluarga bukanlah semudah menikah dan beranak-pinak. Mari kita lihat 6 cara mudah berkeluarga dalam Islam yang menjadikan keluarga itu berkat dan sentiasa bahagia.
1. Memberi salam apabila memasuki rumah. Jika kita memasuki rumah tanpa memberi salam, ada kemungkinan syaitan akan ikut sekali memasuki ke dalam rumah untuk memporak-perandakan rumahtangga kita.
2. Menanamkan sifat sayang kepada ahli keluarga tidak kira dalam apa jua keadaan. Sesiapa yang menyambung dan merapatkan silaturrahim, kelak Allah SWT akan memanjangkan umur dan menambah keberkatan dalam hidup kita.
3. Memelihara keluarga dari sebarang kegiatan maksiat dan jumlah hiburan yang melampaui batas. Antara cara yang paling mudah bagi mengatasi situasi ini ialah dengan meluangkan masa bersama seperti menonton rancangan yang baik-baik dan yang bermanfaat.
4. Banyakkan bacaan Al-Quran. Pastikan rumah sentiasa dihidupkan dengan bacaan Al-Quran kerana sebuah rumah tanpanya ibarat tanah perkuburan yang sunyi. Upahlah ustaz atau ustazah untuk ajar mengaji dirumah jika perlu.
5. Fahamkan hukum-hakam Islam. Para wanita khususnya perlu memahami secara mendalam tentang hukum-hakam Islam kerana para wanita dan ibu-ibu yang paling banyak meluangkan masa bersama anak-anak dan membentuk mereka. Suami dan anak lelaki juga boleh menyampaikan ilmu yang dipelajari atau didapati dari pengisian tazkirah dan khutbah di masjid dan surau.
6. Hidupkan amalan berilmu. Ilmu adalah kunci bagi segala perkara. Islam amat menggalakkan umatnya menuntut ilmu sejak dari kecil lagi. Dengan ilmu, kita akan dilengkapi dengan pelbagai cara yang berhikmah untuk mengubah keadaan keluarga kita kepada aras yang lebih baik, dengan izin Allah.
InsyaAllah, semoga Allah SWT memelihara keluarga kita. Jom share dan amalkan 6 TIPS ini bersama keluarga tercinta!
Jika anda ada cara-cara tersendiri untuk berkeluarga, jangan lupa kongsikan di ruangan komen!
JOM SEDEKAH KERANA ALLAH β€οΈ
Salurkan sumbangan melalui online transfer:
JEJAK PRIHATIN:
https://ustazustazah.net/order/form/342
RINDU MASJID:Β
https://ustazustazah.net/order/form/333
KIT RAMADHAN:
https://ustazustazah.net/order/form/375
Atau
555050129311 (MAYBANK)
Pertubuhan Kebajikan Untuk Kemanusiaan
Sila letakkan referenceΒ βJP1β βM1β βKR1β
βSesungguhnya bersedekah ini umpama satu pelaburan yang tidak akan mengalami kerugian walau sedikit malah ia adalah sangat menguntungkan.β
#TipsIslam #Keluarga #JomShare #UstazUstazahCom