• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Blog

    • Home
    • Blog
    • Blog
    • PERMATA BERHARGA

    PERMATA BERHARGA

    • Posted by Alifah
    • Categories Blog, Doa, Perkahwinan, Tips Keluarga, UstazUstazah.Com
    • Date December 4, 2022

    رَبَّنَا هَبۡ لَـنَا مِنۡ اَزۡوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعۡيُنٍ وَّاجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِيۡنَ اِمَامًا

    ‘Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan ayat 74)

    Anak merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa. Lahirnya ibarat kain putih yang akan diwarnakan oleh ibu bapa. Corak dan warna yang akan dilukiskan di kain tersebut adalah hasil nukilan ibu bapa sendiri. Didikan pertama adalah dari rumah dan ibu bapalah guru pertama dan contoh terbaik bagi anak-anak. Merekalah permata berharga keluarga, agama dan negara.

    رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي

    “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)” (Surah al-Ahqaf ayat 15)

    Sebagai seorang hamba kepada Allah swt, sememangnya kita perlu sentiasa berdoa agar kita tidak lalai dengan nikmat dan rezeki yang Allah telah berikan. Malah, doa ini juga memohon agar kita serta zuriat keturunan kita dapat terus istiqamah beramal soleh kepada Allah swt.

    Didiklah anak dengan didikan agama yang benar. Menguatkan teras dan pendirian mereka buat bekalan mereka pada masa akan datang. Dunia dan zaman kini kian mencabar iman dan akal. Tinggalkanlah mereka dengan bekalan agama yang cukup. Panduan yang kekal iaitu Al-Quran.

    Lazimkan diri mereka dengan ayat-ayat Al-Quran dan amalan-amalan mulia. Pupuk dalam hati mereka dengan kemanisan iman dan indahnya hidup bersyariat supaya menjadi muslim sejati. Islam bukan sekadar di kad pengenalan. Terapkan dalam diri mereka bi’ah islamiah seawal usia. Biasakan diri mereka dengan majlis-majlis ilmu yang merupakan taman-taman syurga.

    Sesungguhnya anak-anak ini permata berharga yang perlu digilap supaya terus bersinar. Walau dimana pun mereka berada, ke pelosok mana pun mereka jejaki, mereka akan terus menyinar dan berharga. Kerana mereka ialah permata

    • Share:
    author avatar
    Alifah

    Previous post

    ITQAN DALAM BEKERJA
    December 4, 2022

    Next post

    KIAMAT: Satu Ketetapan
    December 4, 2022

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    Pink Yellow Gradient Wine Purple Cute Illustration Teach Children During Ramadan Instagram Post
    AYUHAL WALAD (WAHAI ANAK-ANAK)
    20 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.