• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Blog

    • Home
    • Blog
    • Blog
    • KEWAJIPAN ZAKAT SARAT HIKMAH

    KEWAJIPAN ZAKAT SARAT HIKMAH

    • Posted by Alifah
    • Categories Blog, Iman, Menuntut Ilmu, UstazUstazah.Com
    • Date January 6, 2023

    Setiap umat Islam perlu menanam kefahaman serta keyakinan apabila dia menafkahkan sebahagian hartanya ke jalan Allah SWT termasuk berzakat, pasti ada pulangannya. Tidak dinafikan, sudah menjadi lumrah manusia berasa cinta dan sayangkan harta yang dimilikinya. Sukar bagi mereka untuk memberi hartanya kepada orang lain sekiranya tidak menerima sebarang ganjaran. 

    Yakinlah akan janji Allah SWT dengan berzakat tidak akan mengurangkan harta seseorang, malah akan bertambah keberkatan dan kesuburan harta si pemiliknya. 

    Allah SWT berfirman bermaksud: “Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan mensucikan mereka (daripada akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah at-Taubah, ayat 103)

    Amalan berzakat berupaya mengikis sifat terlalu cintakan harta dunia yang mendorong manusia bersifat bakhil dan tidak prihatin dengan kesusahan saudara seagama.

    “Dalam satu hadis riwayat al-Baihaqi, Nabi SAW ada menyebut bagaimana orang apabila menunaikan zakat dia membaca doa yang maksudnya, “Ya Allah jadikanlah (zakat) itu keuntungan kepada saya, Ya Allah jangan jadikannya sebagai sesuatu yang merugikan.”

    Zakat ini dikenali sebagai zakat fitrah wajib ke atas Muslim yang cukup syarat untuk membayarnya pada bulan puasa. Tujuan ia disyariatkan adalah untuk membersih dan menyucikan jiwa orang yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia. Selain itu, ia juga digunakan untuk memberi makanan kepada golongan yang kurang berkemampuan serta mencukupkan keperluan Syawal mereka.

    Zakat mula difardhukan pada tahun kedua hijriah, iaitu pada tahun yang sama difardhukan kewajipan puasa Ramadan. Ini adalah berdasarkan firman Allah yang berbunyi:

    وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ

    “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu berserta orang-orang yang rukuk.” (QS Al-Baqarah: 43)

    Antara syarat wajib ke atas setiap Muslim untuk membayar zakat fitrah ialah Islam, merdeka, mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaan untuk dirinya dan mereka di bawah tanggungannya serta wajib dibayar ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadan.

    Banyak sebenarnya fadilat zakat ke atas umat Islam. Antaranya ialah ia dapat membantu ekonomi umat Islam, kerana apabila dilunasnya zakat, maka ia akan dibayar terhadap golongan yang kurang berkemampuan.

    Malah, pembayaran zakat juga menggalakkan kita untuk mengamalkan amalan sedekah dan membantu sesama muslim.

    Dikarang oleh: Nurul Izzah

    Disunting oleh: Nur Alifah Ilyana

    • Share:
    author avatar
    Alifah

    Previous post

    MAHAR HAK EKSLUSIF ISTERI
    January 6, 2023

    Next post

    HARTA WASIAT WAJARKAH DIREBUT ?
    January 10, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    TUNDUKKAN
    MUKMINKAH AKU?  SIRI 2
    8 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.