• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Aktiviti UUC

    • Home
    • Blog
    • Aktiviti UUC
    • SATU KEBAIKAN, SEJUTA HARAPAN

    SATU KEBAIKAN, SEJUTA HARAPAN

    • Posted by Alifah
    • Categories Aktiviti UUC, Blog, Menuntut Ilmu, UstazUstazah.Com
    • Date January 12, 2023

    Permulaan tahun 2023 bagi Ustazustazah.com dimulakan dengan menziarahi lokasi pertama Nadi Al-Quran dibuka iaitu di Kg Bahagia, Jalan Batu Sapi, Sandakan, Sabah. Pertemuan pertama Ustazustazah.com dengan masyarakat Kg Bahagia adalah pada awal tahun 2022. Jodoh menemukan UUC dengan Kg Bahagia ketika sedang menjalankan sebuah program serahan bakul makanan disana. Pertemuan yang penuh bermakna. Benarlah kata pepatah, tidak kenal maka tidak cinta. Kg Bahagia merupakan salah sebuah perkampungan atas laut di Sandakan yang menempatkan ribuan penduduk bahkan ratusan anak-anak kecil. Hanya kelompok minoriti dalam kalangan anak-anak ini yang mampu dan boleh ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan.

    Pertemuan ini juga mencetuskan sebuah lagi program yang memfokuskan bidang pendidikan dan menyasarkan anak-anak ini yang rata-rata bawah daripada 18 tahun. Program yang diberi nama Nadi Al-Quran bertujuan bagi memberi pengetahuan, pendedahan dan sebanyak mungkin ilmu Al-Quran kepada anak-anak ini disamping membuka ruang pendidikan asas fardhu ain kepada mereka. Bermula dengan 20 orang murid pertama rentetan ruang yang terhad. Pengajian bermula di rumah tenaga pengajar yang juga merupakan warga tempatan, Ustaz Akmarul Abdul Rahman.

    Alhamdulillah, selepas setengah tahun Nadi Al-Quran beroperasi, jumlah pelajar meningkat ke 50 orang dengan tenaga 2 orang tenaga pengajar termasuk Ustaz Akmarul. UUC telah membantu dalam memastikan ruangan belajar anak-anak dalam keadaan yang selamat, selesa dan baik. Kemajuan anak-anak ini juga memberi impak positif kepada diri, keluarga dan suasana di Kg Bahagia. Anak-anak ini merupakan duta-duta kecil Nadi Al-Quran yang membawa ajaran dan ilmu Al-Quran bersamanya. Mereka mampu berkongsi ilmu kepada ibu bapa dan keluarganya.

    Pada 7 Januari 2023, Ustazustazah.com berkesempatan menziarahi Kg Bahagia dan menyantuni anak-anak Nadi Al-Quran. UUC mendapat makluman bahawa hujung tahun 2022, jambatan-jambatan di Kg Bahagia yang merupakan medium utama laluan mereka telah terjejas akibat ombak besar dan paras air laut yang tinggi. Keadaan ini sedikit sebanyak mengakibatkan laluan anak-anak ini ke pusat pengajian Nadi Al-Quran terputus dan membahayakan mereka. Disebabkan itu, UUC mengambil keputusan untuk turun padang untuk melihat keadaan sebenar disamping menyalurkan bantuan bagi membaik pulih jambatan yang rosak.

    Walaupun kelas Nadi Al-Quran terpaksa ditangguhkan untuk beberapa hari akibat laluan jambatan yang rosak, semangat anak-anak ini tidak pernah luntur. Walaupun jambatan tersebut belum sempurna keadaannya, mereka tetap bersemangat dan meneruskan pembelajaran bersama Ustaz Akmarul. Setiap satu kebaikan yang dilakukan dan dimanfaatkan, pasti mempunyai sejuta harapan yang tersimpan. Terukirnya senyuman diwajah-wajah mereka yang membuatkan satu kebaikan itu sangat bermakna.

    • Share:
    author avatar
    Alifah

    Previous post

    IHSAN SUAMI MELAHIRKAN KELUARGA SAKINAH
    January 12, 2023

    Next post

    SIRI JALAN KE NERAKA: GEMAR BEKATA BOHONG
    January 13, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    TUNDUKKAN
    MUKMINKAH AKU?  SIRI 2
    8 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.