• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Iman

    • Home
    • Blog
    • Iman
    • PUJI BERLEBIHAN, MEMBAWA PADAH

    PUJI BERLEBIHAN, MEMBAWA PADAH

    • Posted by Nur Fatihah
    • Categories Iman
    • Date January 16, 2023

    “Celaka kamu. Kamu telah memotong leher sahabatmu, kamu telah memotong leher sahabat kamu. Sekiranya salah seorang daripada kamu semua ingin memuji sahabatnya sekalipun, hendaklah dia mengucapkan “aku menyangka fulan sedemikian dan Allah SWT lah sebenar yang menghitungnya, dan aku sama sekali tidak memuji seseorangpun mengatasi Allah SWT”, Riwayat Muslim, 3000. 

    Memang tidak dinafikan sememangnya fitrah manusia suka kepada kebaikan, kelebihan dan kecantikan. Namun demikian, pastinya masyarakat sekeliling lebih menyukai untuk melihat kebaikan yang kita lakukan daripada mendengar cerita daripada diri kita sendiri tentang kebaikan yang telah dilakukan. Hal ini demikian kerana sudah pastinya sifat suka memuji diri sendiri bukan sahaja kurang disenangi oleh kebanyakan orang, malah ia dilarang dan dibenci Allah SWT dan RasulNya SAW.

    Secara asasnya, hukum memuji seseorang adalah harus dengan syarat pujian itu tidak menyebabkan insan tersebut berasa ‘ujub dan bermegah diri. Hal ini dapat dilihat apabila adanya ucapan yang diucapkan kepada Rasulullah SAW maksudnya: “Selamat datang kepada saudara yang soleh dan juga Nabi yang soleh”, Riwayat al-Bukhari, 3393.

    Rentetan daripada itu, penulis laman artikel, Pejabat Mufti Wilayah persekutuan dalam Al-Kafi #683: Hukum Memuji Secara Berlebihan, Ustaz Fahmi Rusli mengupas isu ini dengan menukilkan bahawa Imam al-Nawawi Rahimahullah menyatakan maksudnya: “Dan pada hadis ini terdapatnya keharusan untuk memuji seseorang secara berhadapan, sekiranya dia berasa aman dari perasaan ‘ujub dan selamat bagi orang lain daripada sebab-sebab yang boleh mendatangkan fitnah”, Sahih Muslim, Al-Nawawi (2/357).

    Antara keburukan memuji ialah si pemuji berkemungkinan akan melakukan pembohongan lantaran terlalu melampau dalam melontarkan pujian tamsilnya pujian kepada pemerintah bertujuan untuk mengambil hatinya.

    Selain itu, pujian acapkali menimbulkan sifat riya’ dan berasa gembira kepada orang yang dipuji, dan akhirnya itu akan membawa kepada sifat ujub dan merasakan dirinyalah yang lebih sempurna dan lebih alim berbanding manusia yang lain kerana sudah berpuas hati dengan apa yang ada pada dirinya. Jika berlebihan memuji seseorang dalam bab ibadahnya, maka, akan berkuranglah kesungguhannya untuk bersungguh-sungguh dalam amalannya.

    Justeru, antara perkara yang perlu dititik beratkan tatkala seseorang itu dipuji ialah menginsafi dirinya dan pulangkanlah semula pujian itu kepada yang selayaknya yakni Allah SWT. Selanjutnya, sentiasalah memohon perlindungan Allah SWT daripada segala sifat mazmumah seperti riya’, ujub, takbur dan sebagainya yang sangat disukai oleh musuh Allah SWT iaitu syaitan. 

    Tuntasnya, harus seseorang untuk memuji orang lain dengan penuh keikhlasan tetapi jika sekiranya pujian itu boleh membawa kepada kemudaratan maka ianya diharamkan dalam syarak. Sabda Rasulullah SAW, “Jika kamu melihat seseorang yang terlalu suka memuji maka lemparkanlah pasir di hadapan muka mereka”, Riwayat Muslim, 5323. 

    Akhir kalam, penghinaan dan teguranlah yang membuatkan kita sebagai manusia kerdil di hadapan Allah SWT akan memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Maka, bersederhanalah dalam memuji kerana yang berhak dan layak dipuji hanyalah semata Allah SWT yang Maha Besar lagi Maha Agung.

    • Share:
    author avatar
    Nur Fatihah

    Previous post

    SIRI JALAN KE NERAKA: GEMAR BEKATA BOHONG
    January 16, 2023

    Next post

    PELABURAN HIBAH, SIAPA LAYAK TERIMA??
    January 19, 2023

    You may also like

    Gambar Artikel Terakhir
    Marah Adalah Salah Satu Panahan Syaitan.
    11 September, 2023
    images (5)
    UMRAH SEBUAH PERJALANAN MANIFESTASI IMAN
    4 September, 2023
    images-4
    SUDUT PANDANG HADITH TENTANG AMALAN MANDI SAFAR
    21 August, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.