• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Aktiviti UUC

    • Home
    • Blog
    • Aktiviti UUC
    • PROGRAM SERAHAN SET GEROBOK REZEKI RAMADAN BERSAMA AGENSI ANTI-DADAH KEBANGSAAN (AADK) DAERAH REMBAU

    PROGRAM SERAHAN SET GEROBOK REZEKI RAMADAN BERSAMA AGENSI ANTI-DADAH KEBANGSAAN (AADK) DAERAH REMBAU

    • Posted by Alifah
    • Categories Aktiviti UUC, Blog, Ramadhan, Rezeki, Sedekah, UstazUstazah.Com
    • Date April 18, 2023

    Jaringan kerjasama Ustazustazah Dot Com Sdn Bhd dan Qudwah Group disebarluaskan lagi bersama Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Rembau dalam bulan Ramadan 1444h ini. Sebuah program diadakan khas sempena Ramadan kali ini iaitu Ziarah Kasih Ramadan bersama klien AADK. Program ini juga bekerjasama dengan Pejabat Agama Islam Daerah Rembau. Ziarah ini merupakan satu program mahabbah dan kunjungan mesra ke rumah-rumah klien yang merupakan individu dibawah pemantauan AADK.

    Qudwah Group telah menaja set gerobok rezeki yang terdiri daripada keperluan asas dapur iaitu beras 5kg, gula pasir 1kg, tepung 1kg, garam, bihun, kicap, sos, kordial, minyak 2kg, serbuk kari, susu sejat, milo, biskut dan sardin. Keperluan ini hanya sekadar barangan asas sahaja bagi meringankan sedikit bebanan dan memberi sinar harapan buat mereka. Sebanyak 20 set gerobok rezeki telah disediakan dengan kadar RM180 per pek.

    Kunjungan ini diadakan pada 17 dan 18 April 2023 bersamaan 26 dan 27 Ramadan 1444h. Terdiri daripada 10 orang AADK dan 3 orang wakil Qudwah Group. Sebanyak 9 buah rumah diziarah pada 18 April 2023 dan rata-rata kesemuanya berumur 30 ke 50-an. Walaupun bungkusan atau set gerobok rezeki ini tidaklah mewah tetapi cukup untuk memberi senyuman buat mereka dan memberi harapan. Dengan kunjungan ini, sebuah silaturahim terjalin. Bertanya khabar dan berbual mesra tanda kita kasih dan masih menghargai mereka. Kunjungan ini juga merupakan salah satu cara AADK untuk melihat keadaan semasa individu berkaitan dan sempena lebaran yang bakal tiba.

    Bukanlah kerana satu kesilapan, mereka disisih dan dicemuh masyarakat tetapi perlu bagi kita untuk mendekati dan memberi galakan serta dorongan dan sokongan buat mereka untuk sentiasa istiqamah berubah ke arah kebaikan. AADK menyediakan satu program pemantauan bagi sentiasa memberi sokongan kepada individu yang ingin keluar dari kancah dadah ini.

    Semoga usaha ini berterusan dan menjadi semangat buat mereka untuk keluar dari kesilapan lama.

    • Share:
    author avatar
    Alifah

    Previous post

    Bilakah waktu yang sesuai untuk mengeluarkan zakat fitrah?
    April 18, 2023

    Next post

    RASULULLAH -صلى الله عليه وسلم-MILIKI AKHLAK TERINDAH
    April 19, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    TUNDUKKAN
    MUKMINKAH AKU?  SIRI 2
    8 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.