• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Blog

    • Home
    • Blog
    • Blog
    • PERCERAIAN DAN IMPLIKASI TERHADAP ANAK-ANAK

    PERCERAIAN DAN IMPLIKASI TERHADAP ANAK-ANAK

    • Posted by amira
    • Categories Blog, Menuntut Ilmu, Perkahwinan, Tips Keluarga, Ujian Hidup, Uncategorized, UstazUstazah.Com, Wanita
    • Date May 4, 2023

    Selepas berlakunya perceraian pasangan suami isteri ketika itu anak-anak mereka yang belum mencapai usia mumaiyyiz, ibu adalah lebih berhak menjaganya berbanding orang lain kecuali jika ibu tersebut telah hilang kelayakan ataupun gugur hak sebagai seorang penjaga. Selain itu, ibunya juga perlu dibuktikan berkredibitili untuk menjaga anak tersebut kerana mampu untuk memberi kasih sayang dan masa secukupnya untuk tumbesaran anak tersebut, sempurna akal dan Islam.  

                Berdasarkan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, seseorang wanita boleh hilang kelayakan atau gugur hak sebagai penjaga adalah jika wanita itu berkahwin lain dengan lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak tersebut kerana ia akan menjejaskan kebajikan kanak-anak tersebut. Selain itu, jika wanita itu berkelakuan buruk seperti minum arak, tidak solat ataupun jika wanita itu menukar tempat pemastutinannya bertujuan untuk mencegah kanak-kanak tersebut dari pengawasan bapanya kecuali jika wanita itu pulang ke tempat lahirnya selepas perceraian ataupun jika wanita itu cuai atau menganiayai kanak-kanak tersebut dan murtad boleh bekas isteri tersebut atau perempuan itu hilang kelayakan menjaga anak tersebut.

                Namun, tempoh hak jagaan tersebut tamat setelah kanak-kanak tersebut mencapai umur mumayiz iaitu 7 tahun (lelaki) dan 9 tahun (perempuan). Selepas kanak-kanak tersebut mencapai umur mumaiyiz, mereka berhak memilih untuk tinggal sama ada dengan ibu atau bapanya, melainkan Mahkamah memerintahkan sebaliknya. Bagi hak jagaan bagi anak luar nikah/ tidak sah taraf adalah hanya kepada ibu kandung anak tersebut dan saudara mara ibunya sahaja kerana dalam Islam anak luar nikah hanya layak dibawah jagaan ibunya sahaja. Jika kedua pihak (ibu dan bapa) telah berbincang dan mencapai persetujuan secara bersama berkenaan isu ataupun terma hak jagaan anak, mereka boleh membuat suatu perjanjian bertulis dan memohon di Mahkamah Syariah untuk menjadikan perjanjian tersebut sebagai suatu Perintah Mahkamah.

                Akta mahupun Enakmen Keluarga Islam di Malaysia tidak memperuntukkan secara khusus berkenaan hak jagaan anak melibatkan anak angkat. Namun dari segi amalannya, apabila pasangan ibu bapa angkat bercerai, pada kebiasaannya keutamaan hak jagaan tersebut akan diberikan kepada ibu angkat melainkan jika ibu angkat tersebut didapati tidak memenuhi kreteria ataupun kelayakan sebagai seorang penjaga.

                Permohonan Hak Jagaan tersebut boleh difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah negeri pihak pemohon bermastautin. Pihak pemohon juga boleh melantik Peguam Syarie untuk membantu dan mewakili beliau dalam tuntutan tersebut. Tempoh penceraian adalah masa yang sangat tertekan bagi setiap ahli keluarga yang terlibat termasuklah anak-anak. Ia lebih memberi kesan terutamanya kepada anak-anak yang masih kecil kerana mereka tidak memahami sepenuhnya mengapa struktur keluarga mereka berpecah. Mereka juga terpaksa melalui beberapa perubahan dalam diri mereka. Ramai kanak-kanak mengalami perasaan kehilangan apabila salah seorang ibu bapa berpindah keluar dari kediaman keluarga, merindui ibu apabila bersama dengan bapa atau sebaliknya, dititipkan kepada datuk dan nenek untuk dijaga, dan sebagainya. Anak-anak ini memerlukan tempat untuk menyalurkan emosi mereka – seseorang untuk bercakap dengannya, seseorang yang akan mendengar, atau bantuan dari segi sokongan psikologi. Maka sebagai ibu bapa yang prihatin perlu memastikan anak-anak di dalam keadaan emosi yang stabil untuk tumbesaran anak-anak yang lebih baik dan sempurna.

    • Share:
    author avatar
    amira

    Previous post

    Enam Peristiwa Penting Yang Berlaku Pada Bulan Syawal.
    May 4, 2023

    Next post

    KAEDAH MEMBACA PERMULAAN SURAH AL-TAUBAH
    May 4, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    Pink Yellow Gradient Wine Purple Cute Illustration Teach Children During Ramadan Instagram Post
    AYUHAL WALAD (WAHAI ANAK-ANAK)
    20 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.