• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Uncategorized

    • Home
    • Blog
    • Uncategorized
    • MASYA-ALLAH, TINGGINYA KEILMUAN SAIDITINA AISHAH RA!

    MASYA-ALLAH, TINGGINYA KEILMUAN SAIDITINA AISHAH RA!

    • Posted by Nur Fatihah
    • Categories Uncategorized
    • Date August 10, 2023

    Berkata Imam al-Syafi’e RA: “Menuntut ilmu itu lebih baik daripada melakukan ibadah sunat”. 

    Melihat kepada kalam ini, apabila sudah dibandingkan menuntut ilmu itu adalah jauh lebih baik daripada melaksanakan ibadah sunnah yang sememangnya kita tahu amalan baik ini menatijahkan kedekatan diri kepada Allah SWT, maka sudah pasti menuntut ilmu itu adalah jauh lebih mulia dan lebih dituntut untuk menunaikannya.

    Banyak yang boleh kita pelajari akan kegigihan dan kesungguhan menuntut ilmu daripada para ulama Islam terdahulu yang sanggup merentas negeri bahkan merentasi sempadan negara serta benua hanya untuk berguru dengan para guru yang alim dan selayaknya pada zaman itu.

    Tamsilnya, kisah Jabir bin ‘Abdillah al-Ansari yang sanggup mengembara dari Kota Madinah ke Bumi Syam yang jaraknya mengambil masa 1,600 km lamanya hanya kerana semata-mata ingin mendengar satu Hadis sahaja daripada Abdullah bin Unais. Masya-Allah!

    Hal ini juga dapat kita belajar menerusi sisi pribadi Saiditina Aishah RA binti Abu Bakar al-Siddiq. Saiditina Aishah RA merupakan salah seorang isteri Baginda Rasulullah SAW dan anak kepada sahabat yang sangat dicintai baginda SAW sendiri iaitu Abu Bakar al-Siddiq RA.

    Aishah RA berasal dari suku Arab Quraisy yang merupakan terkenal dengan sikap berani membela kehormatan diri dan sangat dermawan. Maka, tidak janggal jika beliau dicatatkan sebagai seorang yang penuh kelembutan, keberanian, kedermawanan dan kesabaran yang seharusnya dijadikan teladan dan ikutan bagi seluruh umat Islam.

    SEBERAPA TINGGIKAH KEILMUAN AISHAH R.A.

    Di dalam bidang Ilmu Hadis, Abu Musa al-Ash‘ari pernah berkata, “Tidak ada sesuatu yang kita perselisihkan di antara para sahabat Rasul tentang sesuatu hadis. Kemudian kita menanyakan kepada ‘Aishah kecuali kita akan memperoleh darinya kepastian yang tidak perlu lagi diragukan”. 

    Selain itu juga, disebutkan perbandingan periwayatan hadis antara Aishah RA, dan para perawi hadis lainnya, Aishah RA berada pada posisi pertama, tercatat sebanyak 5636 hadis yang diriwayatkan berbanding para perawi yang lainnya.

    Selanjutnya pula, dalam pengkhususan ilmu Fiqh, Abu Salamah bin Abdurrahman meriwayatkan, “Aku tidak melihat seorang pun yang lebih mengetahui sunnah-sunnah Rasul, tidak juga yang lebih mendalam pemahamannya jika berhujah dan tidak ada seorangpun yang lebih tahu tentang sebab turunnya ayat juga tentang kewajipannya selain ‘Aishah.”

    Di samping itu, kepintaran Saiditina Aishah RA dalam ilmu kesusateraan dan pensyairan diakui apabila Al-Ahnaf bin Qais berkata, “Meski aku sering mendengar khutbah Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan beberapa khalifah lain, tetapi aku tidak pernah mendengar ucapan yang lebih indah selain dari ‘Aishah.”

    Sebagai kesimpulannya, Saiditina Aishah RA adalah seorang sosok wanita yang sangat perlu dijadikan contoh dari sudut agama, dan kecerdasan intelektualnya. Imam az-Zuhri pernah berkata: “Seandainya ilmu Aishah dikumpulkan dengan ilmu dari seluruh Ummah al-Mu’minin, nescaya ilmu Aishah lebih utama.” 

    Maka, penulis ingin mengajak kesemua para wanita khususnya para Muslimah sekalian untuk meneladani kisah-kisah kesungguhan Saiditina Aishah RA dalam setiap sisi kehidupan agar kita semua mampu menjadi seorang wanita yang hebat, cerdas serta berani menggoncang dunia dan berjaya mencapai RedhaNya di dunia dan juga di akhirat kelak.

    Rujukan: Aisyah Tidjani, ‘Aishah Binti Abu Bakr R.A Wanita Istimewa yang Melampaui Zamannya, Indonesia, Dirosat Jurnal Of Islamic Studies, 2016.

    • Share:
    author avatar
    Nur Fatihah

    Previous post

    DOA NABI ADAM DAN SAIYIDAH HAWA : SIRI 2
    August 10, 2023

    Next post

    NILAI AIR MATA KERANA ALLAH
    August 11, 2023

    You may also like

    Pink Yellow Gradient Wine Purple Cute Illustration Teach Children During Ramadan Instagram Post
    AYUHAL WALAD (WAHAI ANAK-ANAK)
    20 November, 2023
    AAR78366
    MUKMINKAH AKU? SIRI 3
    17 November, 2023
    4239893-camel-1024×804
    KAUM TSAMUD YANG BINASA. SIRI 2
    16 September, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.