• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Aktiviti UUC

    • Home
    • Blog
    • Aktiviti UUC
    • MAAL HIJRAH BERSAMA JHEAINS REMBAU

    MAAL HIJRAH BERSAMA JHEAINS REMBAU

    • Posted by Alifah
    • Categories Aktiviti UUC, Blog, UstazUstazah.Com
    • Date August 18, 2023

    KERJASAMA antara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Rembau bersama Ustazustazah Dot Com Sdn Bhd dengan mempromosikan aplikasi Khair. Satu jalinan yang terjalan akan terus terjalin dalam apa jua keadaan. Program anjuran JHEAINS ini memberi ruang dan peluang untuk Ustazustazah.com turut sertai menjadi sebahagian daripada peserta dan rakan kerjasama.

    5 Ogos 2023 bersamaan Sabtu merupakan program Maal Hijrah peringkat kariah yang diadakan di Masjid Lubok China, Rembau. Program yang diadakan menyasarkan 200-500 pengunjung yang terdiri daripada kawasan sekitar. Dengan kerjasama yang diadakan, Ustazustazah.com membawakan Ustaz Ahmad Tarmizi dalam memenuhi slot Kuliah Dhuha dengan topik yang menari iaitu Healing with Al-Quran.

    Kerjasama diteruskan lagi dengan sebuah lagi sambutan Maal Hijrah anjuran JHEAINS Rembau peringkat daerah Rembau di Masjid Kundur Hilir, Rembau pada 18 Ogos 2023 bersamaan hari Jumaat.

    Program ini juga dibawakan sekali lagi Ustaz Ahmad Tarmizi bagi perkongsian Kuliah Dhuha dan sekaligus mengimamkam solat sunat Dhuha dan taubat. Program ini berskala lebih besar dengan sasaran lebih 500 pengunjung.

    Sekitar sambutan Maal Hijrah anjuran JHEAINS Rembau di Masjid Kundur Hilir, Rembau.

    Tentatif pada sebelah siang, memfokuskan kepada slot Dhuha, diskusi masyarakat bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Rembau, pameran dari pelbagai agensi dan jualan-jualan dibawah pengendalian Jabatan Pertanian (FAMA). Pembukaan acara di pagi hari adalah persembahan silat oleh anak-anak dari Pusat Pengajian Al-Quran dan Turath.

    Tidak dilepaskan juga peluang Ustazustazah.com membuka booth bagi mempromosikan aplikasi Khair sebagai aplikasi panduan hidup muslim yang menerapkan pelbagai ciri-ciri menarik dan mesra pengguna.

    Senarai agensi yang terlibat dalam sesi pameran sempena program Maal Hijrah peringkat daerah Rembau.

    Pameran ini dibuka pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari sahaja bagi memberi ruang kepada jemaah dan AJK masjid untuk persiapan solat Jumaat. Program diteruskan dengan acara kemuncak pada sebelah malam iaitu perasmian Masjid Kundur Hilir dan ceramah oleh Ustaz Elyas Ismail. Tidak dilupakan tetamu kehormat YTM Undang Luak Rembau yang turut sama mengimarahkan majlis ilmu berkenaan.

    Semoga program dan kerjasama seperti ini berkekalan dan terus bersama-sama memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Kebaikan itu bermula dengan diri sendiri.

    • Share:
    author avatar
    Alifah

    Previous post

    DOA TENTERA TOLUT : SIRI 1
    August 18, 2023

    Next post

    Jaga Hak Allah,Allah Jaga Kita Dunia dan Akhirat
    August 21, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    TUNDUKKAN
    MUKMINKAH AKU?  SIRI 2
    8 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.