• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Blog

    • Home
    • Blog
    • Blog
    • AKHLAK TERPUJI RASULULLAH SAW

    AKHLAK TERPUJI RASULULLAH SAW

    • Posted by Alifah
    • Categories Blog, Maulidur Rasul, UstazUstazah.Com
    • Date September 13, 2023

    Rasulullah SAW merupakan Nabi yang terakhir dan Allah menciptakan Rasulullah SAW sebagai makhluk paling mulia yang pernah diciptakan oleh-Nya. Bagi seseorang yang paling mulia dan terpuji, pastinya Baginda SAW mempunyai kelebihan-kelebihan yang tersendiri. Seperti dalam dalil-dalil berikut:

    Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak. (HR Baihaqi)

    Firman Allah SWT: “Sesungguhnya kamu Nabi Muhammad SAW berada di atas akhlak yang mulia.” (Al-Qalam: 4)

    Saad Ibnu Hisyam RA meriwayatkan beliau pernah bertanya Sayidatina Aisyah RA mengenai akhlak Rasulullah SAW. Ummul Mukminin itu menjawab: “Akhlaknya ialah al-Quran.” (HR Ahmad)

    Berikut merupakan dalil-dalil dan nas yang menceritakan tentang kesempurnaan akhlak Rasulullah SAW.  Betapa indahnya keperibadian Baginda SAW sehingga Sayidatina Aisyah RA mengatakan akhlak Baginda SAW ialah al-Quran.

    RASULULLAH SAW CONTOH TERULUNG

    Al-Quran ialah panduan hidup muslim yang lengkap dan Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik untuk diikuti. Berpeganglah pada keduanya nescaya akan aman dunia dan akhirat.

     Antara akhlak Nabi SAW yang wajar diikuti ialah pemaaf. Firman Allah SWT: “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan makruf serta pedulikan orang bodoh.” (Al- A’raf: 199)

    Keperibadian Rasulullah boleh diteladani dan ia merangkumi semua aspek iaitu kepemimpinan, menjadi suami yang baik, menghormati setiap manusia tanpa mengira agama dan bangsa, sentiasa mencurahkan kasih sayang sesama manusia serta sikap-sikap mahmudah yang lain.

    Gambar diatas merupakan Hajarul Aswad di Mekah. Hajarul Aswad ini menjadi bukti kebijaksanaan dan keadilan Baginda SAW dalam menyelesaikan masalah meski waktu ketika itu beliau masih muda. Sirah yang masyhur berkenaan perletakan semula Hajarul Aswad di sudut Kaabah bersama kabilah-kabilah di Mekah menjadi bukti akan tingginya keperibadian Baginda SAW.

    Dapat kita simpulkan bahawa begitu banyak dalil dan nas yang menceritakan tentang hebatnya akhlak Baginda SAW. Contohilah setiap satu daripadanya. Istiqamahlah dalam amalan. Meski ianya hanya amalan yang kecil dan mudah tetapi besar di sisi Allah SWT.

    Tag:maulidur rasul

    • Share:
    author avatar
    Alifah

    Previous post

    HUKUM MENYAMBUT MAULID NABI SAW
    September 13, 2023

    Next post

    NABI MUHAMMAD SAW UTUSAN ALLAH SWT
    September 14, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    TUNDUKKAN
    MUKMINKAH AKU?  SIRI 2
    8 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.