• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Aktiviti UUC

    • Home
    • Blog
    • Aktiviti UUC
    • MUSABAQAH PERDANA MAULIDUR RASUL 2023

    MUSABAQAH PERDANA MAULIDUR RASUL 2023

    • Posted by Alifah
    • Categories Aktiviti UUC, Maulidur Rasul, Rabiulawal, UstazUstazah.Com
    • Date September 29, 2023

    MAULIDUR RASUL merupakan sebuah sambutan bagi memperingati kelahiran insan teragung yang diutuskan oleh Allah SWT kepada umat manusia sebagai penyampai kebenaran dan memimpin manusia ke arah kebaikan. Bagindalah utusan terakhir dan contoh terulung kesempurnaan akhlah iaitu Baginda Nabi Muhammad SAW.

    Allah SWT berfirman: “Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam.”  

     (Surah al-Anbiya’, ayat 107).

    Nadi Al-Quran Kg Sri Melenggang, Negeri Sembilan tidak melepaskan peluang untuk turut bersama-sama meraikan dan mengimarahkan Maulidur Rasul pada tahun ini. Sekali lagi Ustazustazah Dot Com Sdn Bhd (1469382-U) menganjurkan pertandingan bersempena hari kelahiran Nabi Muhammad SAW iaitu Musabaqah Perdana Maulidur Rasul 2023.

    Pertandingan ini mempunyai dua kategori iaitu kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Terdapat 5 jenis pertandingan yang diketengahkan bagi setiap kategori. Antara pertandingannya ialah Pertandingan Azan, Pertandingan Tilawah Al-Quran (Lelaki), Pertandingan Tilawah Al-Quran (Perempuan), Pertandingan Hafazan (Lelaki) dan Pertandingan Hafazan (Perempuan).

    Objektif penganjuran musabaqah pada kali ini adalah bagi menyemai semangat kecintaan para pelajar terhadap kalamullah yang merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW.  

    Seperti yang di riwayatkan oleh Imam Muslim dan al-Hakim dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhuma, beliau menceritakan: “Bahwa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Sungguh telah aku tinggalkan pada kalian sesuatu yang tidak akan menjadikan kalian tersesat selagi kalian berpegang teguh denganya yaitu al-Qur’an dan Sunah nabiNya“.

    HR Muslim no: 1218.

    Alhamdulillah, pertandingan ini berjaya diadakan pada tarikh penting dalam sejarah Islam iaitu 12 Rabiul Awal 1445H bersamaan 28 September 2023 (Khamis). Pertandingan bermula seawal jam 8.30 pagi dengan slot pendaftaran peserta dan cabutan giliran. Ia diadakan di dua lokasi iaitu kelas Pusat Nadi Al-Quran Kg Sri Melenggang dan ruangan surau Kg Sri Melenggang.

    Ruangan surau yang dijadikan lokasi Pertandingan Azan dan Tilawah Al-Quran.

    Ruang kelas Nadi Al-Quran yang dijadikan lokasi khusus bagi Pertandingan Hafazan Al-Quran.

    Antara dua kategori yang dipertandingkan, kategori Sekolah Rendah telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Seramai 58 orang pelajar telah mendaftarkan diri. Walaupun begitu, kategori Sekolah Menengah terpaksa dibatalkan rentetan tiada penyertaan yang didaftarkan. Hal ini berikutan kebanyakkan sekolah-sekolah menengah di sekitar Rembau sedang menjalani peperiksaan dan beberapa ujian lisan.

    Perkara ini tidak mematahkan semangat kami bahkan kami tetap meneruskan agenda utama iaitu pelaksanaan semua jenis pertandingan.

    Mereka daftarkan diri dan hadir dengan harapan. 58 orang pelajar ini membakarkan lagi semangat kami untuk memberi pengalaman dan pendedahan kepada para pelajar dari segi mengasah keyakinan, kemahiran berkomunikasi, semangat cinta akan program ilmiah dan semangat berdaya saing secara sihat.

    Hasil penganjuran pertandingan ini dapat kita cungkil bakat-bakat terpendam pelajar, memberi pengalaman dan mendidik keyakinan dalam diri. Alhamdulillah, ibu bapa juga turut hadir bersama pelajar bagi  memberikan semangat kepada peserta. Bagi menjurikan pertandingan ini, telah dijemput dua orang guru dari salah sebuah sekolah menengah sekitar Rembau. Saingan yang cukup sengit namun, semuanya berjalan lancar.

    Sesi fotografi bersama barisan juri, guru pengiring dan sebilangan peserta bersama pengerusi Surau Kg Sri Melenggang.

    Semoga usaha ini dapat menyuburkan lagi kecintaan para pelajar terhadap Al-Quran dan Rasulullah SAW.  Bak kata pepatah,’melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Menyemai benih sekarang, untuk dituai pada masa akan datang.

    Insha Allah, alhamdulillah ala kulli hal. Rabbi yassir wala tua’ssir ya karim.

    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

    • Share:
    author avatar
    Alifah

    Previous post

    CINTA NABI SAW ADAKAH HANYA BERMUSIM?..
    September 29, 2023

    Next post

    SIAPAKAH CONTOH IKUTAN TERBAIK?
    September 29, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    TUNDUKKAN
    MUKMINKAH AKU?  SIRI 2
    8 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.