• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    UstazUstazah.Com

    • Home
    • Blog
    • UstazUstazah.Com
    • YAHUDI ZAMAN NABI MUSA

    YAHUDI ZAMAN NABI MUSA

    • Posted by Aisyah
    • Categories UstazUstazah.Com
    • Date October 22, 2023

    MUKJIZAT NABI MUSA -عليه السلام-

    Bani Israel ataupun golongan Yahudi pernah mendiami Mesir. Ketika berada di bawah pemerintahan Firaun, golongan Bani Israel di tindas dan mereka hidup dalam kesengsaraan. Allah -سبحانه وتعالى- kemudiannya memerintahkan Nabi Musa -عليه السلام- untuk menyelamatkan kaum Bani Israel dan mengeluarkan mereka daripada cengkaman Firaun yang zalim.

    Firman Allah -سبحانه وتعالى- :

    ﴿وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَسْرِ بِعِبَادِي إِنَّكُمْ مُتَّبَعُونَ٥٢﴾ [الشعراء: 52]

    Maksudnya : «(Allah berfirman): Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan tenteranya)”(52)»

    Menurut Tafsir Ibnu Katsir, Nabi Musa -عليه السلام- diperintahkan supaya membawa keluar Bani Israel pada waktu malam dari Kota Mesir. Bani Israel kemudiannya tiba di pinggir Laut Qulzum (Laut Merah),[1] dan dibelakang mereka terdapat bala tentera Firaun yang semakin menghampiri. 

    Firman Allah -سبحانه وتعالى- :

    ﴿فَلَمَّا تَرَاءَى الْجَمْعَانِ قَالَ أَصْحَابُ مُوسَى إِنَّا لَمُدْرَكُونَ٦١ قَالَ كَلَّا  إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهْدِينِ٦٢﴾ [الشعراء: 61-62]

    Maksudnya : «Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: “Sesungguhnya kita akan dapat ditawan”(61) Nabi Musa menjawab: “Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku”(62)»

    Lalu Allah -سبحانه وتعالى- mewahyukan kepada Nabi Musa supaya memukulkan tongkat Baginda ke lautan, kemudian lautan tersebut terbelah dan Bani Israel dapat menyeberanginya dengan selamat.

    SETELAH DISELAMATKAN DARIPADA MALAPETAKA FIRAUN

    Setelah Allah -سبحانه وتعالى- menyelamatkan Bani Israel daripada Firaun, dan menampakkan mukjizat yang agung dihadapan mata mereka, kebanyakan daripada mereka tidak mahu beriman dan mendustakan Nabi Musa. Malah mereka juga menyembah patung anak sapi yang dibuat sendiri.

    Demikianlah keingkaran Bani Israel yang ingkar kepada Nabi Musa -عليه السلام-, malah mereka menjadi kufur kepada Allah setelah Allah menyelamatkan mereka daripada bencana yang dilakukan oleh Firaun terhadap kaum mereka.

    Kisah Bani Israel banyak diceritakan dalam al-Quran. Ianya pasti mempunyai hikmah yang besar untuk umat Nabi Muhammad dan pedoman yang penting untuk direnungkan dan diambil iktibar.


    [1] Ibnu Katsir. 2015. Tafsir Ibnu Katsir. Jakarta : Pustaka Imam Asy-Syafi’i. 6/537.

    • Share:
    author avatar
    Aisyah

    Previous post

    PALESTIN ISU SAUDARA KITA YANG BERJUANG
    October 22, 2023

    Next post

    Ada Apa Dengan Rabiul Akhir
    October 23, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    TUNDUKKAN
    MUKMINKAH AKU?  SIRI 2
    8 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.