• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Blog

    • Home
    • Blog
    • Blog
    • ADAB DALAM BERDOA

    ADAB DALAM BERDOA

    • Posted by zaki
    • Categories Blog, Iman
    • Date June 20, 2023

    Imam al-Khattabi mendefinisikan bahawa doa adalah permohonan untuk pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba kepada Tuhannya. Hakikat doa itu adalah menzahirkan kefakiran, kelemahan dan kehinaan diri kepada Allah yang di dalamnya terpateri keagagungan terhadap Allah SWT dan mengiktiraf sifat kemuliaan dan pemurah-Nya.

    (Lihat Sya’n al-Dua’, hal. 4)

    Dan berdoa mempunyai adab-adabnya tersendiri.

    Pertama: Berdoa dengan Penuh Harap dan Yakin

    Antara adab berdoa, seseorang itu perlulah meminta kepada Allah SWT dalam keadaan dirinya bersangka baik dengan-Nya agar permintaan itu dimustajabkan. Demikian juga, seseorang itu perlulah berdoa dalam keadaan penuh harap (agar doa dimustajabkan) dan juga perasaan takut (dari doa tertolak). Ini berdasarkan firman Allah SWT:

    إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا

    Maksudnya: Sesungguhnya mereka itu (para Nabi) sentiasa bersegera dalam melakukan perkara kebaikan. Dan mereka berdoa kepada Kami dalam keadaan penuh harap dan rasa takut.

    (Surah al-Anbiya’: 90)

    Ayat di atas ini sebelumnya menceritakan berkenaan beberapa orang para Nabi dan juga permintaan yang mereka lakukan. Nabi Ayyub AS berdoa kepada Allah SWT untuk memberikan kesembuhan kepada penyakit yang menimpanya, lalu Allah mustajabkan. Dan nabi ini dimustajabkan doanya kerana berdoa dalam keadaan penuh harap dan takut kepada Allah SWT. 

    Kedua: Memuji Tuhan Sebelum Berdoa

    Antara adab dalam berdoa adalah dengan memuji Allah SWT sebelum meminta sebarang hajat. Hal ini sebagai contoh mudahnya adalah dengan melihat kepada bacaan surah al-fatihah yang dibacakan oleh seseorang. Ia berdasarkan sebuah riwayat yang panjang daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW menceritakan berkenaan bacaan al-Fatihah di dalam solat. Lalu Allah SWT membahagikan solat kepada dua bahagian, untuk diri-Nya dan untuk para hamba-Nya.

    Jelas dalam surah al-Fatihah, terdapat 5 pujian daripada ayat pertama hinggalah ke ayat yang ke lima kepada Allah SWT. Kemudian pada ayat yang keenam, ia diikuti dengan permintaan atau doa yang pertama iaitu:

    اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيم

    Maksudnya: Berilah kami hidayah kepada jalan yang lurus.

    (Surah al-Fatihah: 6)

    Kesemua ungkapan di atas ini, jika diteliti ia adalah suatu puji-pujian seorang hamba kepada Tuhannya. Justeru, dapat kita fahami bahawa petunjuk qurani di dalam berdoa adalah dengan memulakannya dengan ucapan pujian-pujian kepada Allah SWT.

    Dan terdapat waktu-waktu yang dianjurkan berdoa:

    1. Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat subuh.
    2. Selepas setiap solat fardu lima waktu.
    3. Antara solat zuhur,asar dan maghrib.
    4. Antara azan dan iqamat atau selepasnya.
    5. Ketika bangun tidur.
    6. Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam.
    7. Antara takbir solat hari raya.
    8. Dalam khutbah Jumaat,khutbah hari raya dan khutbah nikah.
    9. Ketika khatam al-Quran 30 juzuk.
    10. Ketika menziarahi Makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi

    Semoga Allah menjadikan diri kita sentiasa tabarru’ dan munajat kepada-Nya sama ada ketika senang atau susah. Amin.

    Tag:#doa, ustazustazahcom

    • Share:
    author avatar
    zaki

    Previous post

    HIKMAH KORBAN
    June 20, 2023

    Next post

    SUBHANALLAH, BESAR HIKMAH QURBAN KE ATAS MUSLIM
    June 20, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    images (4)
    3 TIPS UNTUK PERUBAHAN HIDUP
    6 November, 2023
    download (16)
    PENJAJAHAN HARAM ISRAEL DI BUKIT GOLAN
    30 October, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.