• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Blog

    • Home
    • Blog
    • Blog
    • ALASAN MUNASABAH TUNTUTAN FASAKH

    ALASAN MUNASABAH TUNTUTAN FASAKH

    • Posted by amira
    • Categories Blog, Menuntut Ilmu, Perkahwinan, Tips Keluarga, Ujian Hidup, UstazUstazah.Com
    • Date February 16, 2023

    Makna fasakh ialah melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri setelah diminta cerai oleh isteri melalui pengadil (hakim). Fasakh hanya boleh dilakukan oleh pihak yang berkuasa sahaja seperti hakim dan kadi apabila terdapat sebab tertentu seperti kehilangan suami tanpa diketahui keadaannya sama ada hidup atau mati ataupun salah seorang daripada suami atau isteri murtad dan sebagainya. Fasakh dengan talak adalah tidak sama. Fasakh ialah pembatalan akad daripada asas dan menghilangkan sifat halal yang menjadi kesan ke atasnya, manakala talak pula ialah menamatkan akad dan sifat halal masih kekal kecuali setelah talak ba’in (talak tiga). Fasakh berlaku sama ada dengan sebab hal-hal mendatang ke atas akad yang menafikan perkahwinan atau hal-hal yang berhubung kepada akad yang menyebabkan ia tidak lazim dari hukum asal, manakala talak pula ialah talak tidak berlaku kecuali berdasarkan akad yang sahih dan lazim. Selain itu, fasakh tidak mengurangkan bilangan talak yang dimiliki oleh suami, manakala talak mengurangkan bilangan talak.

    Fasakh bermaksud pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh hukum syarak. Enakmen 2 Tahun 2003, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 ada menyebut pembubaran perkahwinan menurut Seksyen 53 yang menyebut berkaitan perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh. Dalam isu fasakh banyak perkara yang menyebabkan perkara ini boleh berlaku. Di antara faktor-faktor yang mengharuskan fasakh ialah apabila suami atau isteri yang tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun. Suami atau isteri tersebut juga tidak memaklumkan dimana lokasi suami isteri itu berada. Selain itu, fasakh adalah disebabkan suami tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan atau lebih.

    Alasan yang lain untuk menuntut fasakh adalah pasangan itu telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih, tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun tanpa sebab-sebab yang muasabah, suami telah mati pucuk, telah gila selama tempoh 2 tahun, sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit, lazim menyakiti pasangan, mencederakan tubuh atau menjadikan kehidupan isteri menderita, berkawan dengan perempuan-perempuan jahat, memaksa isteri hidup secara lucah, melupuskan harta isteri, menghalang isteri menunaikan kewajipan agama seperti memaksa isteri tidak menutup aurat ataupun menunaikan solat, tidak berlaku adil kepada isteri-isterinya  mengikut Hukum Syarak, Di samping itu, fasakh boleh dimohon jika suami tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.

    Maka dapatlah disimpulkan bahawa pensyariatan fasakh di dalam Islam adalah bertujuan untuk mengimbangi hak wanita sebagai kaum yang lemah dan seringkali menjadi mangsa kepada lelaki yang mengambil kesempatan di atas kelemahan tersebut. Namun begitu, pihak isteri tidak boleh menyalahgunakan tuntutan fasakh untuk membebaskan diri dari tanggungjawab dalam perkahwinan apabila tanggungjawab tersebut telah ditunaikan oleh suami dengan sewajarnya. Manakala suami pula tidak boleh menyalahgunakan ikatan perkahwinan dengan melayan isteri secara melampaui batas-batas hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

    • Share:
    author avatar
    amira

    Previous post

    <strong>BULAN REJAB: ADAKAH BENAR HADIS KHUSUS TENTANG ISTIMEWA REJAB?</strong>
    February 16, 2023

    Next post

    KARNIVAL GEGAR UMMAH "MEMASYARAKATKAN AL-QURAN"
    February 16, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    Pink Yellow Gradient Wine Purple Cute Illustration Teach Children During Ramadan Instagram Post
    AYUHAL WALAD (WAHAI ANAK-ANAK)
    20 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.