AMALAN YANG DI LUPAKAN OLEH ORANG ISLAM
Amalan merupakan salah satu tunjak utama dalam agama islam yang mana seringkali seorang muslim terlepas pandang oleh kerana kurang penghayatan ukhrawi lebih mengejar ke arah duniawi,Namun masih terdapat sebahagian yang masih teruskan amalan yang di tinggalkan oleh Baginda Nabi Muhammad s.a.w antaranya seperti mana yang telah di rakamkan dalam Al-Qur’an dan Hadis:-
Doa Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam:
اللهم اهدِني لأحسنِ الأخلاقِ . لا يهدي لأحسنِها إلا أنت . واصرِفْ عني سيِّئَها . لا يصرفُ عني سيِّئَها إلا أنت
Ya Allah, tunjukilah aku kepada akhlak yang baik, tidak ada yang dapat memberikan petunjuk kepada yang lebih baik kecuali Engkau. Jauhkanlah aku dari akhlak yang buruk, kerana tidak ada yang dapat menghindarkan aku dari akhlak yang buruk kecuali Engkau.
(Riwayat Muslim)
أثقلُ شيءٍ في الميزانِ الخُلقُ الحسَنُ
Perkara yang paling berat timbangannya ialah akhlak yang baik.
(Riwayat Ibn Hibban)
قال : أيُّ المُؤمِنينَ أكمَلُ إيمانًا؟ قال : أحسَنُهم خُلُقًا
Seorang lelaki bertanya: orang mu’min yang manakah yang paling sempurna? Baginda menjawab: Orang yang akhlaknya paling baik.
(Riwayat at-Tabrani)
إنَّ من أحبِّكم إليَّ وأقربِكُم منِّي مجلسًا يومَ القيامةِ أحاسنَكُم أخلاقًا
Orang yang paling aku kasihi dan paling dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya.
(Riwayat at-Tirmizi)
Pemberian Salam yang sering di tinggalkan.
Akhir-akhir ini tidak di nafikan kita selalu alpa dalam memberikan salam dan bertegur sapa terhadap sesama muslim bagi mengeratkan ukhuwah ini kerana faktor persekitaran yang mana orang lebih suka menggunakan telefon bimbit dari bertegur sapa perkara ini mengakibatkan persepsi yang kurang baik dari orang lain nilai murni umat islam tidak di tonjolkan. Terdapat dalam satu hadis yang menerangkan kebaikan memberi salam contohnya:-
وعن أَبي أُمامة صُدَيِّ بن عجلان الباهِلِي قال: قال رسولُ الله إنَّ أَوْلَى النَّاس باللهِ مَنْ بَدَأهم بالسَّلام
“Sesungguhnya orang yang paling utama di sisi Allah adalah mereka yang memulai salam.”
(HR Abu Dawud dan Tirmidzi).
Sedekah yang jarang di hulurkan
Saban hari kita sendiri mahupun muslim yang lain terlupa dalam menghulurkan sedekah dan ada juga yang berkira untuk memberi kerana khuatir akan kehabisan wang,makanan dan sebagainya ini kerana kembali kepada perkara asas iaitu keimanan seseorang muslim.
Terdapat dalam hadis-hadis sahih yang menceritakan fadhilat bagi orang yang bersedekah antaranya ialah:-
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال: قال رسول اللہ ﷺ:
⦅ما نقصت صدقة من مال، وما زاد الله عبدا بعفو إلا عزا، وما تواضع أحد لله إلا رفعه الله.⦆
(رواه مسلم)
Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda,
“Sedekah sama sekali tidak mengurangi kekayaan. Dan hamba yang mengampuni (orang lain), Allah menambahkan kehormatannya, dan orang yang merendah hati, Allah mengangkat kedudukannya.”
(Muslim)
Menyebut Lafaz Zikrullah yang jarang berada di bibir?
Penat dalam mengejar dunia sehinggakan kita sebagai manusia terleka dan alpa dalam mengngati Allah s.w.t meskipun Allah s.w.t sentiasa akan mengingati hamba-Nya, Dengan Zikir juga kita dapat beribadat secara tidak langsing dan mendapat pahala dari amal kebaikan ini. Bnyak fadhilat zikir yang terdapat dalam Hadis antaranya ialah:-
firman Allah dalam surah al-Ahzab, ayat 41 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah akan Allah dengan ingatan yang banyak.”
Firman Allah dalam surah surah al-Ra`d, ayat 28 yang bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”
Dalam hadis sahih yang lain riwayat Imam al-Bukhari daripada Abu Musa al-Ash’ari RA, Nabi bersabda: “Perumpamaan orang yang berzikir dan orang yang tidak berzikir ialah seperti orang yang hidup dan orang yang mati.”
Kesimpulannya kita sebagai hanba Allah s.w.t kena berpegang teguh kepada rukun iman dari segi kepercayaan dan pergantungan kita sebagai makhluk Allah s.w.t,Setiap sesuatu amal baik pasti akan ada ganjaran yang besar di sisi-Nya, Maka jangan takut untuk sebarkan salam dan bersedekah kerana kesenangan hidup,rezeki dan kesihatan semuanya datang dari Allah.
Sama-sama kita melebihkan amal dalam bersedekah dan memberi salam sesame muslim bagi tujuan mengeratkan lagi hubungan kita sesame muslim dan juga Allah s.w.t, Selamat beramal.