• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Tips Keluarga

    • Home
    • Blog
    • Tips Keluarga
    • AYUHAL WALAD (WAHAI ANAK-ANAK)

    AYUHAL WALAD (WAHAI ANAK-ANAK)

    • Posted by zaki
    • Categories Tips Keluarga, Uncategorized
    • Date November 20, 2023

    ISU PENDERAAN kanak-kanak yang menyebabkan cedera parah ini semakin menular dalam kalangan masyarakat kita. Malah ianya turut membabitkan ahli keluarga sendiri. Ini sepertimana peribahasa Melayu ‘harapkan pegar, pegar makan padi’ dan dimana jalan penyelesaiannya.

    Anak mengikut perspektif al-Quran

    Terdapat sekurang-kurangnya empat istilah yang digunakan dalam al-Quran menceritakan tentang kanak-kanak, iaitu ibn, al-walad, sobiyyun dan thiflun.

    Perkataan ibn adalah jamak (plural) kepada abna’. Menurut al-Ashfahani, perkataan ibn ditakrifkan sebagai suatu yang dilahirkan. Perkataan ibn disebut sebanyak 35 kali di dalam Al-Quran dalam beberapa surah dengan makna yang berbeza mengikut konteks ayat. Secara umumnya perkataan ibn dalam Al-Qur’an merujuk kepada status anak, sama ada disandarkan kepada nama bapa, nama Allah atau yang lain.

    Perkataan al-walad disebut sebanyak 102 kali di dalam al-Quran dengan makna yang berbeza mengikut konteks ayat. Terdapat 4 bentuk makna kanak-kanak yang disebut di dalam al-Quran:

    • Pertama: al-walad iaitu kanak-kanak lelaki
    • Kedua: walidan iaitu ketika masih kanak-kanak
    • Ketiga: al-wildan iaitu kanak-kanak atau anak muda
    • Keempat: maulud iaitu yang dilahirkan

    Perkataan sobiyyun dan thiflun sama ada dalam bentuk jamak atau tunggal, kedua istilah ini lebih cenderung kepada makna kanak-kanak yang masih di usia muda.

    Anak Sebagai Anugerah

    Anak-anak merupakan hibah dan anugerah daripada Allah SWT sebagaimana yang difirmankan-Nya:

    يَهَبُ لِمَنْ يَشَاء إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَن يَشَاء الذُّكُورَ

    Maksudnya: “Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.”

    (Surah al-Syura: 49)

    Dalam Tafsir al-Maraghiy ada menyatakan bahawa maksud anak di sini ialah anak kandung sahaja. Seseorang yang mencintai isteri dan anaknya mempunyai sebab yang sama, iaitu meneruskan keturunan dan mengekalkan zuriat manusia. Perasaan cinta seorang ayah terhadap anak lelaki lebih besar daripada anak perempuan, kerana anak lelaki dianggap penyambung zuriat, mampu mengekalkan nama dan dapat membentuk sebuah institusi keluarga yang menjadi kebanggaan masyarakat. 

    Di samping itu, dia menjadi tempat tumpuan harapan seorang ayah dalam menjamain kehidupan mereka. Anak lelaki juga diharapkan dapat menagangkat martabat orang tuanya. Apabila anak perempuan meningkat dewasa, mereka akan berpisah dengan keluarga dan menjadi keluarga lain. 

    Lihat Tafsir al-Maraghiy Jilid 2 (hal. 705-706)

    Anak Sebagai Permata Hati

    Allah Taala berfirman:

    رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ

    Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami”

    (Surah al-Furqan:74)          

      Dalam Tafsir Fi Zilalil Quran telah menafsirkan ayat ini dengan menyatakan bahawa perasaan ingin supaya bilangan orang-orang yang berjalan kepada Allah sentiasa bertambah ramai terutama zuriat dan pasangan-pasangan hidup mereka, 

    kerana golongan ini merupakan golongan di bawah tanggungjawab mereka paling dekat dan merupakan golongan amanah yang akan disoal kemudian hari, juga perasaan ingin agar seseorang Mu’min itu merasa bahawa dia adalah contoh teladan yang baik yang dapat diikuti oleh orang-orang yang cintakan Allah. 

    Ini bukannya sikap mementingkan diri sendiri dan bukan pula berlagak angkuh kerana seluruh angkatan mereka berada di jalan menuju kepada Allah belaka. Lihat Tafsir Fi Zilalil Quran jilid 11 (hal. 572). 

    Tanggungjawab ibu bapa

    Antara tanggungjawab ibu bapa bukan skadar memberi makan dan pakai semata-mata tetapi sebagai manusia amat perlu melakukan lebih daripada itu. Antaranya:

    • Mendidik
    • Mengajar
    • Mengasuh
    • Memberi hak kepada mereka
    • Menyuruh solat dan beribadat atau amal makruf
    • Melarang sebarang bentuk kemungkaran atau nahi munkar

    . 

    Penderaan di Malaysia

    Kejadian ini bukan baru dalam masyarakat kita. Sudah terlalu banyak kes penderaan terhadap kanak-kanak didedahkan oleh media, sehingga ada yang menyebabkan kematian. Mengambil kira satu kes yang menyayat hati kita tiga dekad lalu, seluruh negara bangun mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ini. Ia membawa kepada penggubalan undang-undang lebih ketat , bagi mengelakkan isu sama berulang.

    Tetapi ia berulang hampir setiap tahun ada kes penderaan kanak-kanak. Dari segi undang-undang, penderaan kanak-kanak bermaksud dera atau satu perbuatan zalim dilakukan ke atas kanak-kanak iaitu mereka yang berusia kurang 18 tahun. Jika dilihat berdasarkan rekod Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kes-kes penderaan semakin membimbangkan.

    Pada tahun 2013, didapati lebih 3,840 kanak-kanak menjadi mangsa penderaan. Jumlahnya tidak berkurangan pada tahun 2014. Ini bermakna dalam sehari, ada 10 kes yang tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

    Bentuk dan Jenis Penderaan

     Penderaan kanak-kanak boleh dibagikan kepada beberapa jenis. Antaranya, penderaan fizikal, penderaan emosi (mental) dan penderaan seksual.

     Penderaan kanak-kanak secara fizikal adalah satu perbuatan zalim secara fizikal yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan menyakiti mangsa. Ia dilakukan ibu bapa, penjaga atau sesiapa sahaja yang bertanggungjawab melindungi kanak-kanak berkenaan. Perbuatan mendera boleh menyebabkan kecederaan atau kematian.

    Ia dilakukan menggunakan cara atau alat tertentu untuk mencederakan kanak-kanak terbabit. Di antara cara dan alat digunakan untuk mendera, selain memukul menggunakan tangan ialah dicucuh puntung rokok atau dengan benda panas, disepak, ditumbuk, dicubit, disimpah air panas, dirantai atau direndam ke dalam air.

     Dalam pada itu, penderaan emosi adalah satu kaedah penyeksaan terhadap kanak-kanak sehingga menyebabkan gangguan psikologi dari segi mental dan emosi. Penderaan ini meliputi tidak memberi kasih sayang yang secukupnya kepada kanak-kanak. Mereka ini dimarahi, diejek, ditengking dan pergaulan selalunya disekat menyebabkan kanak-kanak ini sedih, marah dan murung. Kanak-kanak sebegini dilabel sebagai seorang yang bodoh, tidak boleh harap dan menyusahkan keluarga.

     Penderaan seksual berlaku apabila kanak-kanak dieksploitasikan untuk kepuasan seks oleh orang dewasa. Penderaan seksual membabitkan kanak-kanak adalah dengan cara mencabul kehormatannya, dirogol dan yang berumur sikit, dipaksa melacur. Penderaan seksual yang membabitkan kanak-kanak perempuan semakin membimbangkan manakala bilangan kanak-kanak lelaki yang didera secara seksual juga tidak kurang seriusnya.

    Kesimpulannya

     Mendera dan mencederakan anak bukanlah satu sifat yang baik. Bahkan ia amat dikutuk dan begitu hina. Lihatlah sejarah salafus soleh. Mereka mendidik sekalipun mereka merotan dengan penuh tadbir serta kasih sayang tanpa mencederakannya. Mereka banyak menyantuni dan menegur daripada menggunakan kekerasan dan kekasaran. Anak yang dizalimi dengan ganas akan melahirkan sifat dendam kesumat, stress dan tekanan yang melampau sehingga membawa kepada kerosakan anak itu sendiri.

     Saya mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan supaya:

    Kerjasama masyarakat setempat, orang ramai dan kaum keluarga mesti dipereratkan terutama prihatin terhadap isu kanak-kanak.

    • Laporkan terus kepada pihak berkuasa tanpa bertangguh agar pembelaan terhadap kanak-kanak yang menderita dapat dilaksanakan secepat mungkin.
    • Pendakwa dan hukum maksimum perlu dikemukakan kepada pesalah yang sengaja melakukan perbuatan terkutuk itu supaya menjadi pengajaran yang berguna kepada masyarakat yang lain.
    • Pusat jagaan kanak-kanak amat perlu diperbanyakkan.

    Ketahuilah anak adalah amanah Allah yang wajib kita sayang sedangkan binatang juga mengasihi anak-anaknya dengan rahmat yang Allah campakkan pada diri mereka, inikan manusia yang sepatutnya mempunyai sifat insaniatul insan, kemanusiaan yang sudah hampir malap dalam kehidupan.

                Justeru, pupuklah peri kemanusiaan bahkan sifat keihsanan bukan mengikut nafsu serakah dan sifat ammarah yang merugikan diri sendiri.


    Wallahua’lam

    Tag:ustazustazahcom

    • Share:
    author avatar
    zaki

    Previous post

    MUKMINKAH AKU? SIRI 3
    November 20, 2023

    Next post

    JAMADIL AWAL: TIGA PANGLIMA PERANG HEBAT DIBUNUH
    November 23, 2023

    You may also like

    AAR78366
    MUKMINKAH AKU? SIRI 3
    17 November, 2023
    4239893-camel-1024×804
    KAUM TSAMUD YANG BINASA. SIRI 2
    16 September, 2023
    _95831569_f941d77c-aed4-43d9-af19-f43dc2c44b72
    KAUM TSAMUD YANG BINASA. SIRI 1
    7 September, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.