• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Aktiviti UUC

    • Home
    • Blog
    • Aktiviti UUC
    • BERSAHABAT DENGAN AL-QURAN

    BERSAHABAT DENGAN AL-QURAN

    • Posted by Alifah
    • Categories Aktiviti UUC, alquran, Blog, Hadis, Menuntut Ilmu, UstazUstazah.Com
    • Date February 20, 2023

    Bersempena Karnival Gegar Ummah yang berlangsung pada 12 Februari 2023 iaitu pada hari Ahad, jemputan khas iaitu Ustaz Wadi Annuar telah menyampaikan sebuah ceramah bertemakan Al-Quran, selari dengan tema karnival iaitu memasyarakatkan Al-Quran.

    Ceramah dimulakan dengan bacaan surah Al-Isra’ ayat 9 sehingga 15 yang dialunkan oleh Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman. Ayat-ayat berikut merupakan seruan kepada hambaNya untuk membaca Al-Quran dan mengetahui betapa penting dan mulianya seseorang itu apabila meningkatkan darjat Al-Quran.

    Ustaz Wadi Annuar memulakan bicaranya dengan kelebihan menyertai majlis ilmu. Sesungguhnya Allah menjanjikan ke dalam majlis ilmu itu sebuah ketenangan, rahmat dan naungan para malaikat. Allah berbangga menjemput ke semua yang hadir didalam majlis ilmu dihadapan malaikat. Subhanallah. Betapa mulianya mereka yang hadir ke majlis ilmu.

    Pelbagai kelebihan yang dinyatakan dan nasihat-nasihat yang diberikan oleh Ustaz Wadi Annuar dalam bersama-sama mengajak kita semua dalam memuliakan Al-Quran. Al-Quran itu kalamullah (kata-kata Allah).

    • Sesiapa yang memuliakan Al-Quran, Allah akan memuliakannya
    • Sesiapa yang memahami, mentadabbur Al-Quran, Allah akan memuliakannya
    • Sesiapa yang memuliakan Al-Quran didunia, Allah akan memuliakannya didunia sehingga akhirat
    • Sesiapa yang menghidupkan Al-Quran didunia, Allah akan memuliakannya didunia sehingga ke syurga.

    Beliau berkongsikan sebuah hadis dengan sanad Hasan, riwayat Imam Ahmad.

    Dalam satu hadis daripada Abu Umamah al-Bahili, beliau berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: ‘Bacalah al-Quran kerana al-Quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak. Dan bacalah Az Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali Imran kerana kedua-dua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah kedua-duanya bagai sekelompok awan atau payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Kedua-duanya akan membela pembacanya pada hari kiamat.”

    (RIWAYAT IMAM AHMAD)

    Jadilah VVIP Allah dengan bersahabat dengan Al-Quran. Jadilah mereka yang mengangkat dan memuliakan Al-Quran. Jadilah ahli Al-Quran dengan 5 perkara:

    1. Belajar Al-Quran
    2. Membaca Al-Quran
    3. Mengulang-ulang bacaan Al-Quran
    4. Memahami dan mentadabbur Al-Quran
    5. Mengamalkan Al-Quran

    Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata:

    “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

    (Hadith Ibnu Mas’ud ini direkodkan oleh Ad-Darimi Tirmizi dalam Sunan Tirmizi, Kitab Abwab Fadhail Al-Quran, No hadith 2910, status hadith ini Hasan Sahih)

    Pohonlah pada Allah, hati yang tenang, hati yang suka dan hati yang cintakan Al-Quran.

    ‘Healing’ bersama Al-Quran, menenangkan hati dengan bacaan Al-Quran. Tiada ada yang lebih baik selain kalamullah yang diberikan kepada kita umat Baginda Muhammad SAW buat pedoman sepanjang zaman.

    Wallahualam.

    Saksikan video penuh ceramah Ustaz Wadi Annuar sempena Karnival Gegar Ummah di pautan berikut:

    • Share:
    author avatar
    Alifah

    Previous post

    <strong>BUKTI ISRA’ MI’RAJ BERLAKU DENGAN ROH DAN JASAD</strong>
    February 20, 2023

    Next post

    PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ, BENARKAH PADA TANGGAL 27 REJAB?
    February 21, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.