BUKTI REDHA TUHAN
23 September 2022- Sebuah program Malam Cinta Ilmu bertopik Bukti Redha Tuhan telah dianjurkan bersama penceramah yang dijemput khas iaitu Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi. Membahaskan topik berkaitan redha Allah yang dimulakan dengan perkongsian berkenaan syukur.
PENGERTIAN SYUKUR :
Syukur adalah pengakuan hati terhadap sesuatu ganjaran, nikmat yang dianugerahkan yang diberikan oleh Allah S.W.T. Syukur juga bukan hanya meliputi terhadap perkara-perkara nikmat, malah ianya juga meliputi syukur kerana terlepas daripada bala, malapetaka dan bencana yang menimpa.
APA BUKTI KITA BERSYUKUR? 3 PERKARA BUKTI KITA BERSYUKUR MENURUT IMAM AL-GHAZALI:
1.Orang yang bersyukur, akan nampak apa yang dia ada sekarang ini.
2.Dia akan merasai bahawa benda yang dia ada itu ada nilainya. (Ada kelebihan yang dia ada)
3. Dia akan kenal siapa yang beri apa yang dia ada sekarang ini.
ALLAH S.W.T REDHA KE APA YANG KITA BUAT?
SURAH AL-AHQAF, AYAT 15:
وَوَصَّيْنَا الْاِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ اِحْسَانًا ۗحَمَلَتْهُ اُمُّهٗ كُرْهًا وَّوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۗوَحَمْلُهٗ وَفِصٰلُهٗ ثَلٰثُوْنَ شَهْرًا ۗحَتّٰىٓ اِذَا بَلَغَ اَشُدَّهٗ وَبَلَغَ اَرْبَعِيْنَ سَنَةًۙ قَالَ رَبِّ اَوْزِعْنِيْٓ اَنْ اَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِيْٓ اَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلٰى وَالِدَيَّ وَاَنْ اَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضٰىهُ وَاَصْلِحْ لِيْ فِيْ ذُرِّيَّتِيْۗ اِنِّيْ تُبْتُ اِلَيْكَ وَاِنِّيْ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Maksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.
3 PERKARA YANG KITA INGIN DOAKAN MENERUSI AYAT DI ATAS:
– Jadi orang yang bersyukur.
– Jadi orang yang beramal soleh.
– Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap dalam zuriat dan keturunanku.
3 CARA MENCARI KEREDHAAN ALLAH S.W.T :
- AKIDAH YANG SEJAHTERA (سليم العقيدة)
Maksud aqidah yang sejahtera ini adalah aqidah yang bersih. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah Swt dan dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuan- ketentuan-Nya.
– Mengingati akhirat.
– Menjaga kebersihan hati.
– Berzikir dan bertaubat.
– Menjauhi dosa dan perkara syubhat.
Barangsiapa yang pergi kepada tukang sihir dan tidak mempercayainya, maka solatnya tidak akan diterima selama empat puluh malam.
Rasulullah S.A.W bersabda:
مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
Maksudnya: “Sesiapa yang mendatangi tukang ramal (dukun) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam.” Riwayat Muslim (5957)
PENGERTIAN RIAK :
Maksud riak pula ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal. Sebagai contoh seorang lelaki atau perempuan yang bersembahyang sambil mengharapkan agar ada orang yang memerhati dan memuji kerajinannya.
SURAH AL-BAQARAH, AYAT 271:
إِنْ تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِنْ تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنْكُمْ مِنْ سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Maksudnya : “Kalau kamu zahirkan sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian daripada kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
2. IBADAH YANG SAH (صحيح العبادة)
Ibadah berasal perkataan (عبد) bermaksud tunduk dan patuh.Mengikut istilah, ibadah adalah tunduk patuh mengerjakan syariat Allah SWT dengan penuh kecintaan terhadapNya
-Lakukan ibadah dengan betul.
-Mengetahui perkara halal dan haram.
-Sentiasa memperbaiki amalan.
-Bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupan.
3. AKHLAK YANG KUKUH (متين الخلق)
Akhlak yang kukuh (matinul khuluq) atau akhlak yang mulia merupakan sikap dan perilaku yang perlu dimiliki oleh setiap muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah mahupun dengan makhluk-makhluk-Nya. Dengan akhlak yang mulia, manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik di dunia apalagi di akhirat.
-Mempraktikkan akhlak Rasulullah S.A.W.
-Berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.
-Benar dalam kata-kata dan juga perbuatan.
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاءا