• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    alquran

    • Home
    • Blog
    • alquran
    • DOA ASHABUL KAHFI

    DOA ASHABUL KAHFI

    • Posted by Aisyah
    • Categories alquran
    • Date May 26, 2023

    Dalam al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan dengan al-Kahfi. Surah ini adalah surah yang ke-18 mengikut susunan tertib mushaf al-Quran. Surah ini dinamakan dengan al-Kahfi bersandarkan kepada kisah yang terdapat dalam surah ini, iaitu para pemuda yang menyelamatkan diri ke gua. Para pemuda ini digelar ashabul kahfi yang bermaksud orang-orang yang mendiami gua.[1]

    Ashabul Kahfi ialah sekumpulan pemuda yang diceritakan oleh Allah -سبحانه وتعالى- didalam al-Quran. Pemuda-pemuda tersebut melarikan diri ke dalam gua bagi menyelamatkan aqidah dan keimanan mereka kepada Allah -سبحانه وتعالى-, daripada pemerintah zalim pada zaman itu.

    Firman Allah -سبحانه وتعالى- :

    ﴿أ أَمۡ حَسِبۡتَ أَنَّ أَصۡحَٰبَ ٱلۡكَهۡفِ وَٱلرَّقِيمِ كَانُواْ مِنۡ ءَايَٰتِنَا عَجَبًا﴾

    Maksudnya : «Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?» (Surah al-Kahfi : 9)

    Kisah Ashabul Kahfi ini merupakan satu mukjizat ketuhanan yang sangat hebat. Ashabul Kahfi terdiri daripada tujuh orang pemuda menurut apa yang dinukilkan oleh Imam Ibnu Katsir melalui riwayat Ibnu Abbas r.a.[2] Mereka adalah para pemuda yang beriman kepada Allah subhaanahuwaTa’ala berdasarkan ayat ke 13 daripada surah ini,

    إِنَّهُمۡ فِتۡيَةٌ ءَامَنُواْ بِرَبِّهِمۡ وَزِدۡنَٰهُمۡ هُدٗى﴾…﴿

    Maksudnya : «…sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk» (Surah al-Kahfi : 13)

    Pemuda-pemuda ini berhijrah meninggalkan kampung halaman mereka kerana sayangkan aqidah dan iman. Mereka menuju ke satu gua di sebuah bukit yang jauh daripada manusia kerana tidak ada daya dan upaya untuk menghadapi kekufuran, kezaliman dan kemusyrikan yang berlaku.

    Ketika mereka memasuki gua tersebut, mereka mengucapkan doa dan memohon rahmat serta kelembutan kepada Allah yang Maha Tinggi sebagaimana firman-Nya :

    ﴿إِذۡ أَوَى ٱلۡفِتۡيَةُ إِلَى ٱلۡكَهۡفِ فَقَالُواْ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةٗ وَهَيِّئۡ لَنَا مِنۡ أَمۡرِنَا رَشَدٗا﴾

    Maksudnya : «(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”» . (Surah al-Kahfi : 10)

    Frasa doa  ﴾… رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةٗ  …  ﴿ mengandungi maksud memohon rahmat yang khusus daripada Allah, yang merangkumi pemeliharaan yang sempurna terhadap mereka, meliputi kesempurnaan ihsan dan nikmat daripada-Nya. Manakala maksud frasa

     وَهَيِّئۡ لَنَا مِنۡ أَمۡرِنَا رَشَدٗا ﴾ … ﴿pula ialah ‘permudahkanlah kami untuk sampai kepada jalan hidayah serta petunjuk dalam setiap perkataan dan perbuatan kami, sama ada pada urusan dunia serta akhirat kami’.

    Kemudiannya Allah -سبحانه وتعالى-  telah menidurkan mereka selama lebih kurang 309 tahun tanpa makan dan minum dan membangkitkan kembali para pemuda tersebut. Peristiwa ini merupakan suatu tanda dan bukti bahawasanya Allah Ta’ala Maha Berkuasa untuk membangkitkan manusia yang telah mati. Sesungguhnya Allah -سبحانه وتعالى- yang Maha Berkuasa mematikan manusia dan Allah jugalah Yang Maha Berkuasa untuk menghidupkan manusia yang telah mati.


    [1] Ahmad Zaini Dahlan. 2017. Kamus al-Quran terjemahan al-Mufradat fi Gharib al-Quran. Jawa Barat : Pustaka Khazanah Fawa’id. 2/440. Sekumpulan Pakar Bahasa Arab. 2003. Al-Mukjam al-Arabi al-Asasi. Tunisia : Munazzamah al-Arabiyyah li al-Tarbiyyah wa al-Tsaqafah wa al-Ulum. 720

    [2] Ibnu Katsir. 2003. Tafsir Ibnu Katsir. Tah: Dr Abdullah bin Muhammad bin Abdurahman bin Ishaq al-Sheikh. Bogor : Pustaka Imam asy-Syafi’i. 5/247.

    • Share:
    author avatar
    Aisyah

    Previous post

    SUNNAH-SUNNAH BERKAITAN AZAN
    May 26, 2023

    Next post

    PROGRAM TEENS TALK- NADI AL-QURAN
    May 26, 2023

    You may also like

    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023
    Dua Laut Bertemu Tetapi Tidak Bercantum
    MASYA-ALLAH, TANDA AL-QURAN MELANGKAUI ZAMAN
    13 November, 2023
    rasul
    TAHUN DUKACITA NABI MUHAMMAD SAW
    3 October, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.