• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    alquran

    • Home
    • Blog
    • alquran
    • DOA NABI ADAM DAN SAIYIDAH HAWA : SIRI 1

    DOA NABI ADAM DAN SAIYIDAH HAWA : SIRI 1

    • Posted by Aisyah
    • Categories alquran, Doa, Keampunan, Uncategorized, UstazUstazah.Com
    • Date August 4, 2023
    Doa Taubat

    DOA NABI ADAM DAN ISTERI BAGINDA

    DALAM al-Quran terdapat satu doa yang pernah diungkapkan oleh Nabi Adam  dan sayyidah Hawa -عليهما السلام-. Doa ini terdapat dalam Surah al-A’raf ayat ke 23. Ianya merupakan satu doa yang berkat, dan merupakan doa yang menggambarkan penyesalan serta taubat Nabi Adam dan sayyidah Hawa kepada Allah -سبحانه وتعالى-. Doa ini adalah penyataan taubat daripada hamba kepada Khaliqnya atas perbuatan dosa dan melanggar perintah.

    Doanya sepertimana yang dinyatakan dalam al-Quran :

    ﴿ رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ٢٣﴾ [الأعراف: 23]

    Terjemahan : « “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”(23)»

    KEPENTINGAN DOA INI

    1. Doa ini merupakan doa yang penting, kerana ianya mengandungi tujuan serta makna yang besar tentang kaifiat iaitu cara untuk bertaubat.

    2. Doa ini juga mengandungi rasa penyesalan atas dosa maksiat.

    3. Doa ini juga menjadi petunjuk yang lurus dalam kehidupan manusia.

    4. Selain itu, ianya menunjukkan kepada satu pengakuan kepada Allah atas dosa dan sebagai tanda kembali, bertaubat, menghina diri, ketundukan, menyerah diri, dan sangat memerlukan Allah -سبحانه وتعالى-.

    KRONOLOGI PERISTIWA

    Apakah rentetan peristiwa yang menyebabkan Nabi Adam dan saiyidah Hawa -عليهما السلام- melafazkan ucapan dan doa seperti ini?

    Pada awal surah al-A’raf ini, ada diceritakan berkenaan permulaan penciptaan Nabi Adam -عليه السلام- dan Allah -سبحانه وتعالى- telah menciptakan manusia serta memberikannya bentuk dengan sebaik-baik rupa juga bentuk.

    Kemudian dalam ayat ke-11 Surah ini, Allah -سبحانه وتعالى- memerintahkan kepada para malaikat supaya sujud kepada Nabi Adam -عليه السلام- sebagai penghormatan terhadap kebesaran Allah -سبحانه وتعالى-.

    Semua malaikat mendengar dan mentaati perintah Allah, kecuali iblis. Apakah yang menyebabkan iblis enggan mentaati perintah Allah? Hal ini ada dinyatakan pada ayat yang seterusnya iaitu;

    Allah -سبحانه وتعالى- berfirman:

    ﴿قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ  قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ١٢﴾ [الأعراف: 12]

    Terjemahan : «Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.”(12)»

    Allah berfirman yang mafhumnya : “Turunlah kamu daripada syurga itu”. Yakni disebabkan kemaksiatan yang kamu lakukan terhadap perintah-Ku dan keluarnya kamu daripada ketaatan kepada Ku.

    Kemudian iblis bersumpah akan menyesatkan manusia daripada jalan yang lurus.

    Dalam ayat 20 surah al-A’raf Allah berfirman:

    ﴿وَيَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ فَكُلَا مِنْ حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ١٩﴾ [الأعراف: 19]

    Terjemahan : «”Dan wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim”(19)»

    Allah -سبحانه وتعالى- mengurniakan pelbagai nikmat kepada Nabi Adam dan isterinya, serta mereka diberikan tempat tinggal di syurga. Namun, tedapat satu perintah daripada Allah kepada Nabi Adam dan isterinya, iaitu janganlah hampiri pohon yang dimaksudkan Allah -سبحانه وتعالى-.

    Syaitan merasa dengki dan iri serta berusaha untuk menipu, memperdaya dan menggoda keduanya agar dapat merampas kenikmatan yang Allah kurniakan kepada Nabi Adam dan isterinya.

    Bersambung..

    • Share:
    author avatar
    Aisyah

    Previous post

    BERJALAN DENGAN GEMBIRA
    August 4, 2023

    Next post

    HILANGNYA BERKAT DALAM AMALAN DAN KEHIDUPAN
    August 7, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    Pink Yellow Gradient Wine Purple Cute Illustration Teach Children During Ramadan Instagram Post
    AYUHAL WALAD (WAHAI ANAK-ANAK)
    20 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.