Dosa Bagi Pemakan Harta Riba
Menurut kamus Lisaanul Arabi, riba bermaksud bertambah atau tumbuh. Setiap larangan Allah s,w,t dan rasul-Nya pasti ada hikmah yang tersembunyi dan akibat buruk di sebaliknya.
Pada masa kini terdapat pelbagai kaedah pinjaman yang di berikan kepada peminjam namun terdapat Riba yang tersembunyi di dalam pinjaman tersebut namun tidak dapat di elakkan oleh sebab ia merupakan pembelian keperluan, namun terdapat cara lain untuk kita mengelak dari membuat pinjaman iaitu dengan menggunakan duit yang di simpan dari hasil pekerjaan untuk membeli barangan keperluan ataupun barangan kehendak, tidak di nafikan ianya memakan masa namun kita akan bebas dari hutang.
Apa Kata Rasulullah
‘’Abu Juhaifah merekodkan, dia membeli seorang hamba sahaya yang bertugas sebagai hijamah (bekam). Kemudian Abu Juhaifah mengambil alat-alat bekamnya dan merosakkannya. Dia berkata, ‘’ Rasulullah melarang memperdagangkan anjing dan darah, melarang mentatu dan ditatu, dan melarang menerima pemakan riba dan yang memberikan riba, serta melaknat para pembuat gambar.
(Hadith direkodkan oleh imam Al-Bukhari dalam Sahih Bukhari kitab Al-Buyu’ bab Mulkilli Ar-Riba, no hadith 2080 status hadith sahih.)
Jom Faham!
Rasulullah s.a.w melarang kita menjual barangan yang haram ini kerana hasil daripada menjual barangan tersebut adalah haram.Hasil yang haram akan menjauhkan diri dari rahmat Allah dan menggelapkan hati kita. Riba juga adalah satu larangan Allah s.w.t yang utama dalam jual beli. Perlakuan riba ini tergolong dalam dosa-dosa besar.
Apa kata Al-Qur’an
‘’ Orang yang sampai kepadanya larangan daripada Tuhannya, lalu terus berhenti (daripada mengambil riba), baginya apa yang diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), orang itu adalah penghuni-penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya.
Oleh yang demikian, Pengajaran yang boleh kita pelajari dari perkongsian di atas ialah janganlah kita sama sekali cuba untuk menghampiri riba kerana ianya salah satu perbuatan yang tidak disukai oleh Allah dan ianya tergolong dalam perbuatan dosa besar, Jika kita diberikan pilihan dalam urusan jual beli dan sebagainya, pilih yang tiada syak (Gharar) atau sumber yang jauh dari riba semoga kita semua terjaga dari melakukan perbuatan riba ini sekian.