• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Blog

    • Home
    • Blog
    • Blog
    • Emas vs Wang fiat

    Emas vs Wang fiat

    • Posted by Shamil
    • Categories Blog
    • Date September 29, 2022

    Emas merupakan logam berwarna kuning yang menjadi kegilaan ramai orang khususnya wanita. Emas perlu dilombong kerana ia tidak boleh dicipta. Penggunaan emas dalam sistem matawang telah lama digunakan sejak zaman nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan para tabi’in sehingga emas ataupun dirham dikenali sebagai matawang Islam. Pada zaman awal Dinasti China juga menggunakan emas,perak dan tembaga sebagai matawang mereka sehinggalah zaman awal Dinasti Song pada tahun 960. Di mana pemerintah China menukar  mata wang emas, perak dan tembaga kepada wang kertas dengan membuka kilang mereka sendiri lalu mencetaknya. Kelemahan wang fiat ataupun lebih dikenali sebagai wang kertas merupakan mata wang yang tidak bersandarkan apa-apa komoditi seperti emas dan perak. Matawang fiat hanya sah apabila pemerintah di sesebuah kerajaan atau negara meluluskannya.

    Gambar 1.0 : Dolar Pulau Pinang

    Ketika zaman penjajahan British di Pulau Pinang, Syarikat Hindia Timur Inggeris memperkenalkan dolar Pulau Pinang yang digunakan ketika tahun 1789 hingga 1826. Matawang ini mula digunakan selepas peristiwa penyerahan Pulau Pinang oleh Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light pada 1786. Dolar Pulau Pinang juga dikenali sebagai pice dan miliki nilai yang setara dengan dolar Sepanyol. Walau bagaimanapun menjelang tahun 1837, rupee India telah menggantikan dolar sebagai mata wang Negeri-Negeri Selat. Hal ini demikian kerana Negeri-Negeri Selat ditadbir secara langsung daripada British di India Menyingkap pula ketika zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu, selepas kejatuhan Singapura secara rasmi pada 15 Februari 1942 kepada Jepun menyebabkan telah menyebabkan negara imperialisme itu memperkenalkan matawang baru bagi menggantikan Dolar Malaya. Apa yang kita dapat lihat di sini adalah kelemahan wang kertas yang hanya sah apabila diiktiraf oleh kerajaan yang mentadbir sesebuah negara itu. Sekiranya Malaysia dijajah semula oleh mana-mana kuasa besar, Ringgit Malaysia secara perlahan-lahan akan digantikan dengan matawang baru. Maka, sesiapa yang memiliki simpanan dalam bentuk wang kertas Ringgit Malaysia akan mengalami kerugian yang sangat besar kerana wang kertas yang mereka ada sudah tidak bernilai. Seterusnya kelemahan wang kertas adalah inflasi iaitu susutnya nilai mata wang. Contohnya, pada tahun 2000 dengan RM100 boleh beli barang penuh satu troli tetapi pada tahun 2022 hanya boleh beli 2 botol minyak masak 2kg dengan RM100 tersebut

    Gambar 2 : Barang yang boleh dibeli dengan nilai RM100 pada tahun 2000 dan 2022
    • Share:
    author avatar
    Shamil

    Previous post

    JANJI SEORANG MUKMIN
    September 29, 2022

    Next post

    LAWAK LUCAH? MANA HARGA DIRI.
    September 29, 2022

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    images (4)
    3 TIPS UNTUK PERUBAHAN HIDUP
    6 November, 2023
    download (16)
    PENJAJAHAN HARAM ISRAEL DI BUKIT GOLAN
    30 October, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.