• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Aktiviti UUC

    • Home
    • Blog
    • Aktiviti UUC
    • FORUM MUZIKAL ISLAMIK: AL-QURAN DIHAYATI, SYAFAAT MENANTI

    FORUM MUZIKAL ISLAMIK: AL-QURAN DIHAYATI, SYAFAAT MENANTI

    • Posted by Alifah
    • Categories Aktiviti UUC, Blog, Iman, Keampunan, Ujian Hidup, UstazUstazah.Com
    • Date December 9, 2022

    2 Disember 2022 (Jumaat) – Telah berlangsung program bulanan Malam Cinta Ilmu di Surau Kg Sri Melenggang yang kini dibanjiri oleh hampir 500 tetamu yang menyaksikan sebuah ceramah bertemakan forum muzikal islamik. Tiga panel khas dibawakan oleh Ustazustazah Dot Com Sdn Bhd buat julung-julung kalinya ke Kg Sri Melenggang iaitu Ustaz Fazrul Ismail, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman dan Ustaz Fakhrul Radzi (UNIC).

    Mentadabbur beberapa ayat Al-Quran bersama Ustaz Fazrul Ismail yang setiap baris ayat Al-Quran itu dialunkan oleh Ustaz Tarmizi Abdul Rahman dan diselangi dengan nasyid-nasyid atau lagu-lagu yang berkaitan dengan topik yang dihuraikan. Selama forum yang bertempoh 1 jam 30 minit ini, banyak penerangan yang dapat dikongsikan atau intipati forum yang boleh dijadikan pedoman. Antaranya ialah:

    • Surah Al-Baqarah (ayat 1 – 5)

    – Allah telah memberi panduan untuk dipilih menuju jalan bahagia. Bukan dilihat dari segi banyaknya harta tetapi dilihat taqwa didada.

    – Telah dinyatakan pada ayat-ayat berikut lima cara bagaimana ingin menjaga diri, keluarga dan orang-orang disekeliling kita untuk mendapatkan jalan bahagia iaitu;

    • mempercayai perkara ghaib
    • mendirikan solat
    • menginfakkan harta ke jalan Allah
    • percaya akan kitab-kitab yang diturunkan
    • yakin dengan hari akhirat

    – Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Dalam seruan azan yang dikumandangkan, telah disebut seruan untuk mendiri solat dahulu sebelum menuju kejayaan.

    – Yakni untuk menjadi seorang yang berjaya, utamakan solat, menjaga kualiti solat.

    – Muhabasahlah cinta kita terhadap Allah. Panggilan solat (azan) itu sebenarnya adalah panggilan menuju kejayaan.

    • Surah Al-Baqarah (ayat 155-157)

    – Ayat berikut menerangkan Allah menguji manusia setiap masa. Itu adalah hakikat kehidupan. Yakni, ujian itu adalah kehidupan, hidup itu akan mengharungi ujian.

    – Apa pun sahaja ujian yang datang, percayalah ianya adalah secuit sahaja.

    – Allah menyatakan perkhabaran gembira buat mereka yang bersabar dengan ujian.

    – Perkara yang dijanjikan Allah dan khabar gembiranya adalah Allah akan berselawat pada kita, memberi hidayah diatas muka bumi ini dan memimpin serta memberi cahaya untuk melalui titian sirat.

    • Surah Yusuf (ayat 8 – 9)

    – Menerangkan berkenaan kisah nabi Yusuf. Betapa besarnya ujian nabi Yusuf dalam keluarga sendiri iaitu adik-beradik.

    – Ujian yang membuatkan adik-beradik baginda ingin membunuh baginda kerana mereka merasakan ayah baginda lebih mencintai baginda berbanding yang lain.

    – Kata abang nabi Yusuf ‘Bunuhlah Yusuf atau campakkan dia ke satu tempat. Maka ayah akan mencintai kita’.

    – Allah menerangkan betapa besarnya ujian seseorang dan betapa hebatnya baginda mengharunginya.

    • Surah Yusuf (ayat 33 – 34)

    – Ayat ini menerangkan respon atau bagaimana nabi Yusuf menghadapi ujian yang diberikan Allah.

    – Sehinggakan baginda berdoa kepada Allah ‘Wahai Tuhanku, penjara itu lebih baik, jika kau tidak memalingkan aku daripada melakukan kemungkaran, aku akan menjadi orang yang jahil’.

    – Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita perlu. Mohon dan panjatkanlah doa kepadaNya sentiasa.

    • Surah Muhammad (ayat 31)

    – Allah akan terus menguji hambanya. Ujian demi ujian.

    – Kita akan diuji sama ada kita ini benar-benar bersungguh.

    – Jika kita tidak ikut akan panduan Allah, maka tidak tergolong dalam kalangan mujahidin dan bukan juga dalam kalangan orang-orang yang bersabar.

    • Surah Al-Ankabut (ayat 33)

    – Diterangkan perkara berkaitan kematian.

    – Disebutkan bahawa cara untuk menghargai orang disekeliling adalah dengan berbuat baik dengan semua orang. Baik dibalas baik. Buruk dibalas baik.

    – Setiap kali kita bernafas, kita sedang merasai kematian. Kematian itu semakin hampir.

    – Jangan diambil enteng dengan memikirkan hidup ini masih lama.

    – Bagi setiap diri, bagi setiap nafas, ia semakin merasai maut.

    – Perjuangkanlah kebaikan, dendangkanlah iman. Kerana kita tidak pasti bila pengakhiran kita dan berimankah kita.

    • Surah Al-Kahfi (ayat 13 – 14)

    – Berdasarkan ayat ini ia menceritakan berkaitan tentang pemudah yang digelar Ashabul Kahfi.

    – Bermacam ujian menimpa mereka dan mereka berjaya mengharunginya.

    – Formula menghadapi ujian adalah berdasarkan kisah Ashabul Kahfi.

    – Mereka memperkuatkan iman dengan selawat, solat, bacaan Al-Qura, zikrullah dan sebagainya.

    – Allah tambahkan hidayah kepada mereka. Allah memberikan pencerahan untuk menyelesaikan ujian itu.

    – Allah akan meneguhkan hati selepas dikuatkan iman.

    • Surah Al-Ankabut (ayat 69)

    وَالَّذِيْنَ جَاهَدُوْا فِيْنَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَاۗ وَاِنَّ اللّٰهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِيْنَ

    Maksudnya:

    “Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik”

    Kesimpulannya, bersungguh-sungguh dalam melakukan kebaikan, suatu masa nanti Allah akan memudahkan jalan.
    • Share:
    author avatar
    Alifah

    Previous post

    JALAN KE NERAKA: SIHIR
    December 9, 2022

    Next post

    SOLATKU KEBAHAGIAANKU SIRI 2 : KEDUDUKAN SOLAT DALAM ISLAM
    December 9, 2022

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    TUNDUKKAN
    MUKMINKAH AKU?  SIRI 2
    8 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.