GELARAN LAIN BAGI RAMADAN.
Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam bulan suci ini. Bulan dimana dilipatgandakan pahala ini juga dipenuhi dengan pelbagai ibadah-ibadah khusus, yang memandu dan mendorong umat Islam agar berlumba-lumba dalam meraih keutamaan di bulan Ramadan yang mulia ini. Di antara keistimewaan bulan ini, adalah dengan memiliki pelbagai nama, seperti Baginda Nabi Muhammad ﷺ yang mempunyai pelbagai nama dan julukan yang baik, begitulah juga dengan bulan Ramadan yang mulia ini.
Berikut adalah nama-nama lain bagi Ramadan, sepertimana yang telah disebutkan di dalam kitab Ittihaful Anam Bi Ahkami Siyam karangan Dr. Zainuddin bin Muhammad bin Husain bin Al-I’drus Al-Ba’lawi.
1. Bulan Al-Qur’an, Bulan Ramadan dinamakan sebagai bulan Al-Qur’an (شهر القران), sebagaimana yang kita ketahui bahawa di bulan inilah Al-Qur’an diturunkan. Dalam Al-Qur’an surah al-Baqarah, ayat 185 Allah ﷻ berfirman:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ
“Bulan Ramadan, adalah merupakan bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil).”
Malaikat Jibril AS pun mengajarkan Al-Qur’an pada Nabi Muhammad ﷺ pada bulan ini, sebagaimana yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas RA:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدَ النَّاسِ ، وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِى رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ ، وَكَانَ يَلْقَاهُ فِى كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ ، فَلَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
Dari Ibnu Abbas, ia berkata: “Nabi Muhammad SAW adalah orang yang paling lembut (dermawan) dalam segala kebaikan, dan kelembutan beliau yang paling baik adalah saat bulan Ramadan ketika (malaikat) Jibril Alaihissalam datang menemui beliau. (Malaikat) Jibril Alaihissalam datang menemui beliau pada setiap malam di bulan Ramadan (untuk membacakan Al-quran) hingga Al-quran selesai dibacakan untuk Nabi SAW. Apabila (malaikat) Jibril Alaihissalam datang menemui beliau, maka beliau adalah orang yang paling lembut dalam segala kebaikan melebihi lembutnya angin yang berhembus.” (HR Al-Bukhari). Selain keistimewaan bulan Ramadan dari dua dalil di atas, ramai dikalangan para ulama menghatamkan Al-Quran dalam bulan ini lebih banyak dari bulan-bulan yang lainnya.
2. Bulan Puasa, Bulan Ramadan juga disebutkan sebagai bulan puasa (شهر الصيام), ibadah inlah yang paling teristimewa dalam bulan Ramadan, sehingga penyebutan bahawa bulan Ramadan adalah bulan puasa sudah mendarah daging dikalangan umat islam. Lebih-lebih lagi keutamaan dalam melaksanakan ibadah puasa pada bulan Ramadan ini, sepertimana diriwayatkan dari Abu Hurairah RA:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Dari Abu Hurairah RA, bahawasannya Rasulullah ﷺ bersabda, “Barang siapa yang mendirikan Ramadan kerana iman dan mengharap ganjaran, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari)
3. Bulan Beribadah Malam, (Syahrul Qiyam). Sepertimana yang kita maklum, bahawa Ramadan adalah bulan di mana pahala akan dilipatgandakan. Oleh hal yang demikian, umat islam berlumba-lumba dalam melaksanakan ibadah pada waktu malam, salah satunya adalah dengan melaksanakan solat terawih. Disebut Syahrul Qiyam kerana terdapat hadis yang menceritakan tentang keutamaan qiyam(beribadah malam) di bulan ini.
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال كان رسول الله صلى الله عليه و سلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمرهم بعزيمة ثم قال من قام رمضان إيمانا و احتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه.
(متفق عليه)
Dari Abi Hurairah RA berkata: “Bahawasanya Rasulullah ﷺ sentiasa mengimbau dalam melaksankan solat di malam Ramadan, imbauan yang tidak bersifat mewajibkan. Kemudian beliau ﷺ bersabda: Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah ﷻ, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari dan Muslim)
4. Bulan Doa. Bulan Ramadan adalah sebuah bulan yang sinonom bagi umat Islam untuk memperbanyakkan doa, bahkan salah satu waktu mustajabnya doa iaitu ketika menjelang waktu berbuka puasa. Sebagaimana hadis Nabi ﷺ, yang diriwayatkan Ubadah RA:
أتاكم رمضان شهر بركة ، فيه خير يغشيكم الله فيه، فتنزل الرحمة ، وتحط الخطايا، ويستجاب فيه الدعاء، فينظر الله إلى تنافسكم ، ويباهي بكم ملائكته، فأروا الله من أنفسكم خيرا، فإن الشقي من حرم فيه رحمة الله عز وجل
Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan, di dalamnya ada kebaikan yang meliputi kalian, maka turunlah rahmat, berguguran segala kesalahan dan dosa, di dalamnya doa dikabulkan, maka Allah SWT melihat semangat kalian, dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka perlihatkan di hadapan Allah apa yang terbaik dari dirimu, kerana sesungguhnya sengsaralah bagi siapa yang diharamkan rahmat Allah ﷻ keatasnya.
5. Bulan Rahmat dan pengampunan Allah ﷻ .
Daripada Abu Hurairah RA, beliau meriwayatkan hadis dari baginda Nabi Muhammad ﷺ:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ، وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ، وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ، وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ
.وَذَلِكَ كُلُّ لَيْلَةٍ
Dari Abu Hurairah RA, dia berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Pada malam pertama bulan Ramadan syaitan-syaitan dan jin-jin yang jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satupun pintu yang terbuka dan pintu-pintu syurga dibuka, tidak ada satupun pintu yang tertutup, serta seorang penyeru menyeru, wahai yang mengharapkan kebaikan bersegeralah (kepada ketaatan), wahai yang mengharapkan keburukan maksiat berhentilah, Allah memiliki hamba-hamba yang selamat dari api neraka pada setiap malam di bulan Ramadan.” (HR At Tirmizi)