• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Iman

    • Home
    • Blog
    • Iman
    • HAK MEWARISI PUSAKA WARISAN

    HAK MEWARISI PUSAKA WARISAN

    • Posted by amira
    • Categories Iman, Menuntut Ilmu, Rezeki, Tips Keluarga, UstazUstazah.Com
    • Date March 5, 2023

    Harta pusaka didefinisikan sebagai semua harta yang ditinggalkan oleh si mati selepas kematiannya sama ada harta boleh alih seperti emas, perak, mata wang dan perabot atapun harta tidak boleh alih seperti tanah, rumah dan sebagainya. Menurut kamus Dewan, Pusaka adalah harta benda yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal dunia, (untuk diwarisi oleh keluarganya). Dalam bahasa Arab, pusaka dipanggil Al Irth, Al Wirth, atau Al Wirathah yang dalam bahasa Melayu dipanggil warisan. Menurut istilah Syara’ harta warisan atau mirath ialah harta peninggalan orang yang telah meninggal dunia yang telah menjadi hak mutlak ahli warisnya untuk diagih-agihkan di kalangan mereka yang berhak. Sebelum pembahagian harta pusaka, waris –waris wajib menyelesaikan perkara seperti membelanjakan urusan pengkebumian sekadar yang wajib sahaja, menjelaskan hutang si mati, hutang kepada Allah swt seperti Zakat, kaffarah, nazar, haji dan fidyah, hutang kepada manusia dan melaksanakan wasiat si mati (jika ada) yang tidak melebihi 1/3 daripada harta peninggalannya.

    Sistem pusaka adalah suatu sistem yang sah berdasarkan kepada nas-nas al-Quran, al-Sunnah dan Ijma ulama’. Ia sama seperti hukum berkenaan sembahyang, zakat, muamalat dan hudud. Ia wajib dilaksana dan diamalkan dalam kehidupan kita sebagai orang Islam. Pensyariatan harta pusaka ini tidak patut diubah ataupun diabaikan sekalipun ia telah lama disyariatkan. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa’ ayat 11 adalah:

    يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ ۖ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ ۚ فَإِنْ كُنَّ نِسَاءً فَوْقَ اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَ ۖ وَإِنْ كَانَتْ وَاحِدَةً فَلَهَا النِّصْفُ ۚ وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا السُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِنْ كَانَ لَهُ وَلَدٌ ۚ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ وَلَدٌ وَوَرِثَهُ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ الثُّلُثُ ۚ فَإِنْ كَانَ لَهُ إِخْوَةٌ فَلِأُمِّهِ السُّدُسُ ۚ مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ ۗ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ لَا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًا ۚ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

    Yang bermaksud: “Allah perintahkan kamu (mengenai pembahagian harta pusaka) untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga  dari harta yang ditinggalkan  oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah seperdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: seperenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya ialah ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah sepertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah seperenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” Menurut ayat ini pembahagian harta pusaka dimulakan dengan anak-anak dan ibubapa. Ini adalah kerana konsep pemberian harta pusaka ini berdasarkan kepada kedekatan penerima dengan simati. Oleh kerana anak-anak dan ibubapa yang rapat dengan simati, maka urusan mereka dahulu disebut sebelum orang lain.

    Harta Pusaka termasuklah semua harta yang ditinggalkan oleh si mati yang diperolehi semasa hayatnya secara halal seperti melalui jual beli, mendapat pusaka, melalui hibah, hadiah, sedekah dan melalui wasiat. Selain itu, sewaan yang belum dijelaskan kepada si mati, hutang kepada si mati yang di jelaskan selepas kematian dividen /faedah yang terbit daripada harta si mati, (KWSP) si mati dan barang yang terbit selepas mati seseorang dari usaha si mati semasa hayatnya semuanya ini boleh dikategorikan sebagai harta pusaka.

    Harta Pusaka yang tidak termasuk harta pusaka pula adalah harta yang telah diberi, dijual, diwakafkan dan yang dipegang amanah oleh si mati kepada seseorang semasa hayatnya, khairat kematian, pemberian oleh orang-orang yang menziarahi kematian. faedah kematian /amaun tambahan KWSP, imbuhan, pampasan dan sagu hati, pencen, bayaran – bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial pekerja 1969 Perkeso dan harta yang dipinjam.Maka dapatlah kita mengetahui bahawa sebab menerima pusaka adalah kerana perkahwinan, keturunan / kerabat dan pembebasan hamba. Masyarakat juga perlulah tahu bahawa pembahagian harta pusaka ini juga adalah ketetapan dari Allah dan tidak boleh ubahsuai.

    • Share:
    author avatar
    amira

    Previous post

    JALAN DAKWAH KITA
    March 5, 2023

    Next post

    Berlari Pulang Mengejar KeampunanNya
    March 6, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    Pink Yellow Gradient Wine Purple Cute Illustration Teach Children During Ramadan Instagram Post
    AYUHAL WALAD (WAHAI ANAK-ANAK)
    20 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.