• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Uncategorized

    • Home
    • Blog
    • Uncategorized
    • Halal Teknologi Mengesan DNA Khinzir Dalam Produk Makanan

    Halal Teknologi Mengesan DNA Khinzir Dalam Produk Makanan

    • Posted by nurfaiza
    • Categories Uncategorized
    • Date April 3, 2023

    Kemajuan sains dan teknologi telah mempercepatkan dan memudahkan kerja-kerja pemprosesan produk makanan di seluruh dunia. Kemajuan dan pembangunan dalam halal teknologi adalah untuk memenuhi keperluan populasi Muslim dunia yang semakin bertambah. Statistik menjangkakan bahawa pada tahun 2023 populasi penduduk Muslim akan bertambah menjadi 26% daripada jumlah populasi penduduk dunia.

    Namun begitu, terdapat segelintir golongan yang memanipulasikan kemajuan teknologi yang ada demi mengaut keuntungan hingga mengabaikan aspek halalan tayyiba dan keselamatan makanan kepada pengguna. Antara isu-isu yang sering timbul adalah kes pemalsuan makanan dan pencampuran daging halal dengan daging yang haram seperti khinzir. Selain itu, produk makanan yang dijangkiti ancaman haiwan zoonotic seperti selsema burung (H5N1) dan bovine spongiform influenza (penyakit lembu gila) turut dipasarkan. Isu ini amat membimbangkan kaum muslim sekiranya berlarutan. Kepentingan untuk memastikan kualiti makanan dan status halal haram sangat penting bagi memastikan kemaslahatan masyarakat muslim.

    Saintis muslim telah membangunkan pelbagai teknologi halal dalam membantu pengesanan unsur-unsur yang haram dalam proses penghasilan produk halal. Antaranya adalah kaedah  spektroskopi  FTIR (Fourier  Transform  Infrared  (FTIR)  Spectrocopy), Enzyme Linked Immunosorbant  Assay (ELISA), Differential  scanning  Calorimetry  (DSC), PCR  (Polymerase  chain  reaction).

    1. FTIR mengesan DNA khinzir dengan mengukur getaran ikatan molekul lemak atau minyak unsur haiwan yang dikehendaki (Suhaimi Ab. & Yaakob Che Man, 2011). 
    2. ELISA pula mengesan interaksi antara bahan immunokimia dengan kehadiran antibody. Antibodi akan berinteraksi dengan protein yang dimiliki oleh khinzir.
    3. Differential scanning Calorimetry (DSC), kaedah kalorimetri merupakan sejenis teknik termo analitikal yang digunakan untuk mengesan perubahan ciri fizikal dan kimia bahan melalui autentikasi perubahan haba (Suhaimi Ab.& Yaakob Che Man, 2011).
    4. PCR adalah proses yang menggunakan DNA polymerase dan primer untuk menggandakan cebisan DNA. PCR Teknik dibahagikan kepada dua iaitu PCR konvensional dan Real Time PCR (RT-PCR). RT-PCR teknik adalah yang lebih singkat, lebih sensitif dan tidak menggunakan bahan kimia yang berbahaya.
    5. Immunographic Assay mengesan kehadiran kandungan DNA khinzir dalam sampel mentah dan dimasak melalui perubahan warna dengan kos yang rendah tanpa menggunakan peratan khas dan teknik mahir (Nakyinsige, Man, Sazili, Zulkifli, & Fatimah, 2012).

    Namun begitu masih terdapat kelemahan dalam setiap teknik yang dibangunkan. Saintis Muslim memikul tanggungjawab untuk membangunkan teknologi yang mematuhi syariat. Sekiranya umat Islam lemah dan tidak mampu untuk menghasilkan teknologi sedemikian, sebaliknya hanya bergantung kepada hasil ciptaan orang bukan Islam, pasti sukar bagi kita untuk mematuhi perintah Allah. Pengeluar produk makanan seharusnya mempunyai kredibiliti dan sifat amanah dalam mengeluarkan sesuatu produk halal di pasaran.

    Tag:ustazustazahcom

    • Share:
    author avatar
    nurfaiza

    Previous post

    Adakah batal puasa bagi orang yang berpuasa memasukkan ubat ke dalam matanya?
    April 3, 2023

    Next post

    HUKUM NIKAH BERBEZA MENGIKUT INDIVIDU??
    April 3, 2023

    You may also like

    Pink Yellow Gradient Wine Purple Cute Illustration Teach Children During Ramadan Instagram Post
    AYUHAL WALAD (WAHAI ANAK-ANAK)
    20 November, 2023
    AAR78366
    MUKMINKAH AKU? SIRI 3
    17 November, 2023
    4239893-camel-1024×804
    KAUM TSAMUD YANG BINASA. SIRI 2
    16 September, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.