• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Blog

    • Home
    • Blog
    • Blog
    • HIJRAH SEORANG HAMBA

    HIJRAH SEORANG HAMBA

    • Posted by Alifah
    • Categories Blog, Iman, Ujian Hidup, UstazUstazah.Com
    • Date July 14, 2023

    SETIAP insan itu memiliki kisah silam yang tersendiri. Mempunyai satu cerita yang tidak akan diceritakan kepada insan lain. Satu cerita yang memberi impak dan kesan yang mendalam. Boleh jadi cerita itu satu perkara yang gembira ataupun duka. Setiap insan memiliki sejarah yang tersembunyi. Tanya hati sendiri, adakah sejarah itu masih ingin kekal sejarah atau berubah menjadi satu kebangkitan dalam diri. Sejarah yang mungkin diri sendiri ingin melupakan atau diri sendiri ingin sentiasa mengingatinya. Walau berjuta cerita dan sejarah yang disimpan, Allah tahu akan setiap satu daripadanya dengan jelas dan terperinci.

    Kebaikan itu datang dalam pelbagai rupa. Baik itu sendiri subjektif kepada setiap manusia. Namun begitu, definisinya tetap sama. Setiap kebaikan mendatangkan manfaat kepada yang lain, setiap kebaikan pasti menghasilkan satu kegembiraan dan kebahagiaan, setiap kebaikan memberi makna kepada invididu tertentu dan setiap kebaikan itu adalah titik permulaan perhubungan yang baik antara satu manusia dengan manusia yang lain meski kau hanya tersenyum.

    Biarkan sejarah kekal sebagai sejarah, lepaskan kenangan pahit mengalir seperti air. Kesannya mungkin mendalam pada masa hadapan, tapi kau selayaknya berhak bahagia tanpa dihantui masa lampau. Tahun 2023 telah hampir separuh perjalanan namun, titik perjalanan hijrah baru ingin sampai ke penamatnya. Selamat tinggal 1444h dan selamat datang kepada 1445h. Tanya diri, apakah hijrah terbesar dalam diri. Apakah hijrah yang paling bermakna sepanjang kehidupan ini. Apakah maksud hijrah pada hati.

    Terlalu banyak juga kisah, cerita dan sirah yang dituliskan buat pedoman dan penghayatan umat Islam. Walaupun diri sendiri mempunyai cerita yang tersimpan, kisah yang hilang tetapi Allah telah mengarangkan pelbagai kisah terdahulu untuk ditafsir dan difahami hikmah dan ibrahnya. Hijrah bukan sekadar pada niat. Bukan juga sekadar pada paras rupa. Hijrah itu kisah terulung dalam sirah perjalanan Nabi Muhammad SAW dalam menjulang Islam ke persada dunia. Membuka mata-mata dan hati-hati mereka tentang agama. Usahlah lupa segala pengorbanan dan jalan yang dititi oleh Baginda untuk umatnya iaitu KITA.

    Acapkali didengari, tepuk dada, tanya selera. Tetapi kali ini, perlu untuk kita tepuk dada, tanya hati, tanya iman. Adakah sepanjang 1444h, telah kita berikan sesuatu kepada agama? Adakah kita sendiri telah berhijrah dan memenuhi niat yang telah kita pasakkan dalam hati pada permulaan 1444h. Renung segala masa yang dihabiskan. Kenang segala memori yang telah dicipta. Islah hati dan diri sebagai persiapan dan persediaan kita untuk menghadapi hijrah yang seterusnya. 1445h.

    Wallahualam.

    • Share:
    author avatar
    Alifah

    Previous post

    SAHIHKAH TRADISI BUBUR ASYURA DI BULAN MUHARRAM
    July 14, 2023

    Next post

    HIJRAH KE HABSYAH
    July 14, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    TUNDUKKAN
    MUKMINKAH AKU?  SIRI 2
    8 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.