• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    UstazUstazah.Com

    • Home
    • Blog
    • UstazUstazah.Com
    • HIKMAH DIUTUSKAN RASUL

    HIKMAH DIUTUSKAN RASUL

    • Posted by Aisyah
    • Categories UstazUstazah.Com
    • Date September 21, 2023

    HIKMAH & TUJUAN DIUTUSKAN RASUL

    PENGUTUSAN para Rasul di dunia ini bukanlah sesuatu yang sia-sia, bahkan ianya mempunyai tujuan dan matlamat yang sangat besar dan penting. Allah -سبحانه وتعالى- telah menjelaskan kepada kita melalui firman Nya yang suci :

    ﴿…  وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولًا١٥﴾ [الإسراء: 15]

    Maksudnya : «… Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)(15)»

    Para Rasul diutuskan bagi membimbing manusia ke jalan kebenaran, mengajarkan manusia tentang agama mereka dan mengenalkan mereka kepada Allah -سبحانه وتعالى- tentang sifat-sifat Nya yang wajib, mustahil dan harus bagi Nya.

    Selain itu, hikmah kenabian dan risalah juga berperanan membimbing manusia untuk berakhlak dengan akhlak yang mulia, agar masyarakat dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan bahagia didunia serta diakhirat. Firman Allah -سبحانه وتعالى- :

    ﴿لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا٢١﴾ [الأحزاب: 21]

    Maksudnya : «Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)(21)»

    Pengutusan para utusan Allah juga menjadi medium penyampai hukum-hukum amali dan ibadah yang disyariatkan oleh Allah, menjelaskan syarat-syarat, waktu dan kaedah pelaksanaannya.

    Antara lain, para rasul yang diutuskan Allah juga mempunyai matlamat untuk menjelaskan perkara-perkara ghaib yang tidak dapat diketahui walaupun dengan akal yang cerdik sekalipun.

    Perkara-perkara ghaib ini adalah seperti urusan hari akhirat, malaikat, jin, syaitan dan  kehidupan selepas kematian di dunia. Pengutusan Rasul juga membimbing mereka yang inginkan petunjuk dan menyangkal mereka yang menentang.[1] Firman Allah -سبحانه وتعالى- :

    ﴿رُسُلًا مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى اللَّهِ حُجَّةٌ بَعْدَ الرُّسُلِ  وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا١٦٥﴾ [النساء: 165]

    Maksudnya : «Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana(165)»

    Akhir kalam, setiap orang yang beriman kepada Allah -سبحانه وتعالى- hendaklah mengikuti petunjuk dan kebenaran yang telah dibawa oleh para Rasul. Khususnya bagi umat yang berada di akhir zaman ini, pesanan Rasulullah sebagai penutup bagi sekalian Nabi dan Rasul wajiblah kita berpegang dengannya dan beristiqamah mengikuti jalan Baginda. Imam Malik dalam kitabnya menukilkan satu hadis bahawa Rasulullah -صلى الله عليه وسلم- bersabda :

    تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

    Maksudnya: Aku telah tinggalkan buat kalian dua perkara yang kalian tidak akan sesat selama-lamanya selagi mana kalian berpegang pada keduanya iaitu kitab Allah dan sunnah nabi-Nya. (HR Al-Imam Malik di dalam al-Muwatto’ : 678/3338)[2]


    [1] Ruj : Samiah Hassan Toha. Zainab Abu al-Ma’ali. t.th. Al-Nubuwwat wa al-Sam’iyyat. Kaherah : Universiti al-Azhar.

    [2] Imam Malik bin Anas bin Malik bin Amir al-Asbahi al-Madaniy. 1425H/2004M. Muwatto’ : Kitab al-Qodr. Tahqiq: Muhammad Mustofa al-A’zomiy. UAE : Muassasah Zaid bin Sulton Ali Nahyan li al-A’mal al-Khairiyyah wa al-Insaniyyah. 5/1323.

    • Share:
    author avatar
    Aisyah

    Previous post

    SELAMAT DATANG RABIULAWAL!
    September 21, 2023

    Next post

    MUKJIZAT-MUKJIZAT NABI SAW
    September 25, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    TUNDUKKAN
    MUKMINKAH AKU?  SIRI 2
    8 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.