HILANGNYA BERKAT DALAM AMALAN DAN KEHIDUPAN
Rasulullah s.a.w mengajar kita apabila melakukan sesuatu pekerjaan,lakukan dengan bersungguh-sungguh bagi meraih keberkatan dari Allah s.w.t. Jangan dekati perkara yang boleh melenyapkan keberkatan-Nya.
Apa Kata Rasulullah?
Direkodkan daripada Abu Hurairah bahawa aku mendengar Rasulullah s.a.w
Bersabda:-
‘’Bersumpah untuk meyakinkan pembeli adalah bagus (sehingga pembeli jadi membeli) tetapi akan melenyapkan keberkatan.
Hadis direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dalam Sahih Bukhari,Kitab Al-Buyu’, bab Yarhaqu Allah Al-Riba,no hadith 2087,daripada Abu Hurairah status Hadis Sahih.
Jom Faham!
Dalam pelbagai taktik digunakan oleh pembeli bagi meyakinkan pelanggan termasuk bersumpah.Rasulullah s.a.w tidak menggalakkan kita bersumpah kerana ia hampir kepada perbuatan menipu dan menghilangkan keberkatan.
Contohnya sumpah dalam jual beli:
‘’Pakcik, buah mangga ini manis tak?’’ tanya seorang pembeli.
‘’Wallahi buah mangga ini manis.’’ Jawab si penjual dengan yakin.
Tetapi, ketika di rumah ternyata buah mangga itu masam. Tidak sama dengan kenyataan penjual itu tadi.Tanpa disedari, penjual itu berbohong dengan bersumpah dan perbuatan itu di larang dalam muamalat Islam.
Kesimpulan yang dapat di ambil dari Tajuk ini kita perlu jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan mahupun berniaga kerana dengan kejujuran akan datangnya kerberkatan dalam rezeki tersebut, sedikit petikan kata-kata dari Saidina Ali bin Abi Talib,’’Kalau rezeki daripada Allah s.w.t terlambat, beristighfarlah kepada-Nya dan mohon semoga dia melapangkan rezeki-Nya untuk kamu. Kunci syurga adalah sabar.Kunci kemuliaan adalah rendah hati.Dan kunci kebaikan (kehormatan) adalah takwa.
Tag:ustazustazahcom