HUKUM NIKAH BERBEZA MENGIKUT INDIVIDU??
Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam dan Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Hukum pernikahan adalah sunat namun begitu terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan hukum pernikahan berubah. Seperti yang kita ketahui Allah swt telah menciptakan manusia berpasang-pasang dan setelah itu akan melahirkan keturanan yang taat dan mengabdikan diri kepada Allah swt. Secara amnya hukum pernikahan adalah sunat namun begitu terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan hukum pernikahan menjadi wajib, makruh dan bahkan haram.
Hukum berkahwin bagi lelaki terbahagi kepada kaum lelaki sahaja iaitu terbahagi kepada lima iaitu wajib berkahwin, sunat berkahwin, harus berkahwin, makruh berkahwin dan haram berkahwin. Pertamanya adalah mengenai hukum wajib berkahwin iaitu sekiranya seseorang itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membayar mahar (mas kahwin) dan mampu menyediakan nafkah isteri zahir dan batin. Seseorang lelaki itu juga mestilah tidak berniat untuk menganiaya isterinya selama berumahtangga. Di samping itu, beliau juga yakin akan terdorong melakukan maksiat (zina) disebabkan runtunan nafsu yang kuat jika tidak berkahwin. Perkahwinan menjadi wajib apabila seseorang itu mampu dari segi fizikal, mental dan juga kewangan dan berkemungkinan besar tidak dapat menahan diri daripada melakukan maksiat yang menjurus ke arah zina yang telah diharamkan oleh Allah swt. Namun begitu, perlu diingat jika seseorang itu mampu mengawal nafsu maka menunaikan haji wajib didahulukan terlebih dahulu kerana beliau adalah seorang yang mampu dari pelbagai aspek.
Selain itu, sunat berkahwin kepada orang yang mampu dan berkeinginan, tetapi aman dirinya daripada terjatuh ke lembah maksiat Hal ini adalah menjadi hukum sunat berkahwin. Menjadi sunat apabila seseorang itu telah cukup umur dan baligh serta mampu mengawal nafsu maka menunaikan haji wajib didahulukan terlebih dahulu adalah seorang yang mampu dari pelbagai aspek. Bagi seseorang yang yakin tidak melakukan zina jika tidak berkahwin serta mampu berkahwin hukumnya pula menjadi harus berkahwin. Apabila seseorang itu bimbang jika dia berkahwin akan menzalimi isterinya adalah dihukumkan pula makruh berkahwin. Di samping dia mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dari segi kewangan beliau mampu dan juga makruh berkahwin sewaktu negara sedang menghadapi peperangan.
Perkahwinan menjadi haram apabila seseorang itu tidak berkemampuan untuk memberi nafkah zahir dan batin dan tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin malah bahkan berkemungkinan akan menganiayai isteri mereka sendiri jika perkahwinan berlaku dan juga menjadi hukum haram jika seseorang yang tidak dapat menunaikan kewajipan -kewajipan terhadap isterinya lahir dan batin dan mempunyai keyakinan akan menganiaya isterinya. Hukum perkahwinan dalam Islam adalah sebagai cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks melalui ini manakala adalah untuk memperolehi ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman, memelihara kasucian diri, melaksanakan tuntutan, mewujudkan kerjasama serta tanggungjawab yang dapat mengeratkan silaturahim.