• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Keampunan

    • Home
    • Blog
    • Keampunan
    • ISTIGHFAR & KELEBIHANNYA

    ISTIGHFAR & KELEBIHANNYA

    • Posted by Aisyah
    • Categories Keampunan, Ujian Hidup
    • Date October 28, 2022

    MAKSUD ISTIGHFAR

    Istighfar dari sudut bahasa adalah kata terbitan daripada fe’el استَغْفَرَ , manakala kata akarnya adalah daripada perkataan غَفَرَ (mengampunkan).  Perkataan Istighfar (اسْتِغْفَار) bermaksud memohon keampunan dengan perkataan dan perbuatan.[1]

    Dari sudut istilah fiqh, istighfar ialah doa memohon keampunan daripada Allah Ta’ala daripada dosa.[2] Sekiranya seseorang hamba mengucapkan astaghfirullah (أستغفر الله) , ianya membawa maksud : Saya memohon kepadaMu wahai Tuhan keampunan dengan ditutupkan aib dan dihapuskan dosa.[3]

    Dalam kitab Mufradat fi Gharib al-Quran tulisan Dr Raghib al-Asfahani, istighfar bermaksud memohon keampunan dengan ucapan dan perbuatan. Firman Allah dalam surah Nuh ayat ke 10 :

    ﴿فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا١٠﴾ [نوح: 10]

    Maksudnya : «”Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun(10)»

    Ayat ini merupakan ucapan Nabi Nuh alaihissalam kepada kaumnya. Menurut Ibnu Katsir, ayat ini bermaksud : Kembalilah kalian kepadaNya dan tinggalkanlah apa yang selama ini kalian lakukan serta bertaubatlah kepadaNya dari dekat, kerana sesungguhnya barangsiapa yang bertaubat kepadaNya, pasti Dia akan menerimanya.[4]

    Daripada ayat di atas, permohonan ampun tidaklah memadai dengan hanya mengucapkan dengan lidah sahaja, bahkan ianya mesti diikuti dengan perbuatan. Dikatakan bahawa orang yang memohon keampunan dengan ucapan sahaja adalah perbuatan orang-orang pendusta.[5]

    Keampunan dosa-dosa tidak cukup hanya dengan mengharap sahaja, akan tetapi ianya hendaklah direalisasikan dengan perbuatan.[6]

    KELEBIHAN ISTIGHFAR

    Menurut Kitab Manajim al-Asrar, melazimi istighfar mempunyai kelebihan, antaranya :

    • Berterusan melaksanakan istighfar mengampunkan dosa dan menghapus kejahatan-kejahatan. Firman Allah subhanahuwaTa’ala :

    ﴿وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا١١٠﴾ [النساء: 110]

    Maksudnya : «Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani(110)»

    –     Berterusan dalam istighfar dapat menyelamatkan daripada balasan dan azab Allah Ta’ala, mengangkat fitnah dan ujian daripada individu mahupun daripada ummah amnya. Firman Allah subhanahuwaTa’ala :

    ﴿وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ  وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ٣٣﴾ [الأنفال: 33]

    Maksudnya : «Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun)(33)»

    –    Berterusan dalam istighfar menghilangkan kesedihan, menarik rezeki, serta menjadi jalan keluar daripada kesempitan dan konflik. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas radiyallahu ‘anhu :

    مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ، جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

    Maksudnya: “Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”. (Majmu’ Fatawa Ibn Baz)

    –    Imam Syaukani dalam mentafsirkan ayat daripada Surah Nuh menyatakan, istighfar adalah merupakan antara sebab terbesar yang menyebabkan turunnya hujan dan mendapat rezeki.[7] Berterusan dalam istighfar ditunjukkan dengan turunnya hujan lebat dari langit, mendapat keberkatan rezeki, buah-buahan dan keturunan, seperti mana firman Allah subhanahuwaTa’ala :

    ﴿فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا١٠ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا١١ وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا١٢ ﴾ [نوح: 10-14]

    Maksudnya : «”Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun(10) “(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;(11) “Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)(12) »

    –    Antara kelebihan orang yang melazimi istighfar juga ialah, Allah subhanahuwaTa’ala akan mengurniakannya dengan kurniaan yang baik, menggantikan ketakutannya kepada keamanan, kefakiran dengan kekayaan, penderitaannya dengan kebahagiaan, dikurniakan kehidupan yang baik, diberi nikmat berupa kebahagiaan hidup. Firman Allah sub’anahuwaTa’ala :

    ﴿وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعًا حَسَنًا إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ  وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ٣﴾ [هود: 3]

    Maksudnya : «Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya)(3)»

    Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang sentiasa beristighfar kepada Nya dengan penuh keikhlasan, serta menjadi hambaNya yang sentiasa bertaubat dan kembali kepada Allah. Wallahua’lam.


    [1] Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal Islam. 2006. Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Muasirah. Kuwait : Tob’u al-Wizarah. 4/34

    [2] Mu’jam al-Ma’ani al-Jami’- Mu’jam ‘Arabi ‘Arabi. https://www.almaany.com/ar/dict/ar-ar/%D8%A7%D8%B3%D8%AA%D8%BA%D9%81%D8%A7%D8%B1/ . diakses pada 24 Oktober 2022.

    [3] Muhammad Mahdi Nazir Qasylan. 2017. Manajim al-Asrar fi Fadhli al-Istighfar. T.tp : t.pt. 4

    [4] Ibn Katsir. Abul Fida’ Ismail bin Khatib bin Abi Hafs Umar bin Katsir Tafsir Ibn Katsir. T.tp : al-Ilmiyyah. 8/246

    [5] Al-Raghib al-Asfahani. 2017. Mufradat fi Gharib al-Quran (Kamus al-Quran). Jawa Barat : Pustaka Khazanah Fawa’id. 2/864.

    [6] Nukbah min Ulama al-Tafsir wa Ulum al-Quran. 2010. Tafsir Maudhui li Suwar al-Quran al-Karim. UAE : Jami’ah al-Syariqah.  8/377.

    [7] Nukbah min Ulama al-Tafsir wa Ulum al-Quran. 2010. Tafsir Maudhui li Suwar al-Quran al-Karim. UAE : Jami’ah al-Syariqah.  8/377.

    • Share:
    author avatar
    Aisyah

    Previous post

    ANCAMAN BUAT SANG PEMIMPIN
    October 28, 2022

    Next post

    3 HARI TIDUR BERALASKAN LANTAI
    October 31, 2022

    You may also like

    Gambar Artikel Terakhir
    Marah Adalah Salah Satu Panahan Syaitan.
    11 September, 2023
    images (5)
    UMRAH SEBUAH PERJALANAN MANIFESTASI IMAN
    4 September, 2023
    Doa Taubat
    DOA NABI ADAM DAN SAIYIDAH HAWA : SIRI 1
    4 August, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.