• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Hadis

    • Home
    • Blog
    • Hadis
    • JIHAD ITU LUAS

    JIHAD ITU LUAS

    • Posted by Shamil
    • Categories Hadis, Iman, Ujian Hidup
    • Date October 3, 2022

    Ustaz Badli Shah Alauddin dalam ceramahnya menyebut. “Kaum Red Indian lenyap daripada Amerika kerana tiada semangat jihad manakala orang Melayu dapat bebas daripada British kerana adanya semangat jihad”. Daripada situ kita boleh lihat bahawa jihad sangat penting dalam islam tanpa mengira siapa. Majoriti orang akan menganggap jihad ini sinonim dengan perang yang memerlukan seseorang itu untuk mengangkat senjata dan mengorbankan nyawa atas sebab menegakkan syiar islam. Jika kita melihat pengertian jihad daripada segi bahasa adalah mengerahkan segala upaya dan kemampuan bagi menuju ke jalan yang diredhai Allah serta meninggalkan segala larangan-Nya. Allah SWT berfirman di dalam surah al-An’am yang bermaksud: “Dan mereka pula bersumpah dengan nama Allah, dengan sumpah yang bersungguh-sungguh”. (al-An’am: 109) firman Allah ini menunjukkan bahawa orang yang berjihad sudah berserah kepada Allah dan berikhtiar sehabis baik. Menurut Ibn Taimiah, menyatakan jihad itu ialah dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk menuju kepada penghasilan sesuatu yang diredhai Allah SWT dari segi keimanan, amal soleh serta menolak segala perkara yang dimurkai Allah SWT seperti kekufuran, kederhakaan dan kefasikan. Umat Islam boleh mengangkat senjata apabila kita benar-benar telah diserang oleh mereka yang ingin memerangi Islam. Itu juga adalah jihad, namun ia juga meliputi seluruh aspek perbuatan manusia juga dalam menuju ke jalan yang benar. Sebagai contohnya ialah menuntut ilmu, meningkatkan taraf ekonomi, memperkasakan kesatuan ummah, memerangi nafsu dan godaan syaitan. Jihad dalam menuntut ilmu terdapat dalam salah satu contoh jihad. Hal ini kerana, menuntut ilmu membuatkan sesuatu umat itu boleh keluar daripada kepompong kejahilan dan membawa cahaya kebenaran dan kemajuan. Umat islam memiliki cendekiawan-cendekiawan ilmu yang telah memberi manfaat kapada seluruh umat islam dan bukan islam pada zaman mereka sehinggalah ke hari ini. Ibnu Sina berjaya mencipta picagari untuk menyuntik ubat ke dalam badan manusia melalui urat saraf. Ibn al-Baitar atau nama penuhnya Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad Ibn al-Baitar Dhiya al-Din al-Malaqi adalah salah seorang saintis terulung Muslim Sepanyol. Beliau merupakan seorang ahli botani dan farmasi yang terkenal pada kurun pertengahan. Sumbangan utama Ibn Baitar ialah Kitab al-Jami fi al-Adwiya al- Mufrada yang merupakan salah sebuah kompilasi botani yang terhebat mengenai tumbuh-tumbuhan perubatan di Arab Saudi. Selain itu, jihad dalam meningkatkan taraf ekonomi seperti menguasai perkara mengenai pengeluaran,pengagihan,penggunaan barang-barang dan perkhidmatan. Ketika Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah, baginda telah membuka sebuah pasar untuk penduduk di Madinah kerana Yahudi menguasai ekonomi menerusi pasar perniagaan iaitu pasar Bani Qainuqa’ tetapi kuasa membeli ada pada orang islam. Selepas nabi membuka pasar Madinah, ramai penduduk Madinah yang pergi ke sana atas sebab harga barangnya lebih murah berbanding pasar Bani Qainuqa’. Seterusnya, jihad dalam memperkasakan kesatuan ummah kerana tanpa kesatuan umat, Islam mudah dimanipulasi, diambil kesempatan, ditindas dan dijajah oleh kuasa asing. Apabila kita menyelusuri sejarah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (nama sebelum Malaya), sudah pasti kita dapat lihat bagaimana rakyat di Tanah Melayu ketika itu bekerjasama dan bersatu padu menuntut kemerdekaan daripada British sehingga British terpaksa memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Di samping itu, jihad dalam memerangi nafsu. Terdapar 4 peringkat iaitu pertama, melakukan jihad terhadap diri supaya mempelajari. petunjuk, dan agama yang sebenar.Kedua, berjihad terhadap diri supaya mengamalkan ilmu yang diperoleh. Ketiga, berjihad terhadap diri supaya berdakwah dan menyampaikan ilmu kepada orang-orang yang tidak mengetahuinya.Keempat, berjihad dengan kesabaran ketika mengalami kesukaran dan seksaan daripada makhluk dalam berdakwah pada jalan Allah s.w.t dan menanggung semuanya dengan mengharapkan redha Allah s.w.t. Akhir sekali, jihad dalam melawan godaan syaitan. Jihad melawan syaitan mempunyai dua peringkat, iaitu:

    1. Berjihad melawan syaitan dengan membuang segala kebimbangan dan keraguan (shubuhat) yang dilemparkan oleh syaitan kepada manusia bagi merosakkan iman. Ini termasuk menjawab segala bentuk keraguan yang ditimbul oleh pihak tertentu terhadap aqidah dan syariat Islam.

    Berjihad melawan syaitan yang mengarahkan manusia agar memenuhi nafsu syahwatnya dengan melakukan kemungkaran dan kemaksiatan. Ia seperti mencegah manusia melakukan zina, pergaulan bebas, orientasi seks songsang (LGBT), rasuah, penyelewengan kuasa, zalim, khianat dan lain-lain

    • Share:
    author avatar
    Shamil

    Previous post

    KAHWIN BUKAN MAGIK
    October 3, 2022

    Next post

    PERMULAANKU DI USTAZUSTAZAH DOT COM
    October 3, 2022

    You may also like

    rasul
    TAHUN DUKACITA NABI MUHAMMAD SAW
    3 October, 2023
    1
    Rasulullah SAW, Insan Paling Dermawan
    26 September, 2023
    maulid 2
    NABI MUHAMMAD SAW UTUSAN ALLAH SWT
    14 September, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.