• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Uncategorized

    • Home
    • Blog
    • Uncategorized
    • KAUM TSAMUD YANG BINASA. SIRI 1

    KAUM TSAMUD YANG BINASA. SIRI 1

    • Posted by Aisyah
    • Categories Uncategorized
    • Date September 7, 2023

    SIAPAKAH TSAMUD?

    TSAMUD ialah nama kepada kabilah Arab yang tinggal di bandar-bandar al-Hijr, iaitu kawasan yang terletak diantara Hijaz dan Syam sehingga lembah al-Qura yang berdekatan Tabuk, ataupun di utara semenanjung Tanah Arab. Kabilah ini dinamakan dengan Tsamud berdasarkan nama moyang mereka, iaitu Tsamud bin Amir, bin Iram, bin Sam, bin Nuh. Kaum Tsamud ini muncul setelah kaum Ad.[1]

    Menurut Tafsir Fi Zilal, kaum Tsamud di zaman itu telah mencapai kemuncuk kekuatan, kesenangan dan kemewahan, tetapi telah dibinasakan oleh Allah – سبحانه وتعالى- kerana melanggar perintah-perintahnya.[2]

    PENGUTUSAN NABI KEPADA KAUM TSAMUD

    Allah -سبحانه وتعالى- mengutuskan Nabi Soleh -عليه السلام- kepada kaum Tsamud bagi membanteras kesyirikan serta penyembahan berhala dalam kalangan kaum mereka. Kaum Tsamud mempersekutukan Allah dalam beribadah. Sikap mereka ini adalah sebagaimana sikap kaum Ad dan kaum Nabi Nuh yang telah Allah binasakan sebelum mereka.[3]

    Pengutusan Nabi Soleh -عليه السلام- kepada kaumnya adalah sebagai seorang nabi, pemberi nasihat, pemberi peringatan kepada mereka akan nikmat-nikmat Allah dan tanda-tanda kekuasaan-Nya yang menunjukkan keesaan-Nya dan tidak ada sekutu bagi-Nya.

    SIAPAKAH YANG BERIMAN DAN MENGIKUTI NABI SOLEH?

    Mereka yang mengikuti dan mengimani dakwah Nabi Soleh -عليه السلام- adalah terdiri daripada orang-orang yang lemah dalam kalangan kaumnya, manakala golongan pemuka serta pemimpin dalam kaumnya terus mengkufuri, tidak mengimani, membangkang, sombong, dan mengingkari Nabi Soleh -عليه السلام-.

    Firman Allah -سبحانه وتعالى- dalam Surah al-Qamar ayat ke 25 :

    ﴿أَأُلْقِيَ الذِّكْرُ عَلَيْهِ مِنْ بَيْنِنَا بَلْ هُوَ كَذَّابٌ أَشِرٌ٢٥﴾ [القمر: 25]

    Maksudnya : «Tidaklah patut wahyu peringatan itu diturunkan kepadanya (padahal orang-orang yang lebih layak ada) di antara kita. Bahkan dialah seorang pendusta, lagi sombong angkuh(25)»

    Pemuka-pemuka kaumnya yang sombong itu juga turut meremehkan orang-orang yang lemah dalam kalangan mereka sebagaimana Firman Allah Ta’ala dalam Surah al-A’raf ayat ke 75 dan 76 :

    ﴿قَالَ الْمَلَأُ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا مِنْ قَوْمِهِ لِلَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا لِمَنْ آمَنَ مِنْهُمْ أَتَعْلَمُونَ أَنَّ صَالِحًا مُرْسَلٌ مِنْ رَبِّهِ  قَالُوا إِنَّا بِمَا أُرْسِلَ بِهِ مُؤْمِنُونَ٧٥ قَالَ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا إِنَّا بِالَّذِي آمَنْتُمْ بِهِ كَافِرُونَ٧٦﴾ [الأعراف: 75-76]

    Maksudnya : «Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaumnya berkata kepada orang-orang yang dipandang lemah iaitu orang-orang yang telah beriman di antara mereka: “Tahukah kamu bahawa Soleh itu diutus dari Tuhannya?” Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami beriman kepada apa yang ia diutus untuk menyampaikannya”(75) Orang-orang yang sombong takbur itu berkata: “Sesungguhnya kami tetap ingkar akan orang yang kamu beriman kepadanya”(76)»

    Tafsir Fi Zilal menghuraikan ayat ke 75 ini dengan katanya;

    “Pertanyaan ini jelas bertujuan mengancam dan menakutkan orang-orang yang beriman, di samping bertujuan menyangkal keimanan mereka dan mempersenda-sendakan pendirian mereka kerana percaya kepada dakwaan Soleh kononnya ia diutuskan dari Tuhannya.

    Tetapi golongan yang dianggap lemah itu tidak lagi lemah, kerana keimanan mereka kepada Allah telah mencurahkan kekuatan di dalam hati mereka, mengisikan kepercayaan dalam jiwa mereka dan keyakinan dalam pemikiran mereka.

    Mereka begitu yakin kepada pegangan dan kepercayaan mereka, oleh sebab itu apakah gunanya ancaman dan ugutan para pembesar itu? Apakah gunanya sendaan dan sangkalan golongan elite yang angkuh itu?”[4]


    [1] Ibnu Katsir. 2023. Tafsir Ibnu Katsir.  Jakarta : Pustaka Imam Asy-Syafi’i. 3/555

    [2] Sayyid Qutb. t.th. Tafsir Fi Zilal al-Quran. Terj : Dr Yusof Zaki. t.tp : t.pt. https://tafsirzilal.files.wordpress.com/2015/05/hud-melayu.pdf

    [3] Wahbah az-Zuhaili. 2005. Tafsir al-Munir Aqidah Syari’ah Manhaj. Jakarta : Gema Insani. 4/506.

    [4] Sayyid Qutb. t.th. Tafsir Fi Zilal al-Quran. Terj : Dr Yusof Zaki. t.tp : t.pt. 8/91. https://tafsirzilal.files.wordpress.com/2015/04/al-araf-melayu.pdf

    • Share:
    author avatar
    Aisyah

    Previous post

    BERSYUKURLAH, REZEKI ALLAH SUDAH TETAPKAN
    September 7, 2023

    Next post

    DOA KEPADA ORANG SAKIT, PASTI MALAIKAT AMINKAN
    September 8, 2023

    You may also like

    Pink Yellow Gradient Wine Purple Cute Illustration Teach Children During Ramadan Instagram Post
    AYUHAL WALAD (WAHAI ANAK-ANAK)
    20 November, 2023
    AAR78366
    MUKMINKAH AKU? SIRI 3
    17 November, 2023
    4239893-camel-1024×804
    KAUM TSAMUD YANG BINASA. SIRI 2
    16 September, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.