Kluster Komuniti

Rindu Masjid
Membaik pulih dan menjadikan masjid dan surau temapt yang lebih menarik dan ceria terutama bagi anak-anak muda

Jejak Prihatin - Edisi Rakyat
Sumbangan diberikan kepada: Golongan Asnaf, Warga Emas,OKU, Putus Punca Pendapatan dan golongan yang memerlukan

Jejak Prihatin - Edisi Orang Asal
Sumbangan diberikan kepada masyarakat Orang Asli yang memerlukan bagi meringankan beban mereka tidak kira agama dari segi bantuan keperluan asas dapur secara one-off dan program rintis Kedai Jalinan Kasih

Jejak Prihatin - Edisi Frontliner
Sumbangan diberikan kepada anggota atau veteran yang telah bersara dan juga pesara yang memerlukan

Jejak Prihatin - Edisi Seni
Satu inisiatif bagi menyantuni anak-anak seni yang tergolong dalam kategori B40 dan miskin bandar. Kerja sebagai anak seni tidak mempunyai pendapatan tetap. Mereka mendapat upah berdasarkan projek dan sangat jarang diambil bekerja sebagai pekerja tetap.

Jejak Prihatin - Edisi Ziarah
Satu edisi yang bermatlamat untuk mengetahui, menyelidik serta mengumpulkan maklumat golongan asnaf, miskin, ibu tunggal dan juga Orang Kurang Upaya. Ziarah ini juga akan diikuti dengan beberapa program komuniti yang lain seperti program serahan bantuan secara one-off atau berkala mengikut keadaan penerima