• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Keampunan

    • Home
    • Blog
    • Keampunan
    • MAAF ITU BAHAGIA, MAAF ITU MULIA

    MAAF ITU BAHAGIA, MAAF ITU MULIA

    • Posted by Nur Fatihah
    • Categories Keampunan
    • Date October 25, 2022

    Memberi kemaafan bukan sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Namun dendam juga bukan sesuatu yang patut disimpan. Islam adalah agama tasamuh, syumul lagi sempurna. Agama yang mementingkan perdamaian dan kesejahteraan dengan mengutamakan peranan amalan-amalan mulia kerana matlamat utama seorang Muslim hanyalah untuk hidup menuju redhaNya. 

    Antara sifat mulia yang penulis ingin ketengahkan ialah sifat pemaaf kerana sekiranya kita sentiasa memaafkan, Allah SWT pasti memberikan ganjaranNya yang tidak ternilai kepada hambaNya. Kita digalakkan untuk memaafkan terutama apabila individu yang melakukan kesalahan itu menghulurkan kemaafannya terlebih dahulu. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah maha pengampun lagi maha penyayang.” (Surah an-Nur, 22)

    Sebagaimana yang kita sedia maklum, inilah juga sifat utama yang ada pada diri kekasih Allah SWT, Rasulullah SAW yang juga sepatutnya ada dalam diri kita selaku umatnya. Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik untuk menggambarkan sifat pemaaf. Sifat ini sentiasa dipamerkan menerusi ucapan, tindakan, pengakuan mahupun perbuatan baginda SAW.

    Peristiwa Rasulullah SAW di Taif membuktikan kepada kita betapa mulia dan pemaafnya seorang sosok manusia bernama Muhammad SAW ini. Hal ini dapat dilihat apabila Rasulullah SAW berusaha mengembangkan ajaran Islam di Taif setelah penduduk Makkah menolak usaha dakwah baginda SAW. Namun demikian, penduduk Taif bukan sahaja menolak seruannya malah mencaci maki, mengejek, dan membaling batu kepada baginda SAW sehingga kaki baginda SAW luka berdarah. 

    Akan tetapi, baginda SAW sedikit pun tidak pernah membalas semula perbuatan mereka malah baginda SAW tetap mendoakan mereka agar mendapat pengampunan Allah SWT walaupun ditawarkan oleh Malaikat Jibril AS untuk membinasakan mereka. Selain itu, sifat pemaaf Rasulullah SAW boleh diamati melalui kisah Washyi bin Harb yakni hamba kepada seorang bangsawan Quraisy. Washyi diberikan tugasan khusus untuk menyertai peperangan Uhud dengan bermatlamatkan semata-mata hanyalah untuk membunuh Saidina Hamzah RA sebagai syarat agar dia dibebaskan tuannya. 

    Namun, Rasulullah SAW sebaik-baik insan, akhlak baginda SAW ialah akhlak Al-Quran. Baginda SAW tetap memaafkannya semasa peristiwa pembukaan Kota Makkah kendatipun perbuatan Washyi yang sangat kejam terhadap bapa saudaranya, Saidina Hamzah RA. Begitulah karektor pemaaf yang dimiliki Rasulullah SAW yang patut diteladani setiap manusia. Jika seseorang datang untuk meminta maaf, maka baginda SAW terus memaafkan orang tersebut. Intihanya, “Maka barangsiapa yang memaafkan (kejahatan orang), dan berbuat baik kepadanya, maka pahalanya telah dijamin oleh Allah SWT”, Surah Al-Shura: 40. 

    Akhir kalam, penulis ingin menutup ujaran ini dengan memetik persoalan yang diutarakan oleh Dr. Ahmad Sanusi Azmi, Majlis Ulama Isma agar kita berfikir yang mengatakan “Jika kita tidak memaafkan seseorang, kita hanya berhak menuntut pahala orang tersebut di akhirat kelak. Namun sekiranya kita memaafkan dia, maka kita akan memperolehi ganjaran Allah. Pahala manusia dengan ganjaran Allah mana yang lebih baik?”. Tuntasnya, setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan, maka janganlah malu untuk memohon maaf. 

    • Share:
    author avatar
    Nur Fatihah

    Previous post

    BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
    October 25, 2022

    Next post

    APA YANG KITA FIKIR, RASA DAN UNGKAPKAN ADALAH DOA
    October 27, 2022

    You may also like

    images (5)
    UMRAH SEBUAH PERJALANAN MANIFESTASI IMAN
    4 September, 2023
    Doa Taubat
    DOA NABI ADAM DAN SAIYIDAH HAWA : SIRI 1
    4 August, 2023
    TANDA ALLAH SEDANG MENDEKATKAN DIRI KEPADA HAMBANYA
    24 July, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.