• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Blog

    • Home
    • Blog
    • Blog
    • Marah Adalah Salah Satu Panahan Syaitan.

    Marah Adalah Salah Satu Panahan Syaitan.

    • Posted by Hafeez hakime
    • Categories Blog, Iman, Ujian Hidup
    • Date September 11, 2023

    Amirah:‘’Safia, janganlah cepat memaki hamun perempuan itu, entah betul ataupun tidak khabar angin yang tersebar itu. Marah itu adalah bisikan syaitan. Cuba bertenang dan istighfar. Kemudian, kita akan siasat khabar angin ini.’’

    Safia:’’Astaghfirullah hal Azim. Aku terbawa-bawa emosi, aku tidak boleh tengok lelaki curang.’’

    Apa Kata Rasulullah s.a.w?

    Seorang lelaki meminta nasihat dari Nabi Muhammad s.a.w., lalu baginda s.a.w berkata, ‘’Janganlah engkau menjadi seorang pemarah’’ Lelaki itu mengulangi permintaanya beberapa kali, Nabi s.a.w. berkata lagi ‘’Janganlah engkau menjadi seorang pemarah.’’

    Hadith Riwayat Imam Bukhari dalam sahih Bukhari, kitabnya Al-Adab, bab Al-Hazar min Al-Ghadab, no. hadith 5651, dari Abu Hurairah r.a

    Cara Mengawal Kemarahan:

    • Perbanyakkan minum air kosong seperti yang disarankan oleh pakar kesihatan, minum lapan gelas sehari.
    • Tarik nafas dalam-dalam secara perlahan dalam kiraan 4 menggunakan hidung, tahan nafas selama 2 minit kemudian hembuskan perlahan-lahan dalam kiraan 4 menggunakan mulut.
    • Menghilangkan ketegangan dengan ketawa agar dapat menghiburkan diri dan orang lain.
    • Mengawal minda sebelum mengawal emosi seperti mendiamkan diri dan bertenang selama 10 minit.

    Pandangan Pakar

    Janganlah jadikan marah umpama api di dapur hatimu, panasnya biar berpadanan. Jangan terlalu kecil, hingga Tindakanmu kelihatan mentah. Jangan pula keterlaluan hingga peribadianmu hangus terbakar!.

    (Rujukan Buku Dimana Dia Di Hatiku? Karya Pahrol Mohd Juoi.)

    Doa Minta Diberi Kesabaran.

    رَبَّنَآ أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًۭا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَـٰفِرِينَ ٢٥٠

    “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir” (Al-Baqarah ayat 250).

    Demikian, merupakan sedikit perkongsian yang dapat diambil berdasarkan kisah di atas dan perbuatan marah itu sendiri di tegah oleh nabi s.a.w kerana dapat menimbulkan keadaan yang kurang baik bukan sahaja dari pergaulan malah dari sudut kesihatan oleh itu penawar bagi marah adalah sabar insya’allah mudah-mudahan kita berjaya hindari sifat marah dalam diri sekian dari saya Assalamu’alaikum w.b.t.

    • Share:
    author avatar
    Hafeez hakime

    Previous post

    DOA KEPADA ORANG SAKIT, PASTI MALAIKAT AMINKAN
    September 11, 2023

    Next post

    HUKUM MENYAMBUT MAULID NABI SAW
    September 11, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    images (4)
    3 TIPS UNTUK PERUBAHAN HIDUP
    6 November, 2023
    download (16)
    PENJAJAHAN HARAM ISRAEL DI BUKIT GOLAN
    30 October, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.