• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Aktiviti UUC

    • Home
    • Blog
    • Aktiviti UUC
    • <strong>MENANDATANGANI PERJANJIAN NADI AL-QURAN DI TELUK INTAN PART 2</strong>

    MENANDATANGANI PERJANJIAN NADI AL-QURAN DI TELUK INTAN PART 2

    • Posted by Shamil
    • Categories Aktiviti UUC, Blog
    • Date November 17, 2022

    Pada petang itu di hotel, kami membelek dokumen perjanjian supaya kami benar-benar faham terlebih dahulu. Apabila kita sudah faham apa yang terkandung di dalam dokumen perjanjian itu barulah kita boleh menjawab apa-apa soalan daripada penyelaras Nadi Al-Quran. Saya juga merancang tentatif daripada segi pengisian tentang pengenalan Ustazustazah,serahan buah tangan,jaket,papan tanda NAQ,sesi bergambar,rakaman video dan temu ramah penyelaras dan pelajar Nadi Al-Quran (NAQ). Sepanjang saya menyusun tentatif tersebut saya telah meminta pendapat dan idea daripada encik Mahazir. Alhamdulillah, beliau banyak membantu saya dalam menyusun dan melengkapkan tentatif. Rumah penyelaras yang kami akan ziarah adalah rumah ustaz Arif. Beliau memang berasal dari Teluk Intan, Perak dan sedang mengajar di salah sebuah pusat Tahfiz di sana. Sebelum tiba di rumah beliau, saya telah menghantar tentatif program kepada beliau supaya beliau ambil maklum dan faham apa yang kami akan lakukan sepanjang program. Maka,sebelum maghrib kami telah bertolak ke rumah beliau kerana kelas akan bermula pada jam 8 malam. Jadi kami mahu tiba di rumahnya sebelum jam 8 malam agar kami boleh mengambil gambar dan video ketibaan pelajar ini di pusat NAQ. Begitu sulit juga mahu mencari rumah Ustaz Arif di taman Sri Bahagia tetapi dengan izin Allah kami tiba juga di rumah beliau. Kami disambut mesra oleh ustaz Arif dan pelajar NAQ sudah ada beberapa orang yang telah sampai. Saya pun memperkenalkan diri dan sempat berbual dengan beliau. Setelah itu saya menurunkan barang-barang seperti banting Ustazustazah (UUC),plakad,signage dan cenderamata untuk pengajar dan pelajar. Setelah memasang banting, ustaz Arif telah memperkenalkan saya kepada para pelajar NAQ dan semuanya tidak sabar untuk mendengar perkongsian daripada saya. Setelah dijemput oleh ustaz Arif untuk membuat perkongsian, saya memperkenalkan diri dan Ustazustazah (UUC) kepada para pelajar dan semuanya begitu seronok dan teruja melihat saya di samping encik Mahazir sedang mengambil gambar dan video untuk dijadikan bahan di media sosial UUC. Selesai perkongsian, saya menyerahkan dan membantunya memakai jaket UUC kepada ustaz Arif bersama dengan cenderamata. Kemudian saya menyerahkan pula papan tanda NAQ kepada beliau serta bergambar. Seterusnya, saya menyerahkan cenderamata kepada setiap pelajar NAQ yang rata-ratanya dalam lingkungan umur 5 hingga 14 tahun, tetapi majoriti dalam umur 7 hingga 11 tahun. Kami pun bergambar beramai-ramai dan merakam video sambil melaungkan slogan “terima kasih ustazustazah”.

    • Share:
    author avatar
    Shamil

    Previous post

    KESAN MAKAN YANG HARAM
    November 17, 2022

    Next post

    MISI NADI AL-QURAN
    November 18, 2022

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    images (4)
    3 TIPS UNTUK PERUBAHAN HIDUP
    6 November, 2023
    download (16)
    PENJAJAHAN HARAM ISRAEL DI BUKIT GOLAN
    30 October, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.