• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Iman

    • Home
    • Blog
    • Iman
    • PENGENALAN ILMU TAUHID

    PENGENALAN ILMU TAUHID

    • Posted by Aisyah
    • Categories Iman
    • Date November 8, 2022

    MAKSUD TAUHID

    Tauhid dari sudut bahasa bermaksud mengetahui bahawa sesuatu itu adalah satu.[1] Manakala dari sudut syarak, tauhid ialah mengesakan Allah dengan ibadat serta meyakini keesaan tersebut pada zat, sifat-sifat dan perbuatan-Nya.[2]  Ianya juga satu ilmu yang membicarakan tentang aqidah-aqidah (pegangan) agama berdasarkan dalil-dalilnya yang berkaitan secara yakin.

    PERBAHASAN ILMU TAUHID

    *Ilahiyyat : ilmu yang membahaskan tentang bab ketuhanan

    *Nubuwwat : ilmu yang membahaskan tentang bab kenabian

    *Sam’iyyat : ilmu yang membahaskan tentang perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata dan hanya diketahui daripada dalil al-Quran dan Hadis seperti padang mahsyar, syurga, neraka dan sebagainya.[3]

    SUMBER ILMU TAUHID

    Sumber ilmu Tauhid ataupun ambilan ilmu ini adalah daripada dalil Naqli dan Aqli. Naqli iaitu apa yang dijelaskan di dalam al-Quran dan di dalam Sunnah al-mutahharah.

    ANTARA NAMA LAIN BAGI ILMU TAUHID [4]

    *Ilmu Usuluddin

    *Ilmu Aqidah

    *Ilmu Fiqh Akbar

    *Ilmu Kalam.

    *Ilmu Sifat

    *Ilmu Ma’rifat

    HUKUM MEMPELAJARI

    Asas-asas aqidah adalah menjadi wajib fardu ain keatas setiap mukallaf lelaki atau perempuan untuk mengetahui sifat-sifat yang berkaitan dengan Allah subhanahuwaTa’ala walaupun dengan dalil-dalil secara ijmal (ringkas) seperti bahawa ia mengetahui dalil yang menunjukkan ada Allah subhanahuwaTa’ala adalah berdalilkan kejadian alam ini.

    HASIL PEMBELAJARAN ILMU TAUHID

    Hasil pengajian ilmu ini ialah dapat mengenal Allah subhanahuwaTa’ala dan mengenal rasul Nya dengan bukti-bukti yang kukuh serta mendapat kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat yang kekal abadi.

    PELOPOR ILMU TAUHID

    1. Abu Hassan al-Asy’ari (260 – 324 H)

    2. Abu Mansur al-Maturidi (238 – 333 H)[5]


    [1] Ibrahim bin Muhammad al-Bajuri.2010. Syarh Jauharah al-Tauhid. Tah: Mustafa Dib al-Bugha. Damsyik: Dar al-Mustofa. 17.

    [2] Ibrahim bin Muhammad al-Bajuri.2010. Syarh Jauharah al-Tauhid. Tah: Mustafa Dib al-Bugha. Damsyik: Dar al-Mustofa. 17.

    [3] Ahmad Izzat ‘Irfan Izani. 23 Feb 2017. Anwar al-‘Arifin (pada menghuraikan Matan Ummu al-Barahin karangan Imam al-Sanusi). Mesir : Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir.11

    [4] Ahmad Izzat ‘Irfan Izani. 23 Feb 2017. Anwar al-‘Arifin (pada menghuraikan Matan Ummu al-Barahin karangan Imam al-Sanusi). Mesir : Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir.11

    [5] -Ahmad Fariz Mohd Zaini al-Mawi. T.th. Al-Kifayah (Pada Menjelaskan Matan al-Kharidah al-Bahiyyah Bagi Imam Ahmad ad-Dardir Rahimahullah). Mesir : Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir.26

    • Share:
    author avatar
    Aisyah

    Previous post

    MENANDATANGANI PERJANJIAN NADI AL-QURAN DI TELUK INTAN,PERAK (PART 1)
    November 8, 2022

    Next post

    PENYAYANG AKAN DISAYANG
    November 9, 2022

    You may also like

    Gambar Artikel Terakhir
    Marah Adalah Salah Satu Panahan Syaitan.
    11 September, 2023
    images (5)
    UMRAH SEBUAH PERJALANAN MANIFESTASI IMAN
    4 September, 2023
    images-4
    SUDUT PANDANG HADITH TENTANG AMALAN MANDI SAFAR
    21 August, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.