• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Aktiviti UUC

    • Home
    • Blog
    • Aktiviti UUC
    • PERTANDINGAN HAFAZAN AL-QURAN RAMADAN TERBAIK 1444H

    PERTANDINGAN HAFAZAN AL-QURAN RAMADAN TERBAIK 1444H

    • Posted by Alifah
    • Categories Aktiviti UUC, alquran, Menuntut Ilmu, Ramadhan, UstazUstazah.Com
    • Date April 12, 2023

    Ramadan Terbaik ialah sebuah program sepanjang Ramadan yang dijalankan di Surau Kg Sri Melenggang, Rembau yang menyasarkan masyarakat setempat khususnya dan seluruh umat Islam amnya. Salah satu program yang dijalankan bagi mendekatkan para pelajar dengan Al-Quran ialah dengan mengadakan sebuah pertandingan Hafazan Al-Quran peringkat sekolah rendah bagi kawasan Kota, Rembau.

    Pertandingan diadakan pada 5 April 2023 bersamaan hari Rabu yang menghimpunkan dalam 10 penyertaan. Pertandingan dimulakan pada sebelah petang iaitu jam 2.00 petang. Pada permulaan, peserta akan diminta untuk mendaftar di kaunter pendaftaran sekaligus membuat cabutan undian nombor giliran. Kemudian, para peserta diminta untuk bersedia diruangan pertandingan. Ada yang hadir bersama ibu bapa dan ada juga yang ditemani oleh guru-guru yang melatih mereka. Pelbagai reaksi dan gelagat yang dapat dilihat. Berbekalkan hafalan Al-Quran didada, ada yang menggunakan sisa-sisa masa sebelum acara bermula dengan mengulang hafalan Al-Quran bersama guru dan juga keluarga.

    Acara bermula pada jam 2.40 petang dengan kata alu-aluan daripada pengacara majlis, Ustaz Aimran. Diperkenalkan juri-juri yang mengadili pertandingan ini yang terdiri daripada dua orang iaitu Ustazah Aisyah Sahleha dan Ustaz Syamil. Kriteria yang diperjurikan ialah hafazan, tajwid/makhraj huruf, fasohah dan persembahan. Majlis diserahkan kepada Ustaz Ammar selaku yang menyerahkan soalan-soalan kepada para peserta. Surah-surah yang dipertandingkan ialah bermula dari Surah Ad-Duha sehingga Surah Al-Ikhlas.

    Peserta akan dipanggil satu per satu mengikut giliran yang diundi pada sesi pendaftaran. Para peserta akan naik ke pentas dan duduk di kerusi yang disediakan bagi menjawab soalan-soalan hafazan yang disoal. Alhamdulillah, pertandingan yang berlangsung selama hampir 2 jam 30 minit berjalan dengan lancar dan semoga anak-anak ini menjadi penyambung legasi dakwah yang membangunkan ummah dengan Al-Quran.

    • Share:
    author avatar
    Alifah

    Previous post

    CARILAH LAILATULQADAR...
    April 12, 2023

    Next post

    MASAK BUBUR MINGGUAN
    April 13, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.