• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Aktiviti UUC

    • Home
    • Blog
    • Aktiviti UUC
    • PROGRAM CUTI SEKOLAH NADI AL-QURAN

    PROGRAM CUTI SEKOLAH NADI AL-QURAN

    • Posted by Alifah
    • Categories Aktiviti UUC, Blog, Menuntut Ilmu, UstazUstazah.Com
    • Date June 2, 2023

    CUTI sekolah datang lagi. Alhamdulillah, bagi cuti sekolah pada bulan Mei ini yang bermula 27 Mei sehingga 5 Jun 2023, telah berlangsung satu lagi program cuti sekolah bersama anak-anak Pusat Nadi Al-Quran di Kg Sri Melenggang, Rembau, Negeri Sembilan.

    Seramai 34 pelajar berdaftar mengikuti program cuti sekolah ini. Program kali ini memfokuskan pemantapan asas pengetahuan agama Islam. Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan; kumpulan satu adalah kumpulan yang memerlukan pembelajaran intensif dalam bab mengenal huruf, mengenal hukum asas tajwid dari segi baris dan hukum panjang pendek. Manakala kumpulan kedua dan ketiga mempelajari dan memantapkan bab fardu ain seperti amali wuduk dan solat, amali masbuk dan muafik, perkara membatalkan solat, sifat wajib dan mustahil bagi Nabi serta memahami pengertian munafik, musyrik, kafir dan murtad.

    Program cuti sekolah merupakan program pembelajaran secara kreatif dan intensif bagi anak-anak Nadi Al-Quran disamping memberi pengisian semasa mereka bercuti. Pada hari sekolah, pembelajaran berfokus kepada pengajaran iqra’ dan Al-Quran, justeru semasa cuti inilah masa yang perlu dimanfaatkan untuk memberi pendedahan yang lebih buat mereka.

    Salah satu kumpulan Nadi Al-Quran yang mempelajari asas fardu ain.

    Semoga pengisian seperti ini dapat diterapkan kepada semua lapisan umur supaya lebih manfaat diperoleh. Selari dengan slogan Nadi Al-Quran iaitu misi melahirkan generasi celik Al-Quran, bukan sekadar mereka celik dan mahir membaca tetapi menerapkan nilai-nilai Al-Quran dalam diri dan mempraktikkan dalam kehidupan seharian.

    Insha Allah.

    • Share:
    author avatar
    Alifah

    Previous post

    MELAMPAU! KAABAH DIJADIKAN PELARIS PRODUK
    June 2, 2023

    Next post

    JAUHI SIHIR
    June 2, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    TUNDUKKAN
    MUKMINKAH AKU?  SIRI 2
    8 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.