• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Aktiviti UUC

    • Home
    • Blog
    • Aktiviti UUC
    • QURBAN 2023 DI KG BAHAGIA, SABAH

    QURBAN 2023 DI KG BAHAGIA, SABAH

    • Posted by Alifah
    • Categories Aktiviti UUC, Blog, Rezeki, Sedekah, UstazUstazah.Com
    • Date July 6, 2023

    FIRMAN Allah SWT dalam Surah Al-Kauthar ayat 1 sehingga 2;

    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

    إِنَّآ أَعْطَيْنَـٰكَ ٱلْكَوْثَرَ

    فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ

    (Surah Al-Kautsar, 1-2)

    Maksudnya: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. (1) Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu (pada Hari Raja Haji) dan sembelihlah (binatang) korban (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu). (2)”

    Bagi menyahut seruan dalam menunaikan ibadah di bulan Zulhijjah ini, Ustazustazah.com  mencadang untuk mengadakan program Qurban Perdana. Seperti tahun lalu, qurban diadakan di Rembau dan gotong-royong masak serta pengagihan daging qurban telah dilakukan dikawasan sekitar Kota, Rembau. Berbeza dengan tahun ini, kelainan yang diberikan adalah qurban kali ini diadakan di perkampungan atas air. Memandangkan Pusat Nadi Al-Quran sedang berkembang di Kg Bahagia, Sandakan, Sabah oleh itu, Kg Bahagia akan menjadi lokasi bagi penyembelihan sempena program Qurban Perdana 1444h.

    Beberapa kerjasama telah diadakan bersama beberapa persatuan bagi menjayakan program ini iaitu Madrasah Darul Falah, Sahabat Khidmat Ulama, Sandakan dan Ribat Noor El Istiqomah. Seperti sedia maklum, Kg Bahagia merupakan sebuah perkampungan yang menempatkan ribuan penduduk dan rata-rata mereka mempunyai sumber pendapatan yang terhad dan fokus hanya untuk sara hidup dalam keperluan asas sahaja. Oleh yang demikian, rezeki yang diperoleh akan dikongsikan bersama dengan penduduk disana. Program ini juga dibantu sepenuhnya oleh penyelaras Borneo Ustazustazah.com; Ustaz Fakhrur Razi Mohd Yunos.

    Mempunyai objektif yang jelas dalam penganjuran program ini iaitu bagi meraikan hari raya Aidiladha dan beribadah kepada Allah serta mengagihkan daging korban kepada golongan yang memerlukan di kawasan setempat di Kg Bahagia, Sandakan Sabah.

    Sekitar program Qurban 2023 yang berlangsung di Pusat Pengajian Nadi Al-Quran Kg Bahagia, Sabah

    Alhamdulillah, pada 1 Julai 2023 bersamaan hari ketiga bagi hari raya Aidiladha 1444h, program Qurban di Pusat Nadi Al-Quran Kg Bahagia. Sebanyak 4 ekor lembu ditumbangkan dengan usaha dan kerjasama dari pelbagai pihak untuk sesi menyembelih dan melapah. Program bermula seawal 6.30 pagi. Semua yang terlibat berkumpul di perkarangan sekolah Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menantikan ketibaan lori-lori yang membawa lembu. Program diteruskan dengan sesi penyembelihan dan melapah secara bergotong-royong dan pengagihan daging korban menggunakan sistem kupon kepada masyarakat setempat. Penduduk juga merewang dalam mempersiapkan juadah makan tengah hari bersama-sama dan bagi menjamu mereka yang terlibat. Pelbagai lauk-pauk yang disajikan semestinya menu itu hanya terdapat di Sabah sahaja. Keunikan budaya mereka juga terserlah pada penyediaan juadah makanan.

    Program ini juga merapatkan lagi silaturrahim antara pihak pengurusan Ustazustazah.com dengan para pelajar Nadi Al-Quran di Kg Bahagia dan penduduknya. Semoga usaha ini sentiasa diteruskan dan mendapat sokongan dari pelbagai pihak dalam memberi manfaat kepada golongan sasaran.

    • Share:
    author avatar
    Alifah

    Previous post

    BAIKNYA AKHLAK TANDA HAJI MABRUR
    July 6, 2023

    Next post

    KEBAIKAN DALAM MEMPELAJARI AL-QUR’AN
    July 6, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    TUNDUKKAN
    MUKMINKAH AKU?  SIRI 2
    8 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.