• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Maulidur Rasul

    • Home
    • Blog
    • Maulidur Rasul
    • MUHAMMAD: INSAN PEMAAF TIADA TANDINGAN

    MUHAMMAD: INSAN PEMAAF TIADA TANDINGAN

    • Posted by Nur Fatihah
    • Categories Maulidur Rasul
    • Date October 4, 2023
    Muhammad Insan Pemaaf

    “Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar”, Al-Nahl, 126

    Tatkala menulis tentang sifat pemaaf ini, maka Nabi Muhammad SAW lah orang yang paling layak mendapat gelaran sebaik itu. Tidak ada sesiapa pun yang mampu menandingi tingginya martabat kemaafan Rasulullah SAW sepanjang hayat Baginda SAW.

    Sifat pemaaf Rasulullah SAW dapat dilihat apabila ketika Baginda SAW dibaling batu dan dicaci maki oleh penduduk Thaif ketika sedang hendak menyampaikan dakwah Islam di sana. Tidak ada seorang pun yang mahu menerima dakwah Baginda SAW. Bahkan baju yang dipakai Rasulullah SAW bertukar merah kerana berlumuran darah dan kasut Baginda darahnya bertakung dek kerana dihambat batu serta ranting-ranting sepanjang berada di Thaif.

    Tatkala Baginda SAW dalam perjalanan pulang kerana telah diusir oleh penduduk Thaif, Malaikat Jibril AS telah turun bersama Malaikat penjaga gunung. Maka, malaikat penjaga gunung telah berkata, “Wahai Muhammad, jika kamu kehendaki, aku akan hempapkan ke atas mereka dua gunung Akhshab!”

    Namun, betapa indahnya akhlak Nabi Muhammad SAW, sekiranya kita berada di tempat Baginda SAW, nescaya kita akan menjawab “Hempap sahaja gunung ke atas mereka, baru padan muka!” Namun, bukan itulah yang diucapkan Rasulullah SAW, malah baginda SAW mendoakan dengan bersungguh-sungguh agar anak keturunan penduduk Thaif nanti hanya menyembah Allah SWT semata-mata dan sentiasa bertaqwa kepadaNya.

    Indahnya akhlak Nabi Muhammad SAW, sifat pemaaf Baginda SAW juga dapat dilihat apabila Baginda SAW memaafkan Abu Sufyan yang sangat membenci Islam, namun tatkala Abu Sufyan memeluk Islam, serta-merta Rasulullah SAW memaafkannya.

    Lupakah kita juga akan peristiwa Rasulullah SAW yang memaafkan Wahsyi yang merupakan hamba yang telah diupah oleh Jubair bin Muth’im untuk membunuh bapa saudara Rasulullah, Hamzah bin Abdul Muttalib ketika Wahsyi masih belum memeluk agama Islam. Jubair bin Muth’im lah yang menyuruh Wahsyi untuk membunuh Saidina Hamzah RA dan berjanji akan memerdekakan Wahsyi daripada terus menjadi seorang hamba jika dia berjaya membunuh Saidina Hamzah sebagai balasan atas kematian bapa saudara Jubair bin Muth’im yang telah dibunuh.

    Namun apabila Wahsyi dan juga tidak lama kemudian, tuannya, Jubair bin Muth’im telah memeluk agama Islam, dengan berbesar hati Rasulullah SAW memaafkan mereka dan menerima pengislaman mereka. Masya-Allah mulianya hati Rasulullah SAW.

    Ingatlah, sabda Rasulullah SAW “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, berapa kalikah aku harus memaafkan pembantu?” Lalu Nabi SAW terdiam, kemudian dia bertanya: “Wahai Rasulullah, berapa kalikah aku harus memaafkan pembantu?” Nabi menjawab: “Kamu memaafkan sebanyak tujuh puluh kali dalam sehari”, Riwayat al-Tirmizi (1949)

    Maka, jom jadi seorang yang pemaaf. Insya-Allah.

    • Share:
    author avatar
    Nur Fatihah

    Previous post

    TAHUN DUKACITA NABI MUHAMMAD SAW
    October 4, 2023

    Next post

    MENGAPA AMBIL TAHU SIRAH RASULULLAH?
    October 5, 2023

    You may also like

    2
    SAYANG ISLAM, SAYANG NABI
    2 October, 2023
    WhatsApp Image 2023-09-21 at 11.42.09
    MUSABAQAH PERDANA MAULIDUR RASUL 2023
    29 September, 2023
    Cinta Rasulullah Tidak Bermusim
    CINTA NABI SAW ADAKAH HANYA BERMUSIM?..
    29 September, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.