• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Aktiviti UUC

    • Home
    • Blog
    • Aktiviti UUC
    • SEBUAH PERJALANAN KEBAIKAN

    SEBUAH PERJALANAN KEBAIKAN

    • Posted by Alifah
    • Categories Aktiviti UUC, Blog, Iman, Ramadhan, UstazUstazah.Com
    • Date April 7, 2023

    Acap kali didengari dan diperingatkan kepada semua umat Islam bahawa bulan Ramadan merupakan bulan mulia yang penuh dengan keberkatan dan rahmat Allah. Sia-sia bagi mereka yang tidak mengambil peluang untuk mendapatkan keberkatan dalam ibadah seharian. Bulan Ramadan juga merupakan bulan kebaikan. Maka perbanyakkanlah kebaikan dalam kehidupan seharian kita meski kita hanya melemparkan senyuman kepada orang sekeliling kita. Semudah itu untuk kita melakukan kebaikan dan bersedekah.

    Ustazustazah.com dengan sokongan Qudwah Group dan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAINS) Rembau telah merancang dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti yang memberi kebaikan kepada masyarakat setempat khususnya dan masyarakat umum melalui medium perkongsian dalam talian yang diadakan di Surau Kg Sri Melenggang, Rembau. Alhamdulillah, minggu pertama Ramadan Terbaik di surau Kg Sri Melenggang telah dihadiri oleh 4 orang penceramah jemputan iaitu Ustaz Ahmad Tarmizi, Ustaz Fakhrul Razi dan Ustazah Farhatul Fairuzah yang mengetengahkan keunikan dan keindahan bertarannum dengan mengalunkan ayat-ayat Al-Quran dengan pelbagai jenis lagu pada 30 Mac 2023. Antara jenis lagu dalam tarannum ialah Sikah, Hijaz, Baiyati, Ras, Nahwan, Jiharkah dan Soba. Tarawih diimamkan oleh Ustaz Ahmad Tarmizi dengan jemaah seramai hampir 250 orang.

    Pada 1 April 2023 pula penceramah jemputan merupakan Ustaz Tariq Jafri yang menceritakan tentang kelebihan bulan Ramadan sebagai bulan rahmat dan bulan kemuliaan. Solat Maghrib dan Isyak diimamkan oleh Ustaz Tariq yang dihadiri oleh hampir 150 jemaah.

    Akan berlangsung 6 siri ceramah lagi pada minggu seterusnya dari penceramah jemputan yang diundang khas untuk manfaat dan menyebarkan kebaikan buat semua. Semoga majlis ilmu ini dapat memberi banyak kebaikan buat semua jemaah yang menghadirinya dan sentiasa mendapat rahmat dan keberkatanNya. Semoga semua program ini juga menjadi sebuah perjalanan kebaikan buat semua. Jadikan ianya satu permulaan langkah menuju kebaikan untuk mencapai suatu ganjaran yang lebih besar. Semoga kita kekal istiqamah bersama.

    • Share:
    author avatar
    Alifah

    Previous post

    SAMA TAPI BEZA !
    April 7, 2023

    Next post

    Siri Kembara Mencari Pencipta Siri 1
    April 10, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    TUNDUKKAN
    MUKMINKAH AKU?  SIRI 2
    8 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.