• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Aktiviti UUC

    • Home
    • Blog
    • Aktiviti UUC
    • SELAMAT BERANGKAT KE UNIVERSITI YARMOUK, JORDAN!

    SELAMAT BERANGKAT KE UNIVERSITI YARMOUK, JORDAN!

    • Posted by Alifah
    • Categories Aktiviti UUC, Blog, Menuntut Ilmu, Rezeki, UstazUstazah.Com
    • Date October 5, 2022

    Tanggal 29 September 2022 bersamaan 2 Rabiulawal 1444H merupakan tarikh bersejarah buat adik Nur Najihah binti Damanhuri yang terpilih dan berjaya melanjutkan pelajarannya ke Universiti Yarmouk, Jordan dalam Pengajian Bahasa Arab. Tarikh ini juga ialah tarikh penting bagi Ustazustazah Dot Com Sdn Bhd kerana pelajar keluaran Maahad Dakwah Wa Irsyad Mohd Al Fateh (Maahad Dakwah Wa Irsyad) ini merupakan pelajar pertama dibawah program tajaan biasiswa Ustazustazah Dot Com Sdn Bhd. Pengajian selama 4 tahun dalam pengajian Bahasa Arab ini selari dengan cita-citanya ingin menjadi seorang pensyarah. Mengidolakan tenaga pengajarnya di Maahad Dakwah Wa Irsyad yang merupakan seorang yang aktif dalam bidang dakwah dan juga merupakan seorang graduan keluaran Jordan menjadikan Jordan pilihan pertama bagi Najihah untuk terus mendalami ilmu bagi mengikut jejak langkah gurunya. Meski beliau berjauhan dan berseorangan dibumi Jordan, semangat dan doa keluarga yang mengiringinya menjadi penguat semangat. 

    Anak ketiga daripada empat beradik ini telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan sebanyak dua kali. Tetapi bukan rezekinya untuk berangkat ke bumi Jordan pada tawaran yang pertama. Alhamdulillah kali ini dengan tekad yang tinggi, adik Najihah berjaya ke sana dengan tajaan Ustazustazah Dot Com Sdn Bhd. Moga adik Najihah menjadi contoh dan ikutan yang baik buat rakan-rakan seperjuangannya yang lain dan inspirasi buat semua.

    • Share:
    author avatar
    Alifah

    Previous post

    PERMULAANKU DI USTAZUSTAZAH DOT COM
    October 5, 2022

    Next post

    LELAKI HARUS QAWWAM
    October 7, 2022

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    TUNDUKKAN
    MUKMINKAH AKU?  SIRI 2
    8 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.