• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Keampunan

    • Home
    • Blog
    • Keampunan
    • SESUNGGUHNYA AKU DEKAT

    SESUNGGUHNYA AKU DEKAT

    • Posted by Nur Fatihah
    • Categories Keampunan
    • Date November 4, 2022

    “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku” (Al-Baqarah: 186)

    Firman Allah SWT ini begitu indah jika diamati dan dihayati. Betapa Allah SWT kasih kepada hambaNya dan berjanji bahawa Dia akan memakbulkan setiap apa yang didoakan. Tugas kita sebagai seorang hamba pula haruslah mengenal Tuhan kita, Allah SWT, agar dapat menanam rasa cinta kepada Allah SWT. 

    Umum kita ketahui, salah satu sifat Allah SWT ialah Allah SWT sangat sayang kepada hambaNya melebihi kasih sayang ibu kepada anaknya. Kita sangat tahu bagaimana kasih sayang seorang ibu kepada anaknya yang mungkin tidak ada tolak-tandingannya di dunia ini, akan tetapi kita sangat perlu tahu bahawa kasih sayang Allah SWT melebihi itu semua.

    Diriwayatkan pada satu ketika Rasulullah SAW didatangi rombongan tawanan perang. Di tengah-tengah rombongan itu terdapat seorang ibu yang sedang mencari-cari bayinya. Ketika dia berhasil menemukan bayinya di antara tawanan itu, maka si ibu pun memeluk anaknya dengan sangat erat seeratnya ke tubuhnya dan menyusuinya.  

    Rasulullah SAW bertanya kepada kami, “Apakah menurut kalian ibu ini akan mampu melemparkan anaknya ke dalam api?” Kami menjawab, “Tidak mungkin, demi Allah SWT, dia sanggup untuk melempar bayinya ke dalamnya.” Maka Rasulullah SAW bersabda, “Sungguh Allah SWT lebih sayang kepada hamba-hamba-Nya daripada ibu ini kepada anaknya.” (HR Bukhari, 5999).

    Jika seorang ibu sahaja tidak sanggup untuk melempar anaknya ke dalam api, maka Allah SWT sudah tentulah lebih lagi tidak sanggup untuk mencampakkan hambaNya ke dalam api neraka. MasyaAllah, sungguh sayang Allah SWT kepada kita. Benarlah firmanNya, maksudnya: “Sesungguhnya rahmat-Ku lebih mengalahkan kemurkaan-Ku”, (HR Bukhari, 7404).

    Sifat Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Betapa banyak maksiat dan dosa yang dilakukan hambaNya sehari-harian, namun Allah SWT masih berikan kita rezekiNya dan nikmatNya yang tidak terkira. Kita masih lagi boleh bernafas, melihat, mendengar bahkan berkata-kata pada setiap hari. Hal ini demikian kerana, sifat rahmat Allah SWT meliputi kesemua makhluknya. Kita kesemua mempunyai peluang yang sangat besar untuk mendapatkan rahmat Allah SWT di hari akhirat kelak dengan syarat kita mesti beriman kepada Allah SWT dan segala apa yang diturunkan melalui RasulNya.

    Persis sabda Baginda SAW, maksudnya: “Allah menjadikan rahmat sebanyak seratus bahagian. Dia menyimpan 99 bahagian dan menurunkan satu bahagian ke dunia. Di antara bahagian tersebut adalah sifat saling mengasihi antara makhluk sehingga seekor binatang akan mengangkat tapak kakinya daripada anaknya takut-takut akan terpijak anaknya”, (Riwayat Al-Bukhari, 6000 & Muslim, 2752.)

    Ingatlah ketika Allah SWT berfirman فَإِنِّي قَرِيبٌ, “maka sesungguhnya Aku adalah dekat”, untuk mengingatkan kepada kita sangat dekatnya Allah SWT dari hambaNya pada saat kita menadah tangan berdoa! Yakinlah pada janji Allah SWT bahawa Dia akan memakbulkan setiap doa kita dalam pelbagai bentuk dan rupa yang hanya diketahuiNya. 

    Bahkan raja yang berpangkat besar dan paling tinggi sekalipun jika diberi kekuatan dan kekuasaan, tetap sahaja tidak mampu merealisasikan semua yang dia inginkan, kerana raja yang berpangkat tinggi juga merupakan seorang makhluk Allah SWT yang lemah, yang tidak mampu mencegah sakit dan kematian dari dirinya. Maka kembalilah kita memohon apa sahaja kepada Mahasuci Allah SWT Yang Mahakuat, Mahaperkasa, Maha Penyayang, dan Maha Pengasih. 

    Tuntasnya, hendaklah kita menghadirkan hati yang ikhlas sebagai syarat agar dikabulkan doa-doa kita dalam meminta kepada Pelindungnya dan merasakan diri sangat memerlukan kepada Allah SWT. Sudah tentu pasti, Dia tidak akan mengecewakan harapan-harapan kita padaNya, jika kita sebagai hamba terus menerus bertaubat dan memohon keampunanNya. InsyaAllah. 

    • Share:
    author avatar
    Nur Fatihah

    Previous post

    REMAJA DAN HIBURAN: PERANAN PENDAKWAH
    November 4, 2022

    Next post

    ADAB BERDOA
    November 5, 2022

    You may also like

    images (5)
    UMRAH SEBUAH PERJALANAN MANIFESTASI IMAN
    4 September, 2023
    Doa Taubat
    DOA NABI ADAM DAN SAIYIDAH HAWA : SIRI 1
    4 August, 2023
    TANDA ALLAH SEDANG MENDEKATKAN DIRI KEPADA HAMBANYA
    24 July, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.