• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Ramadhan

    • Home
    • Blog
    • Ramadhan
    • SYAWAL BUKAN PESTA BERBELANJA

    SYAWAL BUKAN PESTA BERBELANJA

    • Posted by Nur Fatihah
    • Categories Ramadhan
    • Date April 18, 2023

    Menurut laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya Selama Sebulan Syawal menukilkan bahawa dalam kitab Tahzib al-Lughah disebutkan hari raya dinamakan dengan aid (عيد). Hal ini demikian kerana pada hari raya kita pasti akan bergembira meraikannya setelah sebulan berpuasa bersabar menahan lapar dan dahaga. Maka kerana itulah, umat Islam dianjurkan untuk bergembira pada hari raya Aidilfitri.

    “Sesungguhnya Allah telah menggantikan dua hari tersebut dengan yang lebih baik iaitu hari raya Aidilfitri dan Aidiladha”, Riwayat Abu daud. Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Abu Bakar! Sesungguhnya bagi setiap kaum itu memiliki hari raya dan hari ini merupakan hari raya kita”, Riwayat al-Bukhari.

    Ramadan Al-Mubarak sudah hampir sampai ke penghujungnya meninggalkan kita semua. Rata-rata umat Islam di serata dunia termasuk di Malaysia kini sedang sibuk bersiap sedia menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri. Namun demikian, ada antara kita yang sanggup berbelanja melebihi kemampuan kewangan diri sendiri dengan prinsip biar papa asalkan bergaya semata-mata untuk menyambut hari yang hanya muncul setahun sekali ini. 

    Secara asasnya, penting untuk kita menyedari bahawa tujuan utama sambutan hari raya itu sendiri adalah untuk meraikan kemenangan berpuasa yang menahan diri daripada makan dan minum serta segala perkara yang boleh membatalkan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

    Rentetan daripada itu, kedatangan Ramadan bukan sahaja menuntut umat Islam menjalani ibadah puasa malah menuntut kita untuk menjadi insan yang bersederhana. Maka, sewajarnya umat Islam tidak sepatutnya melakukan perkara yang membawa kepada pembaziran. “Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut, dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana antara kedua-dua cara itu”, Surah al-Furqan,67.

    Memang benar, tidak salah untuk kita melakukan pelbagai jenis persiapan dan kelengkapan untuk menyambut hari raya, namun perlulah beringat agar berbelanja mengikut kemampuan diri bak kata pepatah Melayu, “ukur baju di badan sendiri”, supaya ianya tidak membawa bencana kepada diri kita sendiri. Oleh itu, kita harus bijak berbelanja dan tahu membezakan antara keperluan dan kehendak ketika ingin membeli sesuatu barangan. 

    Kesimpulannya,  kehidupan kita semua tidak hanya berpaksi kepada sambutan hari raya semata-mata. Adalah lebih baik sekiranya kita melakukan amalan berjimat-cermat demi keutamaan diri sendiri dan ahli keluarga pada hari muka kelak.

    • Share:
    author avatar
    Nur Fatihah

    Previous post

    MENYAMBUT SYAWAL DENGAN SUNNAH
    April 18, 2023

    Next post

    MAKNA DISEBALIK HARI RAYA
    April 18, 2023

    You may also like

    WhatsApp Image 2023-06-22 at 09.05.47
    BUKAN BERJAYA SEORANG
    22 June, 2023
    WhatsApp Image 2023-05-26 at 17.48.05
    PROGRAM TEENS TALK- NADI AL-QURAN
    26 May, 2023
    puasa syawal
    KEINDAHAN PAHALA 6 SYAWAL
    26 April, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.