• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    alquran

    • Home
    • Blog
    • alquran
    • TADABBUR KALAMULLAH : KISAH PEMILIK DUA KEBUN (1)

    TADABBUR KALAMULLAH : KISAH PEMILIK DUA KEBUN (1)

    • Posted by Aisyah
    • Categories alquran
    • Date March 7, 2023

    Dalam Surah al-Kahfi, terdapat satu kisah yang Allah SWT nyatakan tentang dua orang lelaki yang salah seorangnya merupakan pemilik kepada dua kebun. Kisah ini diceritakan bermula daripada ayat ke 32 Surah al-Kahfi. Kisah ini mempunyai pengajaran yang perlu kita ambil manfaat dan menjadikannya sebagai pedoman dalam kehidupan, khususnya dalam menghadapi fitnah kekayaan dan kekuasaan dunia akhir zaman.

    Bertitik tolak daripada kesombongan kaum musyrikin yang berbangga-bangga dengan harta kekayaan dan kedudukan mereka serta keengganan mereka untuk duduk bersama kaum muslimin kerana diantara mereka itu ada yang lemah dan miskin, lalu  Allah SWT memberikan perumpamaan bagi dua kelompok (orang musyikin dan orang mukmin) diatas dengan dua orang lelaki, yang salah satu daripada keduanya memiliki dua buah kebun anggur.[1]

    Firman Allah SWT :

    ﴿وَاضْرِبْ لَهُمْ مَثَلًا رَجُلَيْنِ جَعَلْنَا لِأَحَدِهِمَا جَنَّتَيْنِ مِنْ أَعْنَابٍ وَحَفَفْنَاهُمَا بِنَخْلٍ وَجَعَلْنَا بَيْنَهُمَا زَرْعًا٣٢

    Maksudnya : «Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: Dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain(32)»

    Dua orang lelaki itu salah seorangnya adalah merupakan seorang yang kafir, dan dia diuji dengan kekayaan, manakala seorang lagi adalah seorang lelaki yang beriman, dan dia diuji dengan kesempitan. Lelaki yang kafir tersebut memiliki dua buah kebun anggur.  Kebunnya yang subur dengan pemandangan yang indah itu digambarkan oleh Allah SWT melalui firman Nya :

    كِلْتَا الْجَنَّتَيْنِ آتَتْ أُكُلَهَا وَلَمْ تَظْلِمْ مِنْهُ شَيْئًا  وَفَجَّرْنَا خِلَالَهُمَا نَهَرًا٣٣

    Maksudnya : «Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai(33)»

    Pemilik kebun itu merasa angkuh dan tidak bersyukur atas kurniaan nikmat yang Allah SWT pinjamkan kepadanya, sehingga dia mengeluarkan perkataan yang menggambarkan rasa bangga diri atas kehebatannya. Firman Allah SWT :

     وَكَانَ لَهُ ثَمَرٌ فَقَالَ لِصَاحِبِهِ وَهُوَ يُحَاوِرُهُ أَنَا أَكْثَرُ مِنْكَ مَالًا وَأَعَزُّ نَفَرًا٣٤

    Maksudnya : «Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: “Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai”(34)»

    PENGAJARAN :

    • KEKAYAAN DAN KEKUASAAN BOLEH MENAMBAHKAN KESOMBONGAN

    Sepertimana yang dikhabarkan oleh al-Quran, kekayaan, pengaruh dan pengikut ramai yang Allah pinjamkan kepada lelaki yang memiliki dua kebun yang subur telah menambahkan keangkuhan didalam dirinya. Dia menjadi sombong, angkuh dan mencaci kawannya yang miskin. Oleh itu, kita perlu berhati-hati dengan nikmat kekayaan dan kekuasaan serta hendaklah menggunakannya untuk jalan ketaqwaan, bukannya menggunakannya untuk menindas dan meremehkan orang yang lemah.

    • KESENANGAN DAN KESEMPITAN ADALAH DUA BENTUK UJIAN DARIPADA ALLAH

    Sebagaimana Allah menguji sebahagian manusia dengan kesempitan hidup, Allah juga menguji seseorang dengan kesenangan. Setiap manusia hendaklah sentiasa merendah hati dan sentiasa kembali kepada Allah, meskipun dalam keadaan diuji dengan kesenangan mahupun kesempitan.


    [1] Ibnu Katsir. Tafsir Ibnu Katsir.

    • Share:
    author avatar
    Aisyah

    Previous post

    PANDUAN DALAM MELAKSANAKAN IBADAH PUASA DI BULAN SYAABAN.
    March 7, 2023

    Next post

    <strong>MEMBONGKAR FADHILAT RAMADAN</strong>
    March 7, 2023

    You may also like

    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023
    Dua Laut Bertemu Tetapi Tidak Bercantum
    MASYA-ALLAH, TANDA AL-QURAN MELANGKAUI ZAMAN
    13 November, 2023
    rasul
    TAHUN DUKACITA NABI MUHAMMAD SAW
    3 October, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.