• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Iman

    • Home
    • Blog
    • Iman
    • TAMADUN YANG ROBOH

    TAMADUN YANG ROBOH

    • Posted by Aisyah
    • Categories Iman, Uncategorized
    • Date July 28, 2023

    TAMADUN SEBELUM ISLAM

    Sebelum kedatangan Islam di Tanah Arab, dunia boleh dikatakan dikuasai dan diterajui oleh dua negara yang gagah, iaitu Parsi dan Romawi, manakala negara yang berada disenarai kedua pula ialah Greek dan India. Kesemua negara ini dianggap maju pada kemuncak tamadun masing-masing, tetapi telah tenggelam dalam lautan kerosakan dan perpecahan yang tidak dapat dibendung.

    PARSI

    Parsi pada ketika sebelum diutuskan Rasulullah -صلى الله عليه وسلم- telah menjadi medan pertarungan agama dan falsafah yang beraneka corak. Pemerintah Parsi keseluruhannya menganut agama Majusi (Zuradisy). Antara ajaran yang terdapat dalam agama Majusi ini adalah menggalakkan lelaki berkahwin dengan ibunya, anak perempannya atau adik dan saudara perempuan. Tatasusila dan sopan santun dalam masyarakat ini telah terpesong daripada garisan kemanusiaan yang sepatutnya.

    Menurut Imam al-Syahrastani berkenaan agama Mazdak, terdapat dalam ajaran agama ini yang menyebut bahawa kebebasan kaum wanita tiada hadnya, begitu juga dengan kebebasan menggunakan harta benda. Hal ini seterusnya telah menjadikan wanita dan harta benda sebagai hak milik bersama sebagaimana air, api dan rumput yang menjadi kepunyaan bersama semua manusia, boleh berkongsi tanpa sekatan.

    ROMAWI

    Kerajaan Romawi (Rome) pula telah diserapi dengan jiwa dan semangat penjajahan serta bergelut dalam persengketaan agama dengan pihak Kristian negeri Syam (Syria) dan Mesir. Kerajaan ini mempunyai aspirasi penjajahan yang berkobar-kobar dalam percubaannya untuk memodenisasikan agama Kristian bagi disesuaikan mengikut matlamat mencapai cita-cita dan kemahuannya.

    Negara ini dilihat berada dalam situasi yang lebih huru-hara dan kucar-kacir berbanding negara Parsi. Kehidupan mereka telah didominasi oleh pembaziran, kemerosotan dan kezaliman ekonomi disebabkan cukai yang melampau.

    GREEK

    Greek tua pula ketika itu telah tenggelam ke dasar lautan khurafat dan dongengan yang diidam-idamkan, meskipun ianya tidak menghasilkan sebarang faedah dan natijah yang berguna sama sekali.

    INDIA

    Seterusnya, menurut Professor Abu al-Hasan al-Nadwi, para sejarawan telah bersepakat menyatakan bahawa India pada permulaan abad ke-6 masihi telah terlantar ke lembah kemerosotan agama, akhlak dan kemasyarakatan.

    Suasana huru-hara dan ketidak tenteraman dalam masyarakat lahir daripada pemikiran yang berasaskan materialistik. Unsur yang telah menyeret bangsa-bangsa ini ke lembah kerosakan dan perpecahan ialah kerana kemajuan yang dipacu dan tamadun yang didirikan hanya berasaskan kepada mata benda (material) semata-mata.

    Bangsa-bangsa yang membelakangkan keimanan kepada Allah -سبحانه وتعالى- telah mengabaikan aspek pembangunan akhlak dan tatasusila serta tidak menjadikannya sebagai landasan serta asas kemajuan. Sebagaimana satu tubuh manusia yang hanya mengambil khasiat daripada vitamin C dan menolak pengambilan vitamin yang lain seperti vitamin D, maka akan menghasilkan tubuh badan yang tidak seimbang, berpenyakit dan rapuh.

    Ruj :

    -Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti. 1991. Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah Ma’a Mujaz li Tarikh al-Khilafah al-Rasyidah. Cet : 10. Beirut – Lubnan : Dar al-Fikr al-Mu’asir.

    – Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti. 2016. Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah. Terj: Mohd Darus Sanawi. Selangor : Dewan Pustaka Fajar (DPF).

    • Share:
    author avatar
    Aisyah

    Previous post

    HARI TERBUKA NADI AL-QURAN 2023
    July 28, 2023

    Next post

    Usaha Dengan Tangan Sendiri
    July 31, 2023

    You may also like

    Pink Yellow Gradient Wine Purple Cute Illustration Teach Children During Ramadan Instagram Post
    AYUHAL WALAD (WAHAI ANAK-ANAK)
    20 November, 2023
    AAR78366
    MUKMINKAH AKU? SIRI 3
    17 November, 2023
    4239893-camel-1024×804
    KAUM TSAMUD YANG BINASA. SIRI 2
    16 September, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.