Projek Ustazustazah.com
Membangunkan masjid dan memberi bantuan kepada yang memerlukan






Kempen ini menyasarkan golongan yang tidak berkemampuan seperti keperluan asas dan keperluan hidup. Kami menjejaki mereka yang terkesan akaibat pendemik dan mempunyai msalah ekonomi. Program ini juga menjejaki rumah-rumah orang tua dan hospital yang tidak berkemampuan.
1) Edisi Rakyat
2) Edisi Orang Asal
3) Edisi Frontliner
4) Edisi Seni
5) Edisi Ziarah
6) Edisi Back to School
Akibat daripada Pandemik berlaku kekurangan bekalan perubatan daripada Hospital dalam keadaan Kritikal. Kami telah memberi bantuan segi kelengkapan peralatan, keperluan asas hospital dan sumber-sumber bantuan lain yang diperlukan.
Kempen ini membantu dalam menyalurkan sumbangan serta bantuan kepada kawasan-kawasan yang terjejas akibat daripada bencana alam ataupun perkara-perkara yang tidak dijangka seperti kebakaran. Rentetan musim banjir yang akan terjadi hampir setiap tahun, kempen ini diteruskan bagi menyalurkan keperluan-keperluan khusus untuk mangsa banjir dan tenaga kerja bagi meringankan beban mereka.
Lokasi yang telah dibantu sebanyak 8 buah lokasi sebanyak 558 mangsa.
Satu kempen diadakan bagi memberi manfaat yang lebih bernilai serta berpanjangan untuk masa depan generasi akan datang. Kempen Nadi Al-Quran merupakan satu kempen baru di bawah kolaborasi sebuah NGO berdaftar iaitu Pertubuhan Kebajikan Kepada Kemanusiaan dan Ustazustazah.com. Kempen ini merupakan satu kempen yang mewujudkan sebuah pusat pendidikan percuma yang berfokuskan kepada pendidikan Al-Quran, pengajian agama, pembelajaran subjek-subjek teras akademik serta menjadi medium dalam pembentukan sahsiah terpuji dan pengisian rohani. Sebagai permulaan, kempen ini akan dijalankan di Sandakan di bawah satu kerjasama yang dijalinkan dengan sebuah syarikat di Sandakan iaitu syarikat Semarak Niaga. Semarak Niaga merupakan rakan kerjasama yang strategik bagi memberi tenaga sokongan serta menjalankan kempen Nadi Al-Quran di
Sandakan.